Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bungkal 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bungkal1. = bungkalan bongkah, gumpal: ~ tanah liat; 2. anak timbangan, timah dll pemberat jala: ~ jala; 3. sukatan berat (emas dll) yg bersamaan dgn 16 mayam atau 53.9 gram: emas se~; ~ genap menahan cuba, emas baik menahan uji prb keutamaan sifat seseorang dapat dicuba dan diuji; mengambil ~ kurang prb berasa tersinggung oleh perkataan orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
bungkal1. timah dsb pemberat jala. 2. ukuran berat emas yg besarnya 16 mayam.Kamus Pelajar
neraca1. alat utk menimbang (yg lengannya sama panjang), sj dacing; 2. timbangan, dacing: alat yg digunakan utk mencari beratnya sesuatu benda itu dinamakan ~; ~ spring timbangan yg menggunakan spring; 3. Id catatan perbandingan wang masuk dan wang keluar (untung rugi dll) oleh sesuatu badan perniagaan dll, timbangan kira-kira; 4. per­bandingan berat (kuat dll), pertimbangan: ~ kekuatan; ~ pembayaran Id perbandingan antara penerimaan dan pengeluaran wang (dlm perniagaan antarabangsa); ~ perdagang­an Id perbandingan antara eksport dan import (oleh sesebuah negara); ~ palingan bungkal, hati palingan Tuhan prb fikiran atau pendirian seseorang itu boleh berubah-ubah; ~ yg palingan, bungkal yg piawai prb perihal hakim yg adil hukuman­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
piawaiMn 1. cekap, pandai, pintar: seorang jurutenung yg ~ telah pernah meramalkan hal ini; 2. betul, tepat (timbangan, waktu, dll); bungkal yg ~ a) anak timbangan yg betul; b) ki keputusan (pertimbangan) yg adil; 3. yg (telah ditetapkan utk) menjadi asas bagi penen­tuan atau penilaian sesuatu (spt ukuran, tim­bangan, mutu, dll), dasar (asas) yg sah: suhu ~; sukatan ~; waktu ~; memiawaikan menjadikan sesuatu (kualiti barangan, sistem, dsb) piawai: bank data harus mencakup istilah yg dipiawaikan; terpiawai sudah atau telah dipiawaikan: pakar-pakar psikiatri telah mula menggunakannya dlm bentuk ujian personaliti yg ~; piawaian asas (rujukan dsb) utk penentuan sesuatu (spt timbangan, mutu, dll): Malaysia memerlukan satu sistem ~ yg kemas kini; kepiawaian kecekapan, kepintaran: lalu hilang pulalah ~nya sbg perjaka perkasa; pemiawaian perbuatan memiawaikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
piawai1 pandai melakukan sesuatu; pintar: pasukan tentera yg ~. 2 diterima sbg yg rasmi dan sah (bkn sesuatu sukatan, mutu barang-barang dll); standard: waktu ~ waktu yg rasmi bagi sesuatu kawasan. 3 yg ditetapkan atau yg menjadi asas (bkn sesuatu sukatan, mutu dll) kerana sudah diuji. bungkal yg ~ a. anak timbangan yg betul. b. keputusan yg adil. piawaian yg berhubung dgn hal-hal piawai: Pusat ~ Malaysia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
piawai1 pandai melakukan sesuatu; pintar: pasukan tentera yg ~. 2 yg diterima sbg yg rasmi dan sah (bkn sesuatu sukatan, mutu barang-barang dll); standard: waktu ~ waktu yg rasmi bagi sesuatu kawasan. 3 betul lagi tepat sukatannya atau baik mutunya (bkn sesuatu sukatan, barang dll) kerana sudah diuji. bungkal yg ~ a. anak timbangan yg betul. b. keputusan yg adil. piawaian yg berhubung dgn hal-hal piawai: Pusat ~ Malaysia.Kamus Pelajar
paling II; berpaling 1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ia ~ ke arah pemuda itu; 2. ki beralih atau bertukar (per­hatian, pandangan, dll): tiba masanya kita ~ kpd soal lain; 3. ki berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dll), berbelot, membelot; ~ haluan a) beralih (berubah) haluan; b) ber­ubah (beralih) pandangan dll; ~ sembah sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); ~ tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll); roda yg ~, kuda sudah digerindin prb ke­lihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yg se­benarnya susah; tegak ~, duduk berkisar prb berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikata­kan atau dijanjikan; memalingkan 1. mengarahkan muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ~ mukanya ke arah lain; 2. memusingkan arah (perahu dll): ~ perahunya; 3. mengubah arah pandangan (fikiran, dsb): tidak sedikit pun tindakan itu ~ mereka drpd agama mereka; ~ muka a) memusingkan (mengalihkan) muka ke kiri (ke kanan, ke belakang); b) sl tidak setia (suka), derhaka; ~ percakapan meng­alihkan percakapan ke arah lain; palingan yg dapat atau senang berpaling (dipalingkan); hati ~ Allah, mata ~ setan = neraca ~ bungkal, hati ~ Tuhan prb fikiran (pendirian dll) seseorang itu boleh beruba-h­ubah; kepalingan (Lin) superlatif.Kamus Dewan Edisi Keempat
emas I1. sj logam berwarna kuning yg mahal harganya (selalunya dijadikan perhiasan spt cincin, rantai, dll); 2. sl mata wang (mengandungi 161 tahil emas): bagaimana orang kaya memberi emas hanya se~; pd masa inilah beras mahal di Riau, berharga enam cupak se~; 3. ki sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga, dll): masa itu ~; 4. ki wang, wang suap, harta dunia; ~ bertitik sl emas yg dicanai: tangga rumah emas bertuang, ibu tangga ~ bertitik; ~ juita sl kekasih, buah hati; ~ kahwin mas kahwin, mahar; ~ kerajang perada; ~ kertas emas yg berhelai-helai; ~ lanar emas yg halus spt pasir yg terdapat dlm lanar; ~ lantak emas yg dituang (dicetak) berbatang-batang; ~ liplap emas tiruan; ~ lombong emas yg berada dlm batu-batu keras (diperoleh drpd lombong); ~ mentah emas yg belum dikerjakan; ~ muda emas yg kuning pucat dan rendah mutunya; ~ putih aloi emas yg berwarna putih disebabkan adanya kandungan nikel atau platinum; ~ sepuluh mutu emas tulen (emas yg 24 karat); ~ tempawan a) emas yg ditempa; b) sl gelaran (panggilan) pd perempuan yg cantik atau yg dikasihi; ~ tua emas yg sejati, tidak bercampur; ~ urai emas yg halus-halus spt pasir rupanya; ~ berpeti, kerbau berkandang prb harta benda harus dijaga mengikut keadaannya masingmasing; bermimpi mendapat ~ takkan mem-buat pura, bermimpi mendapat padi takkan membuat lumbung prb sesuatu pertelingkahan itu anggaplah spt mimpi sahaja (tidak usah dipanjang-panjangkan); hutang ~ dapat dibayar, hutang budi dibawa mati prb budi bahasa orang tidak dapat dibalas dgn wang dan harus diingat seumur hidup; kerana ~ memas, kerana padi menjadi prb kerana kekayaan, apa yg dimaksudkan dapat dicapai; menyeberangi jambatan ~ prb berjuang utk mencapai kebahagiaan sesudah kemerdekaan diperoleh; peti yg berisi ~ perak itu tiada dilelehkan orang prb ilmu pengetahuan yg baik tidak dicurahkan orang di mana-mana sahaja; spt ~ yg sudah tersepuh prb putih kuning serta elok rupa paras seseorang perempuan; tak ~ bungkal diasah prb segala daya upaya dilakukan utk mencapai maksud; walau disepuh ~ lancung, kilat tembaga tampak juga prb walau bagaimana sekalipun diajar orang yg biadap, perangainya yg kurang baik kelak akan kelihatan jua; beremas 1. memakai emas; 2. mempunyai emas: segala orang yg ~, bagaimana sekali-pun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai; 3. ki berharta, berwang: kalau ada ~, hidup, tiada ~, mati prb kalau ada pencarian yg tetap akan senanglah kehidupan; mengemas spt emas, menyerupai emas: padi kuning ~;mengemasi 1. melapisi dll dgn emas; 2. menyuap, menumbuk rusuk: segala orang yg diam di rimba Jerun itu pun diemasinya, sekaliannya menurut katanya;keemasan yg disalut (dilapisi dll) emas, yg dibuat drpd emas: kedua-dua laki isteri itupun duduk di atas peterana yg ~; peluang ~ peluang yg paling baik; peremasan 1. barang-barang emas; 2. lapis emas; adat ~ sl adat bkn perjanjian utk mengahwinkan kanak-kanak dgn orang yg tertentu apabila ia sudah besar.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas