Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.su/] | بوسوق

Definisi : 1. berbau tidak sedap (kerana sudah buruk dll): bangkai yg sudah ~; bau ~; 2. jahat, dengki, khianat; ~ budi tidak baik budi; ~-bangar = ~-lahak sangat busuk; ~ hati jahat hati; ~ kohong Kl sangat busuk; ~ mulut a) nafas berbau tidak sedap; b) suka memaki (memakai perkataan yg kotor-kotor); ~ tak tahu dibaunya prb tidak insaf akan kekurangan dirinya; mana ~ yg tiada berbau prb tiap perbuatan jahat lambat-laun akan ketahuan juga; telah ~ maka dipeda prb sudah terlambat baru dikerjakan; membusuk menjadi busuk: benda-benda organik yg mereput atau ~ spt longgokan sampah;membusukkan 1. menjadikan busuk: cara membuat baja itu ialah mencampurkan tahi lembu dgn rumput atau daun-daun yg dibusukkan; 2. memburukkan (orang dll), memfitnah, mencelakan: dialah yg ~ nama gurunya; tak guna ~ kawan sendiri;kebusukan 1. perihal busuk (berbau tidak sedap): mereka tidak tahan menghidu ~ sampah sarap di situ; 2. perihal busuk (hati): dia tidak mahu memperlihatkan ~ hatinya;pembusukan perihal membusukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.su/] | بوسوق

Definisi : 1 buruk atau rosak dan mengeluarkan bau yg tidak sedap: Segala jenis bangkai hendaklah ditanam sebelum ~. 2 tidak menyenangkan (bkn bau sesuatu): Baunya ~ spt bau bangkai. 3 tidak baik atau tidak jujur (ttg perangai); jahat: Kerana kecurangannya, pemuda itu telah mendapat nama yg ~. ~ bangar (lahak) sangat busuk baunya. ~ budi tidak elok perangainya. ~ hati jahat hatinya. ~ mulut a. nafasnya berbau busuk. b. suka mengata-ngatai orang atau suka menuturkan kata yg kotor-kotor. membusuk menjadi busuk: Bangkai itu telah mula ~. membusukkan 1 membuat jadi busuk; membiarkan menjadi busuk: Mereka ~ campuran tahi lembu dan daun-daunan itu dlm sebuah lubang. 2 menyebabkan berbau busuk: Kentutnya ~ udara di bilik itu. 3 menyebabkan menjadi busuk; mengaibkan: Kalau engkau berbuat begitu, engkau akan ~ nama keluargamu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata busuk

Puisi
 

Tikar pucuk tikar mengkuang,
     Tempat nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
     Buat perencah si daun kayu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Busuk yang tak tahu dibaunya.

Bermaksud :

Orang bodoh atau miskin yang tiada tahu akan kekurangan dirinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Buruk tak tahu akan hinanya).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bangarbusuk: busuk ~ sangat busuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lantungbau busuk yg keras. busuk ~ busuk sekali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lahak IMn busuk bangar, busuk sekali; ~ busuk terlalu busuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
busuk-busuksj tumbuhan (pokok), bereksa, bebusuk, sebusuk, Cassia nodosa.Kamus Dewan Edisi Keempat
jeragursj tumbuhan (pokok), busuk-busuk, petai belalang, sebusuk, Cassia siamea.Kamus Dewan Edisi Keempat
bebusuksj tumbuhan, bereksa, busuk-busuk, Cassia spp.Kamus Dewan Edisi Keempat
bauapa-apa yg dpt dicium dgn hidung, spt wangi, busuk: Busuk benar ~ bangkai tikus ini. ~-~ bacang pertalian keluarga yg sudah jauh. berbau mengeluarkan bau: Bangkai binatang bersepah-sepah dan ~ sangat busuk. membaui mencium-cium supaya dpt diketahui baunya: Kebanyakan binatang ~ apa-apa saja yg hendak dimakannya. bau-bauan segala yg berbau harum.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sebusuk1. sj tumbuhan (pokok), busuk-busuk, Cassia nodosa; 2. sj tumbuhan (pokok renek), beluntas padi, rumput turi, Clitoria laurifolia; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek yg me-manjat), melur hutan, perual, Coptosapelta griffithii.Kamus Dewan Edisi Keempat
johor I1. sj tumbuhan (pokok), busuk-busuk jeragar, sebusuk, Cassia siamea; 2. sj tumbuhan (pokok), bulu-bulu, lemak ketam, membulu rimba, Pellacalyx saccardianus.Kamus Dewan Edisi Keempat
lantung IIbau busuk yg keras: luka itu ~ bau­nya; busuk ~ bau yg busuk sekali; melantung mengeluarkan bau busuk, berbau busuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas