Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cair] | چاءير

Definisi : 1. tidak keras dan tidak spt gas (boleh mengalir spt air), encer, tidak pekat: air raksa ialah benda yg ~; susu ~; logam kalau dipanaskan menjadi ~; 2. ki bocor (bkn rahsia, berita, dll); 3. menjadi lemah (kurang giat, kurang bersemangat, dsb): kekerasan hatinya ~ spt lilin terkena bahang api; 4. (Eko) mudah ditukarkan kpd wang tunai; ~ loler Kl terlalu cair; ~ otak pandai; mencair menjadi cair: lapisan air batu di kawasan kutub ~ lalu aras laut meningkat; mencairkan 1. menjadikan sesuatu cair, mengencerkan: pemanasan itu ~ minyak yg beku; 2. (Eko) menukarkan aset kpd wang tunai: para pemaju menjual rumah bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.8 bilion), ~ pasaran yg terbeku selama setahun; 3. ki menjadikan perasaan (semangat dsb) berkurang atau lemah: suara manja kekasihnya itu tidak ~ kemarahan Wi; cairan sesuatu benda yg sudah dicairkan, enceran; kecairan 1. perihal cair; 2. (Eko) kebolehan utk menukarkan sesuatu aset kpd wang tunai dgn mudah dan cepat; 3. (Eko) adanya pembeli dan penjual yg mencukupi bagi sesuatu sekuriti (saham) pd harga yg berpatutan utk mengekalkan keadaan pasaran yg stabil; pencairan 1. proses mencair atau mencair­kan; 2. (Eko) proses menukarkan (menjual) aset kpd tunai bagi tujuan menjelaskan hutang syarikat; pencair bahan (spt air dsb) utk mencairkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cair] | چاءير

Definisi : 1 tidak keras dan tidak berupa gas tetapi dpt meleleh atau mengalir: Lilin akan menjadi ~ apabila dipanaskan. 2 terdapat airnya lebih banyak; lw pekat: larutan yg ~. mencair menjadi cair: Air batu ~ apabila berada dlm suhu yg tinggi. mencairkan menjadikan cair. cairan sesuatu yg cair; cecair. kecairan perihal atau keadaan cair: Disebabkan ~nya, bahan itu kurang berkesan. pencairan perihal, proses dsb mencair atau mencairkan: ~ air batu di kawasan pergu­nungan. pencair bahan yg mencairkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cair

Peribahasa

Pahamnya (fahamnya) bagai getah cair.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cair1 tidak keras dan tidak berupa gas tetapi dpt meleleh atau mengalir: Lilin akan menjadi ~ apabila dipanaskan. 2 terdapat airnya lebih banyak; lw pekat: larutan yg ~. mencair menjadi cair: Air batu ~ apabila berada dlm suhu yg tinggi. mencairkan menjadikan cair. cairan sesuatu yg cair; cecair. kecairan perihal atau keadaan cair: Disebabkan ~nya, bahan itu kurang berkesan. pencairan perihal, proses dsb mencair atau mencairkan: ~ air batu di kawasan pergu­nungan. pencair bahan yg mencairkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cirit1 tahi cair. 2 = ~-birit (-mirit) sakit terberak-berak cair. 3 hampas drpd sesuatu; endapan. 4 = mencirit mengeluarkan cirit (kerana sakit perut). ~ bintang bintang yg kelihatan spt jatuh; bintang beralih. ~ kopi (minyak) hampas atau keladak kopi (minyak). menciriti mengeluarkan cirit di (pd); mengotorkan sesuatu dgn cirit. tercirit terberak cair; terkeluar cirit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
air batu campursj minuman sejuk yg dibuat drpd air batu kisar yg dibubuh kacang merah, jagung, cincau, gula melaka cair, sirap, susu cair, dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
keruingsj tumbuhan (pokok), resak putih, Vatica scortechinii; ~ bulu = ~ cair = ~ pekat sj tumbuhan (pokok), gombang, pokok damar obor, Dipterocarpus baudii; ~ cair = ~ dadih = ~ gombang = ~ keluang = ~ pekat = ~ suji sj tumbuh­an (pokok), Dipterocarpus cornutus; ~ pekat sj tumbuhan (pokok) Dipterocarpus costulatus; ~ buluh = ~ balai = ~ cair = ~ gombang = ~ mempelas sj tumbuhan (pokok), Dipterocarpus crinitus; ~ beku = ~ didih = ~ gombang = ~ pekat sj tumbuhan (pokok), meranti sabut, resak, Vatica perakensis.Kamus Dewan Edisi Keempat
encer(éncér) Jk 1. tidak keras dan tidak spt gas, cair; 2. bercampur air, tidak pekat atau kurang patinya (bkn cecair yg mengandungi sesuatu zat); 3. menjadi cair; 4. lekas menerima pelajaran, lekas faham; mengencerkan menjadikan encer (cair, larut), mencairkan, melarutkan; enceran cairan, larutan.Kamus Dewan Edisi Keempat
cair otakpandai;Kamus Dewan Edisi Keempat
cair1. tidak keras dan tidak berupa gas tetapi dpt meleleh atau mengalir: Lilin akan menjadi ~ apabila dipanaskan. 2. terdapat airnya lebih banyak; lw pekat:larutan yg ~. mencair menjadi cair: Air batu ~ apabila berada dlm suhu yg tinggi. mencairkan menjadikan cair. cairan sesuatu yg cair; cecair.Kamus Pelajar
cair lolerKl terlalu cair;Kamus Dewan Edisi Keempat
lembap cairist bersifat menjadi lembap dan cair apabila didedahkan ke udara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cirit1. tahi cair. 2. = ~-birit (mirit) sakit terberak-berak cair. 3. hampas drpd sesuatu; endapan. ~ bintang bintang yg kelihatan spt jatuh; bintang beralih. ~ kopi (minyak) hampas atau keladak kopi (minyak). mencirit mengeluarkan cirit (kerana sakit perut). menciriti mengeluarkan cirit di (pd); mengotorkan sesuatu dgn cirit. tercirit terberak cair; terkeluar cirit.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas