bujang I | 1. tidak beristeri, tidak (belum) bersuami: sahabat-sahabat lelaki yg masih ~ lagi menghadiahkan sebuah puan kepadanya; 2. orang (laki-laki atau perempuan) yg sudah dewasa (sudah boleh berkahwin): di mana ~ yg tadi itu; 3. janda (perempuan); ~ bercerai janda yg diceraikan suaminya; ~ jalang perempuan jalang; ~ talang janda yg tidak mempunyai anak; 4. pelayan, pembantu rumah, jongos: lampu minyak tanah sudah lama dipasang oleh ~nya; 5. ki tidak berkawan, bersendirian; katil ~ katil utk satu orang; kopi (air) ~ kopi (air) sahaja (tidak bersama kuih dll); 6. bk kemaluan laki-laki; ~ dan khunsa jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg berlainan; ~ sabilillah sl tentera dlm perang suci; ~ serta khunsa jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg sama; bak ~ jolong berkeris (bersubang) prb orang yg sombong kerana kekayaan (kebahagiaan) yg baru diperoleh; bak ~ setahun sudah betetak, bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak prb orang yg menjadi sombong kerana mendapat kekayaan (kemuliaan); membujang 1. hidup dgn tidak (belum) berkahwin: hidup ~ takkan semuanya lengkap; 2. bekerja sbg bujang (pembantu rumah): ia ~ kpd orang kaya; 3. Kl bersetubuh dgn pelacur; pembujangan perihal membujang, hidup membujang: dlm Islam, tidak digalakkan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bujang | 1 belum berkahwin lagi, baik lelaki mahupun perempuan: Bapa saudaranya itu masih ~ walaupun sudah berumur tiga puluh lima tahun. 2 anak lelaki atau perempuan yg sudah dewasa atau yg sudah boleh berkahwin: Siapa namanya ~ yg membawa kopi itu? 3 orang lelaki yg bekerja di rumah orang; jongos: Tempat tidurnya sudah dikemaskan oleh ~nya. 4 tidak berpasangan atau tidak berkawan; tunggal: katil ~ katil yg muat hanya seorang saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bujang tua | teruna yg agak lanjut umurnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bujang talang | a) orang laki-laki yg tidak beristeri; b) balu yg tidak beranak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bujang seron | perempuan yg telah ditingalkan oleh suaminya tetapi tidak diceraikan (cerai gantung). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bujang juandang | orang halus yg boleh mendatangkan untung baik atau buruk kpd orang yg berjudi (bertaruh dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bujang semalam | sj tumbuhan (herba), rumput tahi babi, Tarenna fragrans. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bujang III | ; ~ semalam sj tumbuhan (herba), rumput tahi babi, Tarenna fragrans. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bujang II | ; pebujangan, pembujangan, perbujangan; balai perbujangan sj balai di istana; jong ~ sj jong kerajaan; pedang perbujangan sj pedang kerajaan Perak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bujang serta khunsa | jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg sama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |