dekri | (dékri) perintah (undang-undang dll) yg dibuat oleh pihak berkuasa, raja, pemerintah, dll; ~ mutlak perintah muktamad drpd mahkamah yg menamatkan atau membubarkan sesebuah perkahwinan sepenuhnya (bkn orang bukan Islam); ~ nisi perintah mahkamah supaya sesebuah perkahwinan dibatalkan dlm tempoh masa yg tertentu melainkan ada sebab yg munasabah utk menghalangnya (bkn orang bukan Islam); mendekrikan memerintahkan: pemerintah ~ wujudnya satu badan kerajaan yg akan ditubuhkan mengikut bentuk-bentuk tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alimoni | (di kalangan suami isteri bukan Islam) bayaran saraan drpd suami kpd isteri atau sebaliknya dlm masa kedua-duanya sudah bercerai atau sudah berpisah tetapi belum bercerai secara sah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendiang | yg telah meninggal (utk orang bukan Islam): ~ Presiden Kennedy. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jirat I | 1. kubur (utk orang bukan Islam); 2. batu kubur; membuang bunga ke ~ prb mensia-siakan tenaga (wang, masa, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sembahyang | 2 (bagi orang bukan Islam) permohonan kpd Tuhan; doa. | Kamus Pelajar |
menyembah | 2 (bagi orang bukan Islam) menghormati sesuatu yg dianggap berkuasa; memuja: ~ api. | Kamus Pelajar |
sembah | 2 (bagi orang bukan Islam) menghormati sesuatu yg dianggap berkuasa; memuja: ~ api. | Kamus Pelajar |
mendiang | yg telah meninggal (digunakan utk orang bukan Islam): ~ Tun Tan Cheng Loke ialah pengasas MCA. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhala | 1 patung-patung dewa yg dipuja oleh beberapa golongan bukan Islam. 2 = rumah ~ rumah khas tempat memuja patung-patung dewa dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
istibra | Ar tempoh pantang bersetubuh bagi wanita tawanan perang yg bukan Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |