cabang perahu | kayu bercabang pd rangka badan perahu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rimbun | 1. lebat daunnya, berdaun dan bercabang-cabang banyak: pokok yg ~; pokok getah itu ~ semula; 2. lebat (rambut, bulu, dll), tebal (rambut, bulu, dll); kepala ~ berambut banyak; 3. memakai atau mempunyai banyak (alat, pakaian, dll): pakaian dan perhiasan gadis itu telah ~; perahu yg ~ layarnya; suaminya itu tidaklah orang terbuang melainkan ~ rampak dlm kaumnya, ada beradik kakak; merimbun 1. sangat rimbun: ia pun berjalan menuju rumpun tebu yg ~; 2. menjadi rimbun: pokok-pokok lainnya tetap juga ~; merimbunkan 1. menjadikan rimbun; 2. menjadikan banyak: dia tidak akan berusaha ~ peninggalan ayahnya; didirikannya suatu besi penghalang dan dirimbunkan bara api di bawahnya; rimbunan 1. pohon-pohonan yg rimbun: pengganas itu hilang dlm ~ tebal; 2. daun-daun (ranting-ranting) yg banyak: cahaya yg indah itu merecik di antara lambaran daun kelapa dan ~ pohon rambutan; 3. lindungan: kalau tidak kerana ~ lalang di situ, tentulah apa yg dilakukan oleh Basir akan ternam-pak; kerimbunan perihal atau keadaan rimbun: ~ pohon-pohon di situ tentunya menyediakan tempat berteduh yg sangat nyaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabang guling | cabang pd haluan atau belakang perahu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabang I | 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; bercabang 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~;2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya; bercabang-cabang, cabang-bercabang 1. tumbuh banyak cabang; 2. berpecah kpd banyak bahagian kecil; 3. berdolak-dalik: membuat kenyataan yg ~; mencabangkan (bkn pokok) menjadikan bercabang atau tumbuh cabangnya dgn melekapkan benih pd pohon atau mencantum; mempercabangkan menjadikan bercabang(-cabang); percabangan 1. perihal bercabang atau tumbuh cabangnya; 2. tempat yg bercabang (jalan, sungai, dsb), persimpangan: ~ jalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabang buaya | kayu bercabang pd rangka badan perahu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menutuh | 1. memotong dahan atau cabang kayu, memangkas, mencantas: ia sedang ~ dahan-dahan nangka; 2. sl memecahkan perahu dll utk diambil kayunya: maka apabila sampai ke Siantan, maka kici itu pun ditutuhnya dibuat penjajap perang; 3. bk melakukan sesuatu yg umumnya kurang baik (makan suap dll); 4. bk memukul, menumbuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tutuh | ; menutuh 1. memotong dahan atau cabang kayu, memangkas, mencantas: ia sedang ~ dahan-dahan nangka; 2. sl memecahkan perahu dll utk diambil kayunya: maka apabila sampai ke Siantan, maka kici itu pun ditutuhnya dibuat penjajap perang; 3. bk melakukan sesuatu yg umumnya kurang baik (makan suap dll); 4. bk memukul, menumbuk; rimbun-rimbun ditutuh, semak-semak disiangi prb barang sesuatu hendaklah dijaga baik-baik supaya sentiasa selamat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |