Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabang I 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bercabang-cabang1. tumbuh banyak cabang; 2. berpecah kpd banyak bahagian kecil; 3. berdolak-dalik: membuat kenyataan yg ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
cabang1 bahagian pokok kayu (spt da­han atau ranting) yg tumbuh pd batang. 2 bahagian hujung galah dsb yg berbelah spt dua jari terbuka; canggah. 3 sesuatu yg berpecah spt cabang pokok: ~ jalan. 4 cawangan drpd sesuatu (spt kedai, pejabat) yg lebih besar: Syarikat tsb mempunyai ~nya di tiap-tiap negeri di Malaysia. bercabang 1 mempunyai cabang; tumbuh cabangnya: Jarang-jarang sekali kita dpt bertemu dgn pokok kelapa yg ~. 2 berpecah spt cabang: Jalan itu ~ tiga. bercabang-cabang banyak cabangnya: Tanduk rusa ~. mencabangkan me­nempelkan mata tunas pd pokok supaya menjadi cabang. mempercabangkan menjadikan bercabang. percabangan 1 hal bercabang. 2 tempat jalan, sungai dsb bercabang: ~ jalan persimpangan jalan. pencabangan perbuatan (proses dsb) mencabangkan pokok.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cabang I1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan penge­tahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; bercabang 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~;2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya; bercabang-cabang, cabang-bercabang 1. tumbuh banyak cabang; 2. berpecah kpd banyak bahagian kecil; 3. berdolak-dalik: membuat kenyataan yg ~; mencabangkan (bkn pokok) menjadikan bercabang atau tumbuh cabangnya dgn mele­kapkan benih pd pohon atau mencantum; mempercabangkan menjadikan bercabang(-cabang); percabangan 1. perihal bercabang atau tumbuh cabangnya; 2. tempat yg bercabang (jalan, sungai, dsb), persimpangan: ~ jalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ranting1. bahagian cabang yg kecil-kecil, cabang drpd cabang: dibukanya baju, di­sangkutnya pd ~ kayu mati; 2. cawangan, anak cabang (pertubuhan, perkumpulan, dll); ~ Bank Rakyat cawangan Bank Rakyat; Partai Rakyat R~ Johor Baharu; 3. bukan utama (tidak penting): perkara-perkara ~ dlm agama Islam; di mana ~ dipatahkan, di situ air disauk prb seseorang itu harus menurut adat resam negeri yg didiaminya; ingat ~ yg akan melenting, da­­han yg akan mencucuk, duri yg akan me­ngait prb dlm sebarang pekerjaan hendaklah selalu ingat kalau-kalau ada bahaya atau kesusahan; beranting ada rantingnya: pokok itu mulai bercabang dan ~; lari ~ lari berangkai; meranting 1. spt ranting, tegak menganjur ke atas: kakinya naik ~ ke atas; 2. kering, meranggas (tidak berdaun lagi): pohon-pohon mulai ~; kurus ~ kurus kering; 3. memangkas (menggunting atau memotong hujung) ran­­­ting tanam-tanaman: ~ pokok pagar; 4. men­­jadi cabang yg kecil-kecil: kritikan yg berpusat pd teks ini ~ dan membesar menjadi pohon rimbun strukturalisme.Kamus Dewan Edisi Keempat
cagak1 cabang spt yg terdapat pd pokok kayu: ~ jalan cabang atau simpang jalan. 2 sesuatu (spt kayu, tongkat) yg hujungnya bercabang utk menyangga sesuatu. bercagak 1 ada cagaknya; ber­cabang. 2 memakai penyokong atau penyangga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perangkaan1 cabang ilmu pengetahuan yg menggunakan angka-angka utk menunjukkan sesuatu pernyataan dll. 2 sesuatu pernyataan (spt jumlah penduduk, eksport, import) yg ditunjukkan dgn angka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
surgeri1. cabang (ilmu) perubatan yg ber­kaitan dgn rawatan penyakit atau kecederaan dgn cara memotong atau membuang sesuatu bahagian (organ, sel dsb) badan yg berkenaan, ilmu bedah; 2. rawatan kecederaan atau penyakit dgn memotong atau membuang bahagian badan berkenaan: beberapa jenis ~ dilakukan di dlm bidang obstetrik, pergigian dan urologi.Kamus Dewan Edisi Keempat
fisiologi1. cabang ilmu sains bkn fungsi organisma; 2. proses dan fungsi keseluruhan atau sebahagian drpd sesuatu organisma: perlu juga disebutkan tentang kajian beliau berkenaan dgn ~ mata dan masalah pelihatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
cangap1. cabang pd hujung galah (kayu dll); 2. takuk pd hujung atau pangkal galah (batang dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
pediatrik/pédiatrik/ 1 cabang sains perubatan yg berkaitan dgn perkembangan, penjagaan, dan penyakit kanak-kanak. 2 berkaitan dgn perkembangan, penjagaan, dan penyakit kanak-kanak: wad ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas