memainkan | 1 menggunakan sesuatu utk bermain-main atau utk bersuka-suka: ~ pedang. 2 membunyikan sesuatu alat bunyi-bunyian; membuat lagu dgn alat bunyi-bunyian: ~ gambus; Beliau telah ~ lagu Joget Pahang dgn pianonya. 3 menunjukkan lakonan atau wayang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memainkan | 1. melakukan sesuatu dgn suatu benda selaku bermain-main atau bersuka-suka: ~ lembing; 2. melagukan nyanyian dgn bunyibunyian: ~ lagu keroncong; 3. membunyikan alat bunyi-bunyian: budak itu telah pandai ~ piano; 4. menayangkan (wayang dll): filem ini pernah dimainkan tahun lepas; 5. melakonkan (sandiwara, drama, dll): Badan Keluarga Dewan Bahasa akan ~ drama Tamu Di Bukit Kenny esok malam; 6. memegang peranan sbg (dlm sandiwara, drama, dll): ia ~ watak ayah dlm drama itu; ~ peranan a) berlakon sbg; b) ki mengambil bahagian dlm; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tingkah III | 1 sj gendang. 2 = tingkahan pukulan gendang yg mengiringi lagu dsb; nyanyian yg bersambut-sambutan dgn bunyi-bunyian. bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih berganti; bersambut-sambutan (ttg bunyi gendang, nyanyian dsb). meningkah memukul gendang dll mengiringi lagu atau mengiringi bunyi-bunyian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tiup | 1. hembus, hembusan (angin, udara); 2. bp sembur (jampi-jampi); tiup-tiup sj alat bunyian yg dibunyikan dgn meniup, sj wisel; bertiup 1. bergerak (angin), berhembus, me-ngalir: angin laut ~ dgn kencangnya; 2. ki merebak (khabar angin), tersebar (berita): dgn segera berita yg ~ kencang itu disampai-kannya kpd ketuanya; 3. Mn berkerumun; ~ orang melihat berkerumun orang melihat; meniup 1. mengeluarkan nafas (udara), meng-hembus: langsir merah di tingkap itu bergerak-gerak ditiup angin drpd luar; dia memarak-kan api dgn ~nya; ~ belon menggembung-kan belon dengan nafas dll; 2. membunyikan (alat bunyian dll) dgn menghembus udara menerusinya: tangan kiri memukul gendang, tangan kanan meningkah, mulutnya ~ seru-nai; pengadil permainan bola memberhentikan permainan dgn ~ wiselnya panjang-panjang; 3. = meniupi bp menyembur (bomoh yg memanterai): bomoh itu ~ku keras-keras sehingga air ludahnya menjiprat mukaku; 4. = meniup-niup ki membangkitkan, menggalakkan, mengobarkan (semangat, permusuhan, dll): beliau telah berusaha ~ semangat baru kpd pelajar-pelajar Melayu; meniupkan 1. menghembuskan: angin ~ debunga itu drpd stamen berpindah ke stigma; 2. menyemburkan (mantera), mengenakan jampi-jampi: dibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali; 3. ki membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan (per-selisihan, pertengkaran, dll): karangannya ~ semangat berkhidmat dgn tidak mementingkan diri sendiri; tiupan 1. perihal bertiup, hembusan: ~ angin pagi itu telah beransur kencang; 2. hasil meniup, bunyi (trompet dll) kerana ditiup: malam itu riuh-rendah dgn ~ trompet dan petikan gitar; 3. yg ditiup: alat ~; peniupan perbuatan meniup: ~ emosi yg kuat boleh menyebabkan orang ramai terpengaruh dgn seruan itu; peniup 1. alat yg menerusinya ditiupkan udara; 2. orang yg meniup (alat bunyian): ia bekerja sbg ~ trompet di sebuah kelab malam; ~ kaca orang yg berkemahiran meniup kaca separa lebur utk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, spt botol dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunyi-bunyian | alat spt seruling dll yg digunakan utk mengeluarkan bunyi yg berlagu; alat-alat muzik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bunyi-bunyian | alat muzik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunyi-bunyian | alat spt seruling dll yg digunakan utk mengeluarkan bunyi yg berlagu; alat-alat muzik. | Kamus Pelajar |
alat bunyi-bunyian (muzik) | perkakas (spt piano, biola) yg digunakan utk mengeluarkan bunyi yg berlagu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersembunyi-sembunyian | bermain menyorok dan mencari-cari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alat bunyi-bunyian | = ~ muzik perkakas yg boleh mengeluarkan bunyi yg berirama (utk di-mainkan lagu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |