kanigara | ark sj tumbuhan (herba dan bunganya), bunga matahari, Helianthus annuus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunga sinar | ranggi pd jenis bunga matahari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunga kandung | bunga yg kecil-kecil yg terdapat pd bahagian tengah bunga (spt pd bunga matahari); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aken | (akén) (Bio) buah kering yg tidak pecah semasa matang, berbiji tunggal dan mempunyai kulit biji yg boleh tercerai drpd perikarpanya, mis buah bunga matahari, salad dan strawberi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kandung | 1. kantung, pundi-pundi: ia mengeluarkan wang drpd ~nya; 2. rahim, pundi-pundi peranakan; abang (adik, anak, ayah, ibu) ~ abang dll sendiri (bukan abang dll tiri atau abang angkat); saudara se~ adik (abang, kakak) seibu sebapa; ~ jantung Id selaput jantung; ~ kencing Id pundi-pundi kencing; bunga ~ bunga yg kecil-kecil yg terdapat pd bahagian tengah bunga (spt pd bunga matahari); berkandung 1. berisi, bermuat; 2. hamil; mengandung 1. membawa sesuatu dlm saku dll: ~ wang; 2. hamil: sudah berapa bulan Aini ~? 3. = mengandungi berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti; mengandungkan mempunyai janin yg sedang membesar di dlm rahim, menghamilkan, membuntingkan: suaminya berubah perangai apabila dia ~ anaknya yg ketiga; terkandung dikandung, terdapat atau termuat di dlm sesuatu, tercantum (tersirat): bijih emas yg ~ dlm batu kapur; kesalahan-kesalahan yg ~ dlm undang-undang; rasa sedih yg ~ dlm suaranya; kandungan 1. sesuatu yg dikandung oleh sesuatu yg lain, apa yg termuat (di dlm sesuatu), isi: ~ bungkusan; ~ buku (surat dsb); menyelidiki ~ kimia batu kapur; 2. sesuatu yg tercantum atau tersirat (di dlm hati dsb), isi: ~ hati; ~ jiwa; 3. anak yg masih dlm rahim ibu: ~nya kian hari kian besar; 4. kandung, rahim: anak yg masih dlm ~; angka ~ kecil angka terkecil yg boleh mengandungi dua angka tertentu atau lebih: 24 ialah angka ~ kecil bagi angka 8 dan 3. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melayukan | menyebabkan jadi layu (melayurkan, menganggurkan, dll): bilamana bunga itu hendak menjadi putik maka datang sahaja panas matahari ~ bunga itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunga I | 1. bahagian tumbuhan utk pembiakan, biasanya berwarna terang dan berbau harum: ~ jambu; ~ melati; ~ raya; 2. lukisan (pd kain dll); ~ pamor lukisan pd keris kerana waja putih yg ditempa pd bilah keris; 3. = ~ tayar bahagian permukaan tayar yg rupanya spt hiasan (ukiran atau corak); 4. = ~ wang bayaran (tambahan) yg dikenakan ke atas atau diperoleh drpd wang yg dipinjamkan, keuntungan kerana meminjamkan wang, faedah, anak wang: ~ yg dikehendaki oleh pinjaman Amerika sebanyak 5% itu seharusnya tidak perlu; 5. ki sesuatu yg dianggap cantik (indah dll) yg dapat disifatkan spt kembang: kecantikan parasnya sudah cukup utk menjadikan dia ~ majlis dlm perkumpulan; 6. alamat atau tanda akan bermulanya sesuatu peristiwa dll: pengetahuan yg diperolehnya itu subur mengeluarkan bukan setakat ~-~ kekacauan malah menghasilkan juga penyelewengan; ~ angin ribut permulaan; ~ api a) nyala api yg berterbangan (meloncat); b) = kembang ~ sj mercun yg mengeluarkan api yg merupakan bunga (lukisan dll); ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd kiasan (simpulan bahasa dan peribahasa) utk memperindah percakapan; ~ baki hutang (Eko) bunga atau bahagian pinjaman yg belum dilunaskan; ~ bangsa pemuda harapan bangsa; ~ barah (puru, kusta) bintik putih-putih pd kulit tanda mulai dihinggapi penyakit barah dll; ~ betina bunga yg berpistil sahaja; ~ biasa = ~ tepat bunga mudah yg dikira berdasarkan 360 hari setahun; ~ bibir a) kata-kata yg manis; b) buah mulut; ~ buatan bunga yg dibuat drpd kertas (plastik dll); ~ butang sj tumbuhan (herba), pokok serunai, serunai laut, Wedelia bifiora; ~ dua jantina bunga yg stamen dan pistilnya terdapat pd kuntum bunga yg sama; ~ dulu betina bunga yg pistilnya lebih dahulu masak drpd stamen; ~ dulu jantan bunga yg stamennya lebih dahulu masak drpd pistil; ~ jantan bunga yg berstamen; ~ karang sj tumbuh-tumbuhan pd karang; ~ kehidupan kesenangan hidup; ~ kekasar sj tumbuhan (pokok yg berbuah), gajus (kajus), jambu monyet (golok, iros, terung), Anacardium occidentale; ~ kertas a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan rambut dll); b) sj tumbuhan (pokok yg berbunga), Bougainvillea spp.; ~ ketar bunga kertas pd dawai (perhiasan rambut pengantin perempuan); ~ kuku bahagian yg putih pd pangkal kuku; ~ kundai (sanggul, sisir) bunga buatan utk perhiasan kundai (sanggul, sisir); ~ lagu patah lagu yg biasanya terletak di hujung rangkap sesebuah lagu supaya iramanya lebih merdu; ~ (se)lengkap sekuntum bunga yg mempunyai salut, ranggi, stamen dan pistil; ~ mas a) bunga yg dibuat drpd emas; b) sj bunga drpd emas yg dahulu diberikan oleh Sultan Kedah sbg ufti kpd raja Siam; ~ mudah (Eko) bunga yg dikira dgn mendarabkan kadar bunga tahunan dgn jumlah pokok; ~ padi a) bunga pokok padi; b) sj jahitan; ~ pasir pasir halus-halus yg terapung di permukaan air; ~ pending tepi pd bakul; ~ rampai a) beberapa jenis bunga harum yg dicerai-ceraikan kelopaknya dan dicampur dgn daun pandan yg dihiris halus halus; b) kumpulan cerita yg baik-baik; c) lagu-lagu pilihan; ~ raya a) sj tumbuhan (pokok dan bunganya), kembang sepatu, Hibiscus rosa sinensis; b) perempuan jalang; ~ sejantina bunga yg stamen dan pistilnya terdapat pd kuntum bunga yg berlainan; ~ sena a) bunga pokok sena; b) Kl nira nyiur sewaktu mulai menggelegak (pd masa membuat gula melaka); ~ serunai a) bunga teluki; b) sj tumbuhan yg berbunga kuning, Weldelia biflora; c) Ml cincin yg dibawa sewaktu pergi meminang sbg tanda bertanya; ~ sinar ranggi pd jenis bunga matahari; ~ sirih Pl sirih pengantin; ~ tanah lapisan tanah sebelah atas yg subur; (akar) ~ tanjung sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perah, akur, Illigera appendiculata; ~ telur telur yg dihadiahkan kpd tetamu yg hadir dlm sesuatu majlis perkahwinan (biasa diberi bertangkai dan disertai dgn hiasan bunga atau diberi berbekas); ~ bukan sekuntum = kalau ~ tidak sekuntum = ~ tak sekaki, kumbang tak seekor prb laki-laki atau perempuan itu tidak seorang sahaja di dunia ini; ~ dipersunting, sudahnya akan layu prb sesuatu yg dipakai akhirnya akan buruk (masih baru dikasihi, sudah lama terbuang); ~ dipetik, perdu ditendang = ~nya dipersunting, pangkalnya diberaki prb isteri dikasihi, mentua dibenci (gemar akan hak orang, tetapi orang itu dibenci); ~ gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur prb setiap manusia akan mati (baik muda mahupun tua); ~ kembang berbalik kuncup prb mula-mula mahu menurut, kemudian ingkar; ~ yg harum itu ada durinya prb yg megah itu ada juga celanya; ~ yg layu balik kembang prb tatkala ternyata kebenaran seseorang yg tertuduh; buang ~ ke jirat prb berbudi kpd seseorang yg tidak mengenang (memerlukan) budi orang; di mana ~ yg kembang, di situ kumbang yg banyak prb di mana ada perempuan cantik, di situ ramai laki-laki; kalau dicampak ~, tak akan dibalas dgn tahi prb kalau kita berbuat baik kpd orang, tidak akan dibalasnya dgn kejahatan; laksana ~ dedap, sungguh merah berbau tidak prb orang yg elok dan tampan tetapi tiada berbudi; laksana kera dapat ~ prb tiada dapat menghargai barang yg bagus; lempar ~ dibalas dgn lempar tahi prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; sayang ~ layu di pohon prb perihal seorang gadis yg tiada bersuami hingga tua; sebab kasih akan ~ setangkai, dibuang ~ seceper prb kerana kasih seseorang disia-siakan orang yg banyak; umpama kasihkan ~ seceper, terbuang ~ sekaki prb kerana kasihan kpd orang banyak, disia-siakan kaum yg seorang; spt ~, sedap dipakai layu dibuang prb dikasihi semasa muda, dibenci apabila tua (perempuan dll);bunga-bungaan 1. berbagai-bagai jenis bunga: ditanamnya kayu-kayuan dan ~; 2. bunga buatan (lukisan dll); 3. pemolek (hiasan): pertuturan yg penuh dgn ~; berbunga 1. mempunyai (mengeluarkan) bunga: pokok durian sudah mulai ~; 2. = berbunga-bunga berhias dgn gambar atau lukisan bunga: kain hitam ~ merah; 3. = berbunga-bunga mengandungi (terhias dgn) kata-kata yg indah: bahasanya ~; 4. ki berhias (disertai) dgn: wajahnya ~ senyuman yg manis; 5. mendapat (menghasilkan, mengenakan) bunga atau bayaran faedah: pinjaman yg tidak ~; 6. (sudah) menampakkan tanda (akan terjadi, akan berhasil, dll): segala usaha dan jerih kita sudah ~; 7. ada bunganya (bkn tayar): keempat-empat tayarnya masih ~; 8. bertanda corak timbul (yg dibuat dgn mesin): getah asap ~; membunga 1. menyerupai bunga; 2. membuat corak timbul (pd getah keping) dgn menggunakan mesin; membungai 1. = membunga-bungai menghias dgn bunga, memperelok dgn bunga; 2. memberi bunga (wang dll); 3. menghias: setiap wajah dibungai senyuman; membungakan meminjamkan dgn syarat mendapat bunga: ~ wang; memperbungakan membungakan (wang); kebungaan bentuk hiasan yg berbunga: perhiasan digabungkan dgn latar belakang dekoratif ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunga (kembang) matahari | sj tumbuhan (pokok), Helianthus annuus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teduh | 1. sudah beransur kurang, tidak kencang lagi, reda (angin, ribut, ombak, dll): maka ribut itu pun ~lah; 2. sudah beransur kurang, sudah berhenti, sidang (hujan): teman-temannya sedang berbual-bual sambil menunggu hujan ~; 3. terlindung drpd panas matahari, tidak kena panas matahari, lindap: jika kita berdiri di tempat yg ~ kita tidak dapat melihat matahari dan tidak dapat merasa habanya; 4. tidak hujan (cuaca), muram (matahari), redup, suram: matahari sudah mulai ~; 5. ki aman, tenang; Lautan T~ Lautan Pasifik; lagi ~ lagi berkajang, lagi terang lagi bersuluh prb memilih yg sebaik-baiknya (memilih menantu dll); berteduh 1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll), bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) menjauhkan (drpd), melindungkan (drpd), meme-liharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan diri-nya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3. menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku; hujan tempat ~, panas tempat berlindung prb orang yg selalu mem-berikan pertolongan kpd orang banyak dlm segala hal; meneduh Jk berteduh; meneduhi melindungi, menaungi: anjung yg terbuka diteduhi oleh bidai putih hijau; meneduhkan 1. meredakan, menghentikan, menenangkan (hujan, ribut, dll); 2. menjadikan terlindung drpd panas matahari: dia ~ basikalnya di bawah pokok yg rendang itu; 3. membawa ke tempat yg teduh;keteduhan 1. perihal teduh, keredaan, ke-tenangan, kelindungan; 2. terlindung drpd hujan atau panas matahari: sudah hampir pukul lima, bangku tempat mereka duduk ~ pula; peneduh sesuatu yg boleh menyebabkan terlindung drpd panas matahari, hujan dsb: sekitar masjid dihiasi dgn pokok ~ dan bunga-bungaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
matahari II | ; bunga (kembang) ~ sj tumbuhan (pokok), Helianthus annuus; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Otophora imbricata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |