sebusuk | 1. sj tumbuhan (pokok), busuk-busuk, Cassia nodosa; 2. sj tumbuhan (pokok renek), beluntas padi, rumput turi, Clitoria laurifolia; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek yg me-manjat), melur hutan, perual, Coptosapelta griffithii. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
johor I | 1. sj tumbuhan (pokok), busuk-busuk jeragar, sebusuk, Cassia siamea; 2. sj tumbuhan (pokok), bulu-bulu, lemak ketam, membulu rimba, Pellacalyx saccardianus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bereksa | (beréksa) 1. sj tumbuhan (pokok), beka, gedayang, kedaung, Parkia javanica; 2. sj tumbuhan (pokok), busuk-busuk, sebusuk (hutan), Cassia nodosa; 3. sj tumbuhan (pokok), sebatai, Cassia timoriensis; beksa, beraksa I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
busuk | 1. berbau tidak sedap (kerana sudah buruk dll): bangkai yg sudah ~; bau ~; 2. jahat, dengki, khianat; ~ budi tidak baik budi; ~-bangar = ~-lahak sangat busuk; ~ hati jahat hati; ~ kohong Kl sangat busuk; ~ mulut a) nafas berbau tidak sedap; b) suka memaki (memakai perkataan yg kotor-kotor); ~ tak tahu dibaunya prb tidak insaf akan kekurangan dirinya; mana ~ yg tiada berbau prb tiap perbuatan jahat lambat-laun akan ketahuan juga; telah ~ maka dipeda prb sudah terlambat baru dikerjakan; membusuk menjadi busuk: benda-benda organik yg mereput atau ~ spt longgokan sampah;membusukkan 1. menjadikan busuk: cara membuat baja itu ialah mencampurkan tahi lembu dgn rumput atau daun-daun yg dibusukkan; 2. memburukkan (orang dll), memfitnah, mencelakan: dialah yg ~ nama gurunya; tak guna ~ kawan sendiri;kebusukan 1. perihal busuk (berbau tidak sedap): mereka tidak tahan menghidu ~ sampah sarap di situ; 2. perihal busuk (hati): dia tidak mahu memperlihatkan ~ hatinya;pembusukan perihal membusukkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membusukkan | 1 membuat jadi busuk; membiarkan menjadi busuk: Mereka ~ campuran tahi lembu dan daun-daunan itu dlm sebuah lubang. 2 menyebabkan berbau busuk: Kentutnya ~ udara di bilik itu. 3 menyebabkan menjadi busuk; mengaibkan: Kalau engkau berbuat begitu, engkau akan ~ nama keluargamu sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membusukkan | 1 membuat jadi busuk; membiarkan menjadi busuk: Mereka ~ campuran tahi lembu dan daun-daunan itu dlm sebuah lubang. 2 menyebabkan berbau busuk: Kentutnya ~ udara di bilik itu. 3 menyebabkan menjadi busuk; mengaibkan: Kalau engkau berbuat begitu, engkau akan ~ nama keluargamu sendiri. | Kamus Pelajar |
busuk | 1 buruk atau rosak dan mengeluarkan bau yg tidak sedap: Segala jenis bangkai hendaklah ditanam sebelum ~. 2 tidak menyenangkan (bkn bau sesuatu): Baunya ~ spt bau bangkai. 3 tidak baik atau tidak jujur (ttg perangai); jahat: Kerana kecurangannya, pemuda itu telah mendapat nama yg ~. ~ bangar (lahak) sangat busuk baunya. ~ budi tidak elok perangainya. ~ hati jahat hatinya. ~ mulut a. nafasnya berbau busuk. b. suka mengata-ngatai orang atau suka menuturkan kata yg kotor-kotor. membusuk menjadi busuk: Bangkai itu telah mula ~. membusukkan 1 membuat jadi busuk; membiarkan menjadi busuk: Mereka ~ campuran tahi lembu dan daun-daunan itu dlm sebuah lubang. 2 menyebabkan berbau busuk: Kentutnya ~ udara di bilik itu. 3 menyebabkan menjadi busuk; mengaibkan: Kalau engkau berbuat begitu, engkau akan ~ nama keluargamu sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
busuk | 1 buruk atau rosak dan mengeluarkan bau yg tidak sedap: Segala jenis bangkai hendaklah ditanam sebelum ~. 2. tidak menyenangkan (bkn bau sesuatu): Baunya ~ spt bau bangkai. 3. tidak baik atau tidak jujur (ttg perangai); jahat: Kerana kecurangannya, pemuda itu telah mendapat nama yg ~. ~ bangar (lahak) sangat busuk baunya. ~ budi tidak elok perangainya. ~ hati jahat hatinya. ~ mulut a. nafasnya berbau busuk. b. suka mengata-ngatai orang atau suka menuturkan kata yg kotor-kotor. membusuk menjadi busuk: Bangkai itu telah mula ~. membusukkan 1 membuat jadi busuk; membiarkan menjadi busuk: Mereka ~ campuran tahi lembu dan daun-daunan itu dlm sebuah lubang. 2 menyebabkan berbau busuk: Kentutnya ~ udara di bilik itu. 3 menyebabkan menjadi busuk; mengaibkan: Kalau engkau berbuat begitu, engkau akan ~ nama keluargamu sendiri. | Kamus Pelajar |
berbau | 1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk): janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~; 2. tercium bau, terhirup bau: dr jauh ~ olehku asap setanggi; 3. bersifat, mempunyai unsur: pidatonya itu ~ perkauman; 4. ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ dua prb dikatakan kpd orang yg telah berbuat kesalahan secara sulit; bakar tiada ~ prb menyatakan tidak percaya pd cerita orang; bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang prb kejahatan yg sudah cukup bukti dan keterangan; tiada ~ telunjuk saya prb menyatakan tidak percaya pd sesuatu cerita (khabar dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebusukan | 1. perihal busuk (berbau tidak sedap): mereka tidak tahan menghidu ~ sampah sarap di situ; 2. perihal busuk (hati): dia tidak mahu memperlihatkan ~ hatinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |