awam | 1. bkn (melibatkan dsb) orang ramai sbg suatu keseluruhan: kepentingan ~; 2. utk atau terbuka kpd semua orang (tidak terkhusus atau teristimewa utk golongan dsb tertentu): tempat ~; kenderaan ~; kemudahan ~; 3. bukan tentera atau polis dsb; orang ~ a) orang preman (bukan anggota tentera atau polis); b) orang kebanyakan; c) orang biasa (bukan ahli atau istimewa); perkhidmatan ~ perkhidmatan kerajaan yg tidak berkaitan dgn tentera atau polis; mengawamkan 1. mengumumkan, memberitakan kpd orang banyak; 2. menganjurkan, mengesyorkan; pengawam penganjur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang awam | a) rakyat biasa, khalayak ramai; b) orang preman, bukan anggota polis atau tentera; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang awam | a) orang preman (bukan anggota tentera atau polis); b) orang kebanyakan; c) orang biasa (bukan ahli atau istimewa); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ada | 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki; ada-ada; ~ saja a) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dll: ~ saja yg menyebabkan penderitaannya; jarang ia di rumah, ~ saja orang datang mengajaknya berjalan; b) selalu ada sesuatu yg ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dsb): “A~ saja kau! Ada orang hendak, kau pun hendak juga!”; seada-adanya = seadanya (sekadar atau setakat) apa-apa yg ada: hidangan ~ sudah sedia; adakah 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; adakan mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk; adalah 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; adanya 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya: mereka itu spt adik-beradik ~; ada-adanya, ada-adanyakah mana boleh, mungkinkah: ~ ayam berkaki tiga; adapun mengenai, perihal: dapat dikemukakan bahawa ~ cerita pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga; berada 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; berada-ada = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa; keberadaan keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain; mengada-ada 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg bukan-bukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan kelakuan (gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dsb (membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri, dia sudah ~, sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebih-lebihkan (sesuatu yg diperkatakan), membuat-buat, berbohong: aku tak percaya sebab dia suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg bukan-bukan dsb): ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau? mengadakan 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), menganjurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan; mengada-adakan mengadakan atau menimbulkan dsb sesuatu (spt cerita, alasan, dll) yg sebenarnya tidak ada atau tidak benar, membuat-buat, mereka-reka: dia sengaja ~ cerita itu utk mendapatkan simpati drpd kawan-kawannya; keadaan 1. hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd sesuatu ketika atau jangka waktu: pesakit itu berada dlm ~ tenat; ~ di sesebuah negara semasa berlaku peperangan; ~ hidup kaum nelayan; ~ cuaca; 2. rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu sebagaimana yg dapat dilihat: seorang pegawai polis sedang membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku rompakan; ~ tubuhnya tegap sasa; 3. suasana (di atau di sekitar sesuatu tempat): ~ di situ pd waktu malam senyap sunyi; berkeadaan (berada) dlm keadaan (kedudukan, suasana, dll): pd tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung; pengadaan perihal mengadakan sesuatu: ~ kelas agama pd waktu petang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang | 1. manusia (sbg peribadi): dr sini kami lihat ~ berkelahi; tadi ada ~ telefon awak; satukanlah ~ berdua ini; 2. salah satu manusia (ganti diri ketiga yg umum): jangan suka dengar cakap ~ sangat; dagingnya ~ buat lauk; dengar kata ~ terjun masuk lubuk; di aku hak aku, di ~ hak ~ (yg) pd orang lain itu haknya; 3. diri manusia: barangnya ada tetapi ~nya pergi ke mana; mana ~nya yg memanggil aku tadi; ~ seorang orang sendiri; 4. penjodoh bilangan bagi manusia: lima ~ pengganas telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan; 5. pengikut, anak buah: berapa ramaikah ~ awak?; kalau engkau pandai mengasuh, engkau akan beroleh isteri walaupun dia bukan ~ awak; 6. manusia yg berasal dr sesuatu daerah tertentu, rakyat sesebuah negara: dia ~ Perak, bukan ~ Selangor; nampaknya dia itu spt ~ kampung; 7. bangsa, kaum, suku: ~ Iban; ~ Kadazan; ~ Melayu; 8. = ~ lain lain drpd diri sendiri, bukan kaum keluarga: itu motokar ~, bukan motokar kita; ~ sekali masuk membawa harta itu keluar, ia dua tiga kali masuk keluar; negeri ~ negeri lain, bukan negeri sendiri; 9. Jk kerana, lantaran (sebenarnya): mana dapat membayar, ~ belum gajian; 10. bp diri sendiri dan sbg penguat utk kata ganti spt awak (kau) ~, dia ~, kita ~, lu ~;~ asing a) (Udg) orang yg bukan warganegara bagi sesebuah negara; b) orang luar; ~ asli penduduk asal sesebuah negeri; ~ atas a) orang yg tinggal di sebelah atas; b) orang yg berpangkat tinggi, orang besar-besar; ~ awam a) rakyat biasa, khalayak ramai; b) orang preman, bukan anggota polis atau tentera; ~ banyak khalayak ramai, orang biasa, orang awam; ~ Barat orang berkulit putih yg berasal dr Eropah dan negara-negara spt Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand; ~ baru (baharu) a) orang yg baru bekerja; b) orang yg baru datang ke atau tinggal di sesuatu tempat; c) orang yg baru berkahwin; d) anak yg akan atau baru dilahirkan; ~ bawah (bawahan) orang yg tidak berpangkat, orang yg berpangkat rendah; ~ belakang a) bp isteri; b) orang yg akan datang (lahir) kemudian; ~ (yg) berada orang yg berharta; ~ besar a) orang yg besar tubuh badannya; b) orang yg sudah dewasa; c) orang yg berpangkat tinggi; d) orang mulia (bangsawan); ~ biasa rakyat biasa; ~ buangan orang yg diasingkan drpd masyarakat (kerana kegiatan-kegiatan politik dll); ~ bukit orang yg tinggal di bukit; ~ bumi penduduk asli; ~ buruan orang yg diburu (dicari) oleh yg berwajib kerana kesalahan jenayah dll; ~ dagang orang yg datang dr negeri lain, orang yg datang merantau, bukan anak negeri; ~ dalam a) orang yg bekerja dlm istana raja; b) orang yg bekerja di dlm sesuatu jabatan dsb; c) Sr orang yg dijemput khas kerana menolong kerja kahwin; d) Kl orang yg dapat bergaul dgn sesiapa jua, orang kesayangan orang ramai; ~ darat a) orang asli; b) orang kampung (dusun); c) Kl, ki orang yg tidak tahu akan perkara; d) Mn orang bahagian pedalaman Minangkabau (lwn orang pesisir); ~ datang keturunan atau angkatan yg akan datang, orang belakang; ~ gaji(an) orang yg bekerja di rumah orang, babu, pembantu rumah, amah; ~ galang orang yg menjadi pelindung kpd orang lain (spt pembesar), orang yg bersedia menyabung nyawanya utk tuannya dll; ~ halus a) jin, roh, orang bunian; b) orang yg pandai-pandai; ~ harapan orang yg diberi kepercayaan penuh atau yg amat diharapkan utk melaksanakan sesuatu (projek, program dsb); ~ hilir a) orang yg tinggal di sebelah hilir sungai; b) Kl orang yg tahu segala-galanya (lwn orang darat); ~ hulu a) orang yg tinggal jauh di pedalaman negeri; b) orang yg tidak tahu adat dll; ~ hobatan orang yg pandai menjampi (bomoh); ~ hutan a) orang yg tinggal di hutan; b) sj kera besar, mawas, Pongo pygmaeus; c) orang yg tidak tahu sesuatu perkara (adat, tatatertib, dll); ~ jemputan orang yg berbangsa, orang bangsawan (jika ia berkahwin menurut adat kebiasaan, pihak perempuanlah yg menjemputnya dgn wang dll); ~ kalau orang yg memainkan nobat; ~ kampung a) orang yg tinggal di kampung; b) bp orang yg tidak tahu suatu apa; ~ kanan orang yg diharapkan, orang harapan, pembantu (penolong) yg utama; ~ kaya a) orang yg berharta, hartawan; b) = ~ kaya-kaya orang yg berpangkat (berkedudukan) tinggi; c) = rangkaya panggilan kpd isteri orang yg berpangkat atau yg patut dihormati; ~ kebanyakan orang biasa (bukan orang bangsawan, bukan orang berpangkat); ~ kecil a) orang yg kecil badannya; b) rakyat biasa (orang kebanyakan); ~ keluaran a) orang yg di luar (yg tidak turut campur dll); b) orang luar istana (lwn orang dalam); ~ kenamaan orang yg terkenal, orang yg masyhur, orang besar; ~ kepercayaan orang yg dipercayai, orang harapan; ~ lain bukan diri sendiri, manusia lain; ~ lama orang yg sudah lama (di sesuatu tempat, kerja, dll) dan banyak pengalamannya; ~ laut suku bangsa yg hidup (tinggal) di laut; ~ liar orang yg belum bertamadun (beradab), orang hutan; ~ luar (luaran) orang yg di luar lingkungan (pekerjaan, golongan, dll); ~ mendatang orang dagang; ~ minyak orang yg melumuri badannya dgn minyak (supaya tidak mudah dapat ditangkap dll) dan biasanya mengganggu orang perempuan dgn tujuan hendak mencabul kehormatan mereka; ~ muda a) orang yg masih muda; b) pemuda; c) Mn tukang salung (tari dll); d) (biasanya) pelaku utama lelaki dlm bangsawan dll, hero; ~ papak pondan; ~ perjuangan tokoh-tokoh politik; ~ preman orang awam (bukan tentera); ~ putih orang Barat; ~ ramai khalayak ramai, orang banyak, umum; ~ rantai orang hukuman; ~ rendah a) orang yg tidak tinggi badannya; b) orang yg kedudukannya (bangsanya dll) rendah, orang biasa; ~ rumah a) isteri; b) orang yg tinggal bersama-sama di rumah, keluarga di rumah; ~ sabun orang balar; ~ sakit a) orang yg menghidap penyakit, pesakit; b) orang yg dirawat di hospital; ~ salah orang yg dihukum kerana melakukan kesalahan; ~ setangga = ~ sebelah jiran, tetangga; O~ Sungai suku kaum peribumi di Sabah termasuk dlm kumpulan kaum Kadazan Dusun, yg kebanyakannya tinggal di pesisiran pantai, aktiviti utamanya ialah kerja yg berkaitan dgn laut dan sungai; ~ suruhan a) orang gaji; b) wakil drpd satu pihak (sbg pembawa pesanan dll), utusan; ~ tahanan orang yg ditahan oleh pihak yg berkuasa kerana disyaki melakukan sesuatu jenayah, keganasan dsb; ~ tani peladang, petani; ~ tebusan orang yg ditahan (biasanya orang yg tidak bersalah) dan diugut akan dicederakan atau dibunuh jika tuntutan pihak yg menahan itu tidak dipenuhi atau ditunaikan; ~ tengah a) orang yg menjadi pendamai bagi pihak-pihak yg berbalah; b) orang yg menjadi pengantara antara pengeluar barang-barang dgn pengguna; c) orang yg menjadi pengantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll; ~ timur orang Asia; ~ tua a) orang yg sudah tua; b) ibu bapa; c) = ~ tua-tua orang yg dianggap tua (bijak dan berpengalaman) dlm kampung; O~ Ulu suku kaum peribumi di Sarawak yg terbahagi kpd banyak suku yg berbeza budaya dan bahasa mengikut daerah, penempatan atau kawasan perkampungan masing-masing, yg kebanyakannya tinggal di pedalaman, kuat berpegang pd adat, dan mahir dgn kerja tangan; ~ upahan orang yg diupah utk melakukan sesuatu, biasanya yg tidak baik; ~ berdendang di pentasnya, ~ beraja di hatinya prb mengikut rasa hati masing-masing; ~ kaya suka dimakan, ~ elok selendang dunia prb perihal orang kaya yg selalu berjamu dan menolong orang miskin (satu pujian); ~ muda menanggung rindu, ~ tua menanggung ragam prb tiap-tiap anak muda itu ada yg dirinduinya (nasihat kpd orang tua); ~ tua diajar makan pisang (dadih) = jangan diajar ~ tua makan dadih prb orang yg sudah tahu (pandai dll) itu jangan diajar lagi; apabila ~ miskin menghendaki wang, dia mendapat anak, apabila ~ kaya menghendaki anak, dia mendapat wang prb perihal menyatakan bahawa manusia itu lemah, yg berkuasa Tuhan jua; bak ~ gombang di lebuh prb elok di luar sahaja sedang di dlm tidak elok (tidak sempurna); lain ~, lain hati = makin banyak ~ makin banyak niat prb kesukaan tiap-tiap orang itu tidak sama (fikiran, kemahuan, dll); spt menanti ~ dahulu, mengejar ~ kemudian prb pekerjaan yg sia-sia; takkan dua kali ~ tua kehilangan tongkat prb sebodoh-bodoh orang, takkan mahu terkena dua kali (sekali terkena sudah tidak berani lagi); seorang 1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orang | Kamus Dewan Edisi Keempat |
untung | 1. apa yg telah ditentukan (oleh Yang Maha Kuasa) akan berlaku ke atas seseorang, nasib: bukan sebab keberanian dan ke-gagahanku maka aku beroleh hadiah dan pangkat itu, hanya semata-mata kerana ~; 2. tidak sial (celaka), bernasib baik, mujur: ~ jugalah ada abang bawa kad pengenalan, kalau tidak tentu kena tahan oleh polis; 3. = keuntungan hasil pendapatan atau perolehan drpd sesuatu kegiatan (spt perusahaan, per-niagaan, dll) yg melebihi modal dan segala perbelanjaan yg berkaitan, laba: berdagang dgn tidak mendapat ~; 4. faedah, guna, manfaat: cuba kaufikir, apa ~nya mengasihi orang yg tidak mengasihi kita; ~ atas kertas (Eko) untung yg belum nyata yg diperoleh pelabur disebabkan kenaikan harga asal saham yg dimilikinya, dan keuntungan sebenar akan hanya diperoleh apabila saham tersebut dijual; ~ baik (buruk) nasib baik (buruk); ~ batu ki nasib yg buruk (sial); ~ bersih laba yg diperoleh setelah ditolak segala bayaran (perbelanjaan, cukai, dll); ~ besar laba yg banyak; ~ kasar laba sebelum ditolak segala perbelanjaan (cukai dll); ~ malang a) nasib yg buruk (sial, celaka); b) nasib; ~ modal (Eko) laba modal; ~ nasib nasib badan; ~ rugi a) laba atau rugi; b) manfaat atau mudarat; ~ sabut ki nasib yg selalunya baik (mujur); ~ sebelum cukai (Eko) keuntungan yg diper-oleh oleh syarikat sebelum ditolak cukai yg berkaitan; ~ ada, tuah tidak prb a) pulang pokok sahaja; b) seseorang yg mendapat sesuatu perolehan atau kelabaan tetapi dgn segera juga balik men-jadi rugi dan hilang pendapatannya; ~ melam-bung, malang menimpa prb seseorang yg mengalami kemalangan dan hilang peng-harapan serta beroleh kesusahan pula; ~ sabut timbul, ~ batu tenggelam prb jika bernasib baik, selamat, jika bernasib malang, binasalah; ~ sepanjang jalan, malang sekejap mata prb kemalangan itu datangnya dgn tiba-tiba sahaja (sebab itu orang harus selalu berhati-hati); ~ tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak prb nasib seseorang itu tidak dapat diubah; harapan si ~ menggamit, kain di badan didedahkan prb kerana mengharap-kan laba yg besar tetapi belum tentu dapat, lalu laba yg kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan; untung-untung 1. barangkali (akan), kalau mujur, kalau-kalau: cubalah kakak ceritakan, ~ adik kakak yg buruk ini dapat melegakan fikiran kakak; 2. ada juga baiknya (barang-kali) kerana, nasib baik barangkali kerana, mudah-mudahan: biarlah dia menipu aku, ~ terbuka mataku; untung-untungan jika untung baik dan jika nasib malang binasa, jika untung baik dan jika tidak untung apa boleh buat, terserah (berserah) kpd nasib, nasib-nasiban: ~ mengerjakan pekerjaan yg besar bahayanya; “Kasihanilah kami, bawalah kami ke kampung abang,” Kamal bersuara ~; beruntung 1. memperoleh untung, mendapat laba: bukan dia sahaja yg ~ begitu, banyak lagi orang kita yg lain-lain; 2. bernasib baik, bahagia, mujur: siapa ~, dialah menang; 3. berjaya, berhasil; menguntungkan 1. mendatangkan untung (laba), memberi untung (kpd): perniagaan secara bersendirian ialah perniagaan yg paling ~ atau merugikan; 2. menyebabkan beruntung (berbahagia, mujur), mendatangkan bahagia, memanfaatkan: kalau orang itu pandai serta rajin, dia akan ~ masyarakat; 3. memberi faedah, berguna, bermanfaat: keadaan dalam negeri telah memberikan kemungkinan yg lebih ~ utk mengadakan revolusi; keuntungan 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujur-an: tidak ada apa-apa lagi yg menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri; 2. laba, untung: takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~; 3. (sesuatu) yg mendatangkan untung, manfaat: dgn itu, berakhirlah istiadat yg telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yg tidak memberi apa-apa ~; peruntungan untung nasib (diri seseorang), nasib, untung malang: menitik air matanya mengenang-ngenang ~ saudaranya; seperuntungan sama peruntungan, senasib: Cik Yon yg telah dipandangnya sbg belahan dirinya, yg dianggapnya sbg kongsi ~, akan bercerai daripadanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
negatif | (négatif) 1. pernyataan tidak atau bukan, tidak setuju, ingkar: saya menjawab ~, walaupun hati kecil saya mahu meletuskan simpati; 2. tidak mempunyai nilai, ciri, kualiti dsb yg membina (meyakinkan, bersemangat, pasti dsb): mereka dianggap bersikap ~ terhadap perubahan ataupun terhadap diri mereka sendiri; golongan yg putus asa itu mempunyai sikap yg ~ terhadap hidupnya; 3. cenderung membawa kesan atau pengaruh yg tidak elok (membahayakan, merosakkan dsb): perubahan ~ biasanya lebih cepat mendapat reaksi berbanding dgn perubahan positif; kita sedar akan bahaya drpd penyebaran budaya ~ yg dianggap oleh penyebarnya sbg budaya moden dan maju; 4. tidak menunjukkan sebarang tanda atau bukti adanya sesuatu penyakit atau keadaan (bkn hasil ujian diagnosis dsb): mereka yg disyaki menagih dadah itu telah dibebaskan oleh pihak polis setelah hasil ujian air kencing mereka didapati ~; 5. = nombor ~ (Mat) nombor yg lebih kecil drpd sifar; 6. kurang drpd sifar: kayu bergergaji diramalkan akan menunjukkan kadar pertumbuhan yg ~; 7. imej foto pd filem yg belum berupa gambar; 8. lwn positif (elektrik dll); menegatifkan menjadikan negatif: tanggapan sendiri yg ~ sesuatu akan menyebabkan kita menjadi kurang berani menghadapi realiti dan cabaran; menegatifkan menjadikan negatif: tanggapan sendiri yg ~ sesuatu akan menyebabkan kita menjadi kurang berani menghadapi realiti dan cabaran; kenegatifan perihal (keadaan) negatif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fajar kizib | fajar sebelum matahari terbit (bukan fajar yg sebenarnya), lwn fajar sidik.kep Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan.kep Kuala Lumpur.alat yg membolehkan kuasa dr enjin diberhentikan dr roda apabila seseorang menukar gear: Azman menekan ~ lalu memasukkan gear.Id hon (kereta).Jw ark daun pisang yg sudah kering.(klarinét) sj alat bunyi-bunyian yg ditiup, sj serunai.1. penyusunan mengikut kelas; 2. susunan sistematik ke dlm kumpulan menurut kriteria yg ditetapkan: kumpulan-kumpulan yg telah disenaraikan merupakan antara ~ terbesar; mengklasifikasikan menyusun mengikut kelas: kita belum lagi puas dgn hasil-hasil yg telah cuba saya klasifikasikan dlm sastera keagamaan; kita telah pun memperkatakan kegagalan ~ cerita mengikut tema-tema; pengklasifikasian perihal atau perbuatan mengklasifikasikan: ~ cerita pari-pari.menyusun mengikut kelas: kita belum lagi puas dgn hasil-hasil yg telah cuba saya klasifikasikan dlm sastera keagamaan; kita telah pun memperkatakan kegagalan ~ cerita mengikut tema-tema;perihal atau perbuatan mengklasifikasikan: ~ cerita pari-pari.1. serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kpd muzik ~; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain: sajak-sajak yg demikianlah suatu ciptaan seni yg sempurna, berhak disebut sbg sesuatu yg ~; 3. (pakaian, reka bentuk, dsb) yg mempunyai gaya yg sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi ~; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yg lazim (tipikal): satu contoh ~ ialah Persidangan Undang-Undang Laut.Id; pengajaran ~ pengajaran beramai-ramai (dlm sebuah kelas).pengajaran beramai-ramai (dlm sebuah kelas).(Lin) unit yg merupakan rangkaian perkataan yg mengandungi subjek dan predikat yg menjadi konstituen atau bahagian kpd ayat.(Psi) perasaan takut yg luar biasa apabila berada di dlm ruang yg sempit dan terkurung, mis di dlm gua.(Ubat) tulang yg menghubungkan tulang dada dgn pangkal bahu, tulang selangka.kep Kuala Lumpur City Centre.(kléng) bunyi siren kereta bomba: ~, ~, dua kereta bomba datang serentak dr pusat bandar.(klép) IB katup, tutup (pd mesin, pam, dll).(kléptomania) (Psi) tabiat suka mencuri yg tidak dapat dikawal walaupun barang yg dicuri tidak berharga atau tidak diperlukan.(kléptomaniak) (Psi) orang yg mengalami kleptomania.kep Kuala Lumpur International Airport (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang).akronim bagi Kuala Lumpur Inter-Bank Offered Rate (Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur, iaitu kadar pinjaman bagi dana jangka pendek antara bank di Malaysia utk tempoh matang satu hari, satu minggu, satu bulan dsb).1. orang, syarikat, dll yg mendapatkan nasihat drpd ahli profesional; 2. pelanggan.sekumpulan rakan yg bersekutu utk tujuan tertentu: parti dan ~ politik yg menumpukan kegiatan mereka dlm negeri; berklik cenderung mewujudkan kelompok yg tersendiri atau terbatas, suka berpuak-puak: ada juga sesetengah pelajar yg suka ~ mengikut negeri asal masing-masing.cenderung mewujudkan kelompok yg tersendiri atau terbatas, suka berpuak-puak: ada juga sesetengah pelajar yg suka ~ mengikut negeri asal masing-masing.1. bunyi kertik spt apabila kamera dipetik, anak kunci diputarkan di dlm lubang kunci dsb: bunyi ~; 2. (Komp) perbuatan menekan butang pd peranti tetikus komputer: terokailah alam multimedia dgn hanya sekali ~; berklik berbunyi klik: kameranya ~ apabila dipetik; mengklik menekan butang pd peranti tetikus komputer utk memilih objek yg sedang ditunjukkan oleh kursor atau melakukan fungsi tertentu spt yg dikehendaki: ~ butang “OK” sebanyak dua kali; anda perlulah ~ menu “Skill” utk memilih soalan.berbunyi klik: kameranya ~ apabila dipetik;menekan butang pd peranti tetikus komputer utk memilih objek yg sedang ditunjukkan oleh kursor atau melakukan fungsi tertentu spt yg dikehendaki: ~ butang “OK” sebanyak dua kali; anda perlulah ~ menu “Skill” utk memilih soalan.1. bahagian dlm cerita (berita dll) yg lebih hebat (genting, mencemaskan, dll) drpd bahagian-bahagian lain, puncak, kemuncak: ~ atau kemuncak cerita ini sungguh mendebarkan hati pembaca; 2. memuncak (dgn perlahan-lahan), makin meninggi.kajian tentang iklim, kaji iklim.Jw ark halus, licin.(Geog) graf yg menunjukkan hubungan antara suhu, hujan, kelembapan dan faktor iklim yg lain.1. tempat utk memberi diagnosis dan merawat pesakit luar: amat perlu mendirikan ~ di kampung-kampung utk menjaga kesihatan orang-orang kampung; 2. tempat yg serupa yg dianggotai oleh pakar perubatan atau pakar pembedahan yg mengkhusus akan satu atau lebih bidang: ~ mata.1. bkn rawatan perubatan: gambaran ~ tentang ciri-ciri gangguan psikiatri di kalangan kanak-kanak dan remaja; 2. bkn pemikiran (kajian) yg logik dan kritis (tanpa memihak kpd sesiapa): hasil penyelidikan ~ terhadap 36 orang pengarang dapat ditemukan beberapa kesimpulan penting.doktor, ahli psikiatri dsb yg mengkhusus dlm rawatan perubatan di klinik, hospital dsb, dan bukannya kerja penyelidikan di makmal: ~ mengesyorkan cara penyusuan ini kerana tiada susu berlebihan utk dimuntahkan.(klinométer) (Fiz) alat yg digunakan dlm kerja ukur utk mengukur kecerunan.alat yg digunakan utk mengkaji rangsangan tumbuhan terhadap cahaya atau tarikan graviti.sebarang benda kecil yg digunakan utk menyepit (atau melekatkan benda dsb): digunakannya ~ supaya lukisannya tidak berganjak; berklip disepit (dijepit) dgn klip.disepit (dijepit) dgn klip.; ~ video petikan ringkas gambar video mengenai sesuatu peristiwa, persembahan dsb yg ditayangkan utk tontonan umum.petikan ringkas gambar video mengenai sesuatu peristiwa, persembahan dsb yg ditayangkan utk tontonan umum.(klisé) 1. gambar negatif pd filem kamera, gambar negatif pd kepingan utk dicetak; 2. ki tiruan (bukan asli), ungkapan yg sudah terlalu sering digunakan hingga tidak lagi terdapat keistimewaannya atau kesannya.(Lin) bentuk terikat yg tidak boleh dianggap sbg morfem terikat kerana boleh berada dlm tempat frasa atau klausa tetapi tidak dianggap sbg kata, mis ku dlm kubaca dan mu dlm bukumu.(Bio) lubang pd hujung saluran pembiakan dan saluran pembuangan najis (pd burung, reptilia, amfibia, dan ikan).Jw ark kelongsong (jagung).akronim bagi Kuala Lumpur Options and Financial Futures Exchange (Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur, iaitu bursa yg menjalankan urus niaga kontrak niagaan ke depan bagi opsyen saham, kadar faedah dan indeks saham).1. (Bio) sekumpulan sel atau organisma yg serba serupa dr segi genetik, yg terhasil drpd leluhur sepunya melalui pembiakan aseksual, mis secara cantuman; 2. produk yg dihasilkan menyerupai model asal dr segi fungsi, ciri dsb, biasanya berkualiti kurang baik; 3. telefon bimbit (selular) atau kad kredit pendua yg telah diberi identiti elektronik telefon bimbit atau kad kredit asal yg sedia ada secara tidak sah utk tujuan penyelewengan atau penipuan; mengklon membuat atau menghasilkan klon: tindakan keras akan diambil terhadap penjenayah yg ~ telefon bimbit; ahli embriologi di universiti itu dikatakan telah berjaya ~ embrio manusia; jabatan itu telah ~ beberapa jenis buah-buahan dan sayuran liar; pengklonan perihal (proses atau perbuatan) membuat atau menghasilkan klon: ~ telefon bimbit semakin berleluasa; ~ haiwan ternakan spt bebiri boleh menghasilkan ternakan lebih bermutu; pengklon orang, pihak dsb yg membuat atau menghasilkan klon: ~ telefon selular.membuat atau menghasilkan klon: tindakan keras akan diambil terhadap penjenayah yg ~ telefon bimbit; ahli embriologi di universiti itu dikatakan telah berjaya ~ embrio manusia; jabatan itu telah ~ beberapa jenis buah-buahan dan sayuran liar;perihal (proses atau perbuatan) membuat atau menghasilkan klon: ~ telefon bimbit semakin berleluasa; ~ haiwan ternakan spt bebiri boleh menghasilkan ternakan lebih bermutu;orang, pihak dsb yg membuat atau menghasilkan klon: ~ telefon selular.IB padan, cocok, sesuai sungguh; kelop.(Bio) alga hijau satu sel yg mengandungi kadar protein yg tinggi (dibiak secara komersial utk mendapatkan proteinnya).(Kim) sebatian klorin dgn satu unsur lain.(Kim) sj gas berwarna kuning kehijau-hijauan dan berbau sengit; berklorin telah dibubuhi atau dirawat dgn klorin, mengandungi klorin: air yg ~; mengklorinkan | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cetak rompak | perbuatan menerbitkan hasil ciptaan atau karya penulis, pemuzik, penyanyi dsb, tanpa kebenaran, tanpa membayar royaliti kpd mereka dsb: masalah ~ bukan sahaja menjadi masalah penyanyi malah masalah para pengeluar kaset; mencetak rompak menghasilkan semula, menerbitkan atau menggunakan bahan bercetak atau bahan rakaman (spt pita video, perisian komputer, kaset dsb) karya orang lain tanpa kebenaran atau secara haram, terutamanya utk tujuan memperoleh keuntungan: polis berjaya menumpaskan sindiket ~ VCD; beberapa kegiatan ~ perisian komputer telah dapat dikesan oleh pihak berkuasa; pencetak rompak orang atau sindiket yg menjalankan kegiatan cetak rompak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arah | 1. hala, jurusan: ia mencari ~ datangnya suara itu; 2. maksud, tujuan: bercakap tidak tentu ~; ~ aliran arah sesuatu pergerakan, perkembangan (sama ada makin meningkat atau menurun); ~ ke = ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke; searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan; arah-arah Mn serupa, hampir sama; berarah mempunyai arah, berhala, berhaluan, bertujuan: ~ ke selatan; mengarah 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jambatan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, mengetuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau mengelolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; mengarah-arahi 1. menyamai, menyerupai: rupanya ~ ayahnya; 2. mengecamkan, menandai (melihat utk mengenal): ~ rupa orang; mengarahkan 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perintah: polis diarahkan bersikap sopan; terarah 1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): perancangan dan perkembangan yg ~; arahan 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain Haniff; 2. petunjuk, perintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dr Kaherah; ~ bank (Eko) arahan pelanggan kpd bank utk membuat pembayaran bagi pihaknya kpd bank lain; 3. ark orang yg menjadi pembantu; pengarahan 1. perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan: ~ peluru berpandu; 2. perihal mengarah (memberi tekanan pd sesuatu, condong terhadap sesuatu, dsb): ~ kpd sesuatu sumber itu bergantung pd sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial; pengarah 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2. orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~ Perkhidmatan dan Perjawatan; ~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yg bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi memberikan khidmatnya dlm menasihati pengarah-pengarah lain; ~ eksekutif ahli lembaga sesebuah syarikat yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yg mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg berkaitan dgn kewangan dan pengeluaran; ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan terhadap keseluruhan pengurusan dan perjalanan syarikat; kepengarahan perihal (sifat, bakat, kebolehan dsb) yg berkaitan dgn pengarah: sediakanlah diri dgn ilmu ~ dahulu, bukannya sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |