Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacat;

Puisi
 

Nyiur lamin di Pantai Lamin,
     Jatuh sebutir disambar ribut;
Hitam manis duduk beransin,
     Cacat sedikit rambutnya sejemput.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bicarakan rumput di halaman orang,
     di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga.

Bermaksud :

Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cela1. kekurangan, cacat, cedera: tidak ada cacat ~nya sedikitpun; 2. aib, noda (bkn per­buatan dll); 3. kecaman, kritik: puji dan ~ tidak bercerai; bercela mempunyai cela (cacat dll); mencela mengecam, mengkritik (dgn mem­buruk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat: mengapa kau ~ dia? cela-mencela saling mencela, caci-mencaci; tercela tercacat, dapat (patut) dicela: kelakuannya tidak ~; celaan kecaman, kritikan (yg memburuk-burukkan sahaja), cacian; kecelaan 1. cela, cacat, kecacatan; 2. ke­aiban: mendatangkan ~ kpd keluarga; berkecelaan bercacat, dapat (patut) dicela; pencelaan perihal (perbuatan dsb) mencela; pencela orang yg mencela, pengkritik (yg suka memburuk-burukkan sahaja), pencaci.Kamus Dewan Edisi Keempat
cacat~ akal rosak akal atau fikiran. ~ anggota cacat pd anggota (spt kudung, buta). ~ cedera bermacam-macam cacat. mencacat mengatakan keburukan sesuatu; mencela; mencaci: Perbuatan suka ~ orang lain hendaklah dihentikan. mencacati menjadikan sesuatu kurang baik; menyebabkan cacat: Bahan ini dpt ~ pertumbuhan anak pokok.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cacat anggotacacat pd anggota (spt tidak bertangan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
penderita cacatorang yg cacatKamus Dewan Edisi Keempat
penderita1. orang yg menderita; ~ cacat orang yg cacat; ~ sakit paru-paru orang yg menghidap sakit paru-paru; 2. Id pelengkap (benda) yg menjadi tujuan kata kerja (per­buatan) dlm ayat: dlm ayat ‘dia menyepak bola’, ‘bola’ ialah ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
cacatkekurangan atau keadaan kurang sem­purna (lengkap, baik) pd badan (benda, per­buatan, akhlak, batin, dll), cela; barang ini ~ sedikit rosak (kurang elok) sedikit; apa ~nya kalau kita menjemput dia apa buruknya (malunya, ruginya, celanya) kalau menjem­put dia; ~nya sedikit, lampu di situ agak terang sayang lampu di situ agak terang; ~ akal tidak waras; ~ anggota cacat pd anggota (spt tidak bertangan dll); ~ cedera (cela, cida) bermacam-macam cacat; bercacat mempunyai cacat, bercela; mencacat mengatakan keburukan seseorang atau sesuatu, mencela: bangsa Melayu tidak dicacat dan dibencinya; mencacati 1. menyebabkan sesuatu cacat, melukai (merosakkan dsb): jangan dicacati pokok kayu di perkarangan itu; 2. mencabul, menodai: ~ nama baiknya sendiri; ~ undang-undang melanggar undang-undang; mencacatkan menjadikan atau menyebab­kan cacat: rokok juga boleh ~ bayi; tercacat tercela; cacatan celaan, kecaman, kritik: jika mendapati apa-apa perkara yg tidak munasabah dlm cerita ini, janganlah hendaknya menjadi ~; kecacatan perihal (keadaan, sifat, dsb) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yg menjejaskan sesuatu): ~ ini tidak zahir pd mata ramai kerana Sulung sangat pandai melindungkan kekurangannya; ~ pd anggotanya tidak sedikit pun menghalangnya mencapai cita-citanya; ~ sembahyang fardu yg tidak disengajakan, kerana lupa, rosak bacaan, dll; pencacat orang yg suka mencacat(i), pen­cela, pencerca.Kamus Dewan Edisi Keempat
cacatsifat kurang baik atau kekurangan yg terdapat pd sesuatu; cela: Cuba periksa almari itu baik-baik, barangkali ada ~nya. ~ akal rosak akal atau fikiran. ~ anggota cacat pd anggota (spt kudung, buta dll). ~ cedera bermacam-macam cacat. bercacat mempunyai kekurangan pd anggota tubuh dll; ada cacatnya: Tidak ada suatu pun yg tidak ~. mencacat mengatakan keburukan sesuatu; mencela; mencaci: Perbuatan suka ~ orang lain hendaklah dihentikan. mencacati menjadikan sesuatu kurang baik; menyebabkan cacat: Bahan ini dpt ~ pertumbuhan anak pokok.Kamus Pelajar
cacat1 sifat kurang baik atau kekurangan yg terdapat pd sesuatu; cela: Cuba periksa almari itu baik-baik, barangkali ada ~nya. 2 = bercacat mempunyai kekurangan pd anggota tubuh dll; tidak atau kurang sempurna: Tidak ada suatu pun yg tidak ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cacat akaltidak waras;Kamus Dewan Edisi Keempat
cacat kerosakan(fault defect)Punca kerosakan yang menyebabkan sesebuah peranti atau sistem gagal menjalankan pengendalian dengan sempurna.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas