corak I | 1. ragi atau bunga-bunga pd kain (barang anyaman, tenunan, dll): besar-besar ~ kain batiknya; ~ damdam corak yg berpetak-petak empat segi (corak tapak catur); 2. warna (bunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain itu berwarna hijau dan ~nya merah; 3. ki rupa (bentuk, sifat, dll): hasil usahanya telah menukarkan ~ pertanian di negeri itu; bercorak 1. berbunga-bunga (barang tenunan, anyaman, dll), beragi: kain ~; 2. berwarna-warna (berbunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain merah yg ~ putih; 3. ki berupa (bersifat, berbentuk, berfaham, dll): menimbulkan perselisihan yg ~ perkauman; filem Indonesia ~ ketimuran; mencoraki menjadi corak pd (bagi), menjadi ciri asas pd (bagi), mewarnai: pergantungan ~ hubungan antara negara membangun dgn negara perindustrian Barat; mencorakkan 1. memberi bercorak: kanak-kanak bagai kain putih boleh dicorakkan dan diwarna-warnikan; 2. ki membentuk (sifat, rupa, ciri-ciri, dll sesuatu) memberikan sifat-sifat yg tertentu kpd: perasaan itu biasanya dicorakkan oleh keadaan; pencorakan perihal (perbuatan dsb) mencorakkan; pencorak orang (faktor, unsur dsb) yg menentukan corak (rupa, sifat, keadaan dsb) sesuatu: kita merupakan ~ masyarakat yg telah diamanahkan utk membela nasib dan masa depan anak-anak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seroja | 1. sj tumbuhan (herba dan bunga), bunga pukul empat, bunga pecah empat, kembang pukul empat, Mirabilis jalapa; 2. = ~ biru sj tumbuhan (herba), kelepok, telepuk, teratai kecil, tunjung biru, Nymphaea stella; 3. = ~ merah sj tumbuhan (herba), bunga padma, bunga telepok, teratai, Nelumbium nelumbo. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
debunga | serbuk halus yg dikeluarkan oleh anter (cepu debunga) dan berfungsi sbg bahagian jantan dlm persenyawaan. mendebungakan memindahkan debunga dr alat kelamin bunga jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma) dlm proses persenyawaan: Kumbang selalu ~ bunga-bunga yg dihinggapinya. terdebunga didebungakan (oleh): Bunga-bunga yg ~ oleh serangga mempunyai ranggi yg berwarna-warni. pendebungaan pemindahan debunga dr alat kelamin bunga jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma) dlm proses persenyawaan; proses (perbuatan) mendebungakan. ~ angin pendebungaan yg dilakukan oleh angin. ~ biasa (semula jadi) pendebungaan yg dilakukan oleh alam (angin, air, serangga dll). ~ kacuk pendebungaan antara dua bunga yg sama jenis tetapi dr pokok yg berlainan. ~ sendiri pendebungaan yg berlaku dlm bunga yg sama, iaitu debunga dr cepu debunga itu sendiri atau antara bunga dr satu pokok yg sama. ~ serangga pendebungaan yg dilakukan oleh serangga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kacapiring | sj tumbuhan (pokok dan bunganya), bunga cina, bunga susu, bunga susun kelapa, Gardenia augusta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mawar | = bunga ~ bunga yg harum baunya dan berbagai-bagai warnanya; bunga ros, Rosa spp.. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teluki II | bunga ~ bunga serunai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dulu jantan | ; bunga ~ bunga yg stamennya masak lebih dahulu drpd pistil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dulu betina | ; bunga ~ bunga yg pistilnya masak lebih dahulu drpd stamen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jirus I | ; menjirus menyiram dgn air, mendirus: jangan lupa ~ bunga-bunga yg di tepi rumah itu; penjirus 1. orang yg menjirus; 2. alat utk menjirus: ~ bunga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terdebunga | didebungakan (oleh): Bunga-bunga yg ~ oleh serangga mempunyai ranggi yg berwarna-warni. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |