Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.gar] | چاݢر

Definisi : 1. barang yg dijadikan sbg taruhan apabila berhutang, barang yg digadai­kan, rungguh(an); 2. cengkeram, bayaran pen­dahuluan, wang muka; ~ alam kawasan sim­panan (bagi mergastua); bercagar, bercagaran bersandar pd atau disokong oleh sesuatu; bercagarkan mempunyai sesuatu taruhan sbg jaminan berhutang, bersandarkan: pinjamannya ~ sekeping tanah pusaka; mencagarkan memberikan sesuatu sbg ca­garan hutang, menggadaikan, merungguhkan: ia ~ tanah dan bangunan kedainya; pencagaran perbuatan mencagarkan: ~ tanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.gar] | چاݢر

Definisi : , = cagaran 1 barang yg dijadikan sbg jaminan utk berhutang. 2 wang yg dibayarkan dahulu kerana hendak membeli atau menempah sesuatu; wang muka; cengkeram. mencagarkan memberikan sesuatu sbg cagaran hutang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cagar


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cagar, = cagaran 1 barang yg dijadikan sbg jaminan utk berhutang. 2 wang yg dibayarkan dahulu kerana hendak membeli atau menempah sesuatu; wang muka; cengkeram. mencagarkan memberikan sesuatu sbg cagaran hutang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cagar alamkawasan sim­panan (bagi mergastua);Kamus Dewan Edisi Keempat
cagar1. barang yg dijadikan sbg taruhan apabila berhutang, barang yg digadai­kan, rungguh(an); 2. cengkeram, bayaran pen­dahuluan, wang muka; ~ alam kawasan sim­panan (bagi mergastua); bercagar, bercagaran bersandar pd atau disokong oleh sesuatu; bercagarkan mempunyai sesuatu taruhan sbg jaminan berhutang, bersandarkan: pinjamannya ~ sekeping tanah pusaka; mencagarkan memberikan sesuatu sbg ca­garan hutang, menggadaikan, merungguhkan: ia ~ tanah dan bangunan kedainya; pencagaran perbuatan mencagarkan: ~ tanah.Kamus Dewan Edisi Keempat
cagar= cagaran 1. barang yg dijadikan sbg jaminan utk berhutang. 2. wang yg dibayarkan dahulu kerana hendak membeli atau menempah sesuatu; wang muka; cengkeram. mencagarkan memberikan sesuatu sbg cagaran hutang.Kamus Pelajar
agunId cagar, sandar(an); mengagunkan mencagarkan, menggadai­kan; agunan cagaran, gadaian, jaminan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanggungantanggungan 1. sesuatu yg mesti ditanggung, kewajiban, tanggungjawab: hak dan ~ ahli-ahli pertubuhan; 2. jaminan: dgn ~ siapakah engkau mendapat pinjaman itu? 3. barang dll yg digunakan sbg jaminan hutang dll, cagar­an: apa ~mu utk berhutang itu? 4. pen­deritaan, beban: segala-galanya itu akan menambahkan lagi ~ rakyat; 5. orang yg mesti ditanggung (keselamatannya, nafkah­nya, dll): cukai ini berbeza dr seorang kese­orang mengikut banyak pendapatan orang itu dan ramai orang yg mesti menjadi ~nya; 6. akibat perbuatan yg mesti diper­tang­gungkan, risiko: kalau engkau kalah nanti, itu ~mu sendiri;; 7. (Udg) kewajiban yg dikenakan terhadap seseorang di bawah undang-undang;Kamus Dewan Edisi Keempat
tanggung I1. = ditanggung dijamin (kebaik­annya dll), sudah tentu: pekerjaannya ~ baik; 2. bp = menanggung; ~ badan Sr mas kahwin yg belum dijelaskan ketika akad nikah (tetapi mesti diselesaikan ketika bercerai); menanggung 1. membawa di atas bahu (ba­rang yg berat-berat), memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. meng­alami (kesusahan dll), menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki membawa, memegang, mena­ruh, menyimpan: dapatkah manda ~ rah­sia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg tertentu), mengurus, mem­­biayai, menyelenggarakan: mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi, mem­punyai: kita ~ hutang sampai anak dah ber­anak enam pun hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, men­jamin: kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg ~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung dia akan menang; 9. memberi perakuan akan meme­nuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani tanggung; ~ budi menaruh budi; ~ dendam menyimpan dendam; ~ kasih berasa wajib membalas kasih (orang); ~ malu merasai malu; ~ ragam Mn mengalami bermacam-macam percubaan; ~ rahsia menyimpan rahsia; ~ rindu menaruh rindu; tanggung-menanggung 1. saling menang­gung (menjamin dll); 2. semua urusan me­nang­gung; menanggungkan, mempertanggungkan 1. memikulkan sesuatu beban (tanggungjawab dll) kpd, membebankan kpd: kerja-kerja yg ditanggungkan kpd baginda itu tersangat berat; 2. menyerahkan barang dll sbg cagaran (jaminan), mencagarkan, menggadaikan: dia terpaksa ~ hartanya utk membayar hutang; tertanggung dapat ditanggung, terderita, terjamin, terpikul; tidak ~ a) tidak terderita; b) tidak dijamin dll; tanggungan 1. sesuatu yg mesti ditanggung, kewajiban, tanggungjawab: hak dan ~ ahli-ahli pertubuhan; 2. jaminan: dgn ~ siapakah engkau mendapat pinjaman itu? 3. barang dll yg digunakan sbg jaminan hutang dll, cagar­an: apa ~mu utk berhutang itu? 4. pen­deritaan, beban: segala-galanya itu akan menambahkan lagi ~ rakyat; 5. orang yg mesti ditanggung (keselamatannya, nafkah­nya, dll): cukai ini berbeza dr seorang kese­orang mengikut banyak pendapatan orang itu dan ramai orang yg mesti menjadi ~nya; 6. akibat perbuatan yg mesti diper­tang­gungkan, risiko: kalau engkau kalah nanti, itu ~mu sendiri; ~ jiwa (kebakaran) Id insu­rans; 7. (Udg) kewajiban yg dikenakan terhadap seseorang di bawah undang-undang; ketanggungan sl apa yg ditanggung, tang­gungjawab, tanggungan: jikalau kita kalah, bukanlah jadi ~ kpd kita semuanya;berketanggungan bertanggungjawab, ber­kewajiban: marilah kita menuntut kpd pihak-pihak yg ~ dlm agama Islam;pertanggungan 1. tanggungan, tang­gung­jawab; 2. jaminan; 3. insurans; penanggungan 1. apa yg ditanggung, pen­deritaan, kesengsaraan: dia sangat mengam­bil berat terhadap kehidupan rakyat jelata dan ~ mereka; 2. perihal menanggung: ba­gai­manakah ~ hati seorang perempuan yg hidup sebatang kara; penanggung 1. orang yg menanggung (men­jamin), penjamin; 2. orang yg meme­gang polisi insurans; 3. orang yg menderita, penderita; 4. (Eko) organisasi atau orang yg dilantik utk menguruskan pembubaran sesebuah sya­rikat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas