cabik | 1 koyak atau carik (pd kain, kertas dll). 2 penjodoh bilangan utk sesuatu yg dikoyakkan; sobekan: se~ kain secarik kain. mencabikkan menjadikan koyak atau cabik; mengoyakkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
carik I | 1. cabik, robek, sobek, koyak memanjang; 2. = carikan cabikan; 3. helai, keping: se~ kertas; sirih se~; bercarik-carik carik di sana sini, cabik-cabik: habislah pecah ~ seluar dan baju kertasnya; mencarik mencabik, mengoyak; mencarik-carik mencabik-cabik, mengoyak-ngoyakkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabik I | 1. koyak, carik (pd kain dsb); cobak-~ koyak-koyak, robek, sobek; 2. penjodoh bilangan utk sesuatu yg dikoyakkan, helai: se~ kain; cabik-cabik koyak-koyak, robek, sobek; mencabik mengoyak, mencarik, menyobek; mencabik-cabik mengoyak-ngoyak, mencarik-carik, menyobek-nyobek; mencabikkan mengoyakkan, mencarikkan, menyobekkan; mencabik-cabikkan mengoyak-ngoyakkan, mencarik-carikkan, menyobek-nyobekkan; cabikan carikan, koyakan, sobekan; pencabikan perihal atau perbuatan mencabik(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerobak | 1. berlubang-lubang, cabik, carik, koyak; 2. berparut-parut, bopeng; ~ kerobek = ~-kerabik = ~ kerabit a) cabik cabik, koyak-koyak; b) berparut-parut, bopeng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkeping-keping | 1. merupakan atau terdiri drpd kepingan-kepingan: getah yg ~ kemudiannya diasap supaya tahan lama; 2. berpecah-pecah atau bercerai-cerai menjadi keping-keping kecil (drpd sesuatu yg lebih besar), cabik-cabik (kain dll): habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu bercabiran diterbangkan oleh angin ~ ke sana ke mari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
robek | (robék) koyak, cabik (pakaian, layar, dll), sobek: bajunya ~ di bahu; dijahit layar mana yg ~; merobek 1. mengoyakkan; ~ jantung (hati) menyayat hati, melukai hati; 2. ki memecah masuk ke dlm, membolosi, menembusi: mereka lebih pintar menggerakkan bola dan ~ gawang kami; merobek-robek merobek (mengoyakkan) berulang kali, mengoyak-ngoyakkan, mencabik-cabik: kerana terlalu marah, habis sehelai kain dirobek-robeknya dgn sebilah pisau yg ada di tangannya; merobekkan mengoyakkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabik | 1. koyak atau carik (pd kain, kertas dll). 2. penjodoh bilangan utk sesuatu yg dikoyakkan; sobekan: <i>se~ kain secarik kain. mencabikkan menjadikan koyak atau cabik; mengoyakkan.i> | Kamus Pelajar |
berjabir-jabir | 1. cobak-cabik, bercabiran, koyak-koyak; 2. Id longgar terkulai-kulai (bkn baju yg longgar). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jabir I | ; berjabir-jabir 1. cobak-cabik, bercabiran, koyak-koyak; 2. Id longgar terkulai-kulai (bkn baju yg longgar). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keping I | 1. pipih dan nipis: getah ~; 2. penjodoh bilangan bagi sesuatu yg pipih dan nipis (spt kad, kertas, papan, dsb) atau bagi sesuatu yg luas (spt tanah): dua ~ kertas; se~ tanah; 3. = kepingan; berkeping-keping 1. merupakan atau terdiri drpd kepingan-kepingan: getah yg ~ kemudiannya diasap supaya tahan lama; 2. berpecah-pecah atau bercerai-cerai menjadi keping-keping kecil (drpd sesuatu yg lebih besar), cabik-cabik (kain dll): habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu bercabiran diterbangkan oleh angin ~ ke sana ke mari; mengeping menjadikan (membelah dll supaya menjadi) berkeping-keping: bekerja keras ~ kayu; ~ getah; kepingan 1. bahagian yg kecil serta nipis yg merupakan pecahan drpd sesuatu, pecahan, tembereng: dikutipnya ~-~ kaca drpd gelas yg jatuh terhempas itu; 2. sesuatu yg pipih dan nipis, keping: ~-~ getah yg telah diasap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |