cakup II | Jw ark; mencakup 1. menyauk atau mencedok (dgn tangan); 2. = mencakupi ki merangkumi beberapa hal dsb, meliputi: seminar itu ~ semua aspek dlm bidang pendidikan bahasa dan sastera; mencakupkan menyaukkan; cakupan 1. perihal menyauk sepenuh genggaman tangan: 2. liputan, rangkuman, lingkungan: pendekatan ini agak berbeza dan terpisah drpd kebiasaan disiplin ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cakupan | 1. perihal menyauk sepenuh genggaman tangan: 2. liputan, rangkuman, lingkungan: pendekatan ini agak berbeza dan terpisah drpd kebiasaan disiplin ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jangkauan | 1. hasil atau gerakan menjangkau: ia mengelakkan beg suratnya drpd ~ orang itu; 2. cakupan: ~ Islam tidak terbatas kpd alam kebendaan sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangkup II | ; merangkup 1. merangkum, memeluk; 2. menudungi, menutupi, melingkupi: malam ~ sekitar lorong belakang; terangkup dapat dirangkup, dapat dilingkungi: malangnya pandangan tersebut adalah hasil drpd pendapat yg ~ di bawah tempurung sahaja; rangkupan rangkuman, cakupan, lingkungan: mereka menumpukan perhatian pd penyelesaian masalah dlm ~ paradigma tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jangkau | ; menjangkau 1. menghulurkan tangan utk mencapai sesuatu: dia ~ wang itu lalu memasukkannya ke dlm kocek; ~ langit sangat tinggi (bangunan, menara, dll); 2. ki mencapai, mencakupi; ~ sehabis tangan prb berusaha dgn bersungguh-sungguh (utk mencapai maksudnya); terjangkau 1. tercapai atau dapat (apabila dijangkau); 2. tertafsir: dia cuba mencapai kebahagiaan yg ketinggiannya tidak ~ oleh pemahaman; jangkauan 1. hasil atau gerakan menjangkau: ia mengelakkan beg suratnya drpd ~ orang itu; 2. cakupan: ~ Islam tidak terbatas kpd alam kebendaan sahaja; penjangkauan perbuatan menjangkau; sejangkauan, sepenjangkauan sejauh dapat dijangkau dgn tangan, jengkau, jingkau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tindan | = tindan-tindih; bertindan 1. bertimbun-timbun (bertindih-tindih) dgn tidak teratur: pokok-pokok yg ditebang bertindan-tindan dan bertumpang tindih merata-rata; 2. mencakupi atau meliputi bahagian-bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama (setidak-tidaknya sebahagiannya); menindankan menimbunkan, menindihkan: padi yg berguni-guni itu ditindankan-nya di atas penjemuran; pertindanan 1. keadaan dsb bertindan; 2. keadaan meliputi bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama setidak-tidaknya pd sebahagiannya, keadaan mencakupi bahagian-bahagian tertentu yg sama: terdapat ~ antara beberapa kategori. tindan-tindih cakupan atau liputan yg seba-hagiannya sama, pertindanan; bertindan-tindih bertindih-tindih dgn tidak teratur: puluhan ribu mati berkaparan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |