calar | garis bekas kena sesuatu yg tajam (spt cakar, duri): ~-balar calar yg banyak; penuh dgn calar. bercalar ada calar (pd kulit dll); bergaris. mencalar membuat calar pd sesuatu; menjadikan sesuatu bercalar. mencalarkan menggunakan sesuatu utk membuat calar; menggoreskan. tercalar 1 tergaris. 2 ki sudah menjadi tidak baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
calar | garis bekas kena sesuatu yg tajam (spt cakar, duri dll): ~ balar calar yg banyak; penuh dgn calar. bercalar ada calar (pd kulit dll); bergaris. mencalar membuat calar pd sesuatu; menjadikan sesuatu bercalar. mencalarkan menggunakan sesuatu utk membuat calar; menggoreskan. tercalar 1. tergaris. 2. ki sudah menjadi tidak baik. | Kamus Pelajar |
colar-calar | cakar-balar, calar-balar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
colar | ; ~-calar cakar-balar, calar-balar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
calar-balar | banyak garis yg tidak keruan, penuh dgn calar; mencalar-balarkan menyebabkan atau menjadikan calar-balar: penyental yg kasar boleh ~ kristal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
calar | garis bekas kena sesuatu yg tajam (spt cakar, jarum, duri, dll); bercalar mempunyai calar, bergaris, bergores: Yusof balik ke rumah dgn mukanya yg ~; mencalarkan membuat calar (pd sesuatu), menggoreskan; tercalar 1. tergaris, tergores; 2. ki menjadi rosak, menjadi tidak baik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gores | (gorés) garis, calar, coret (corek); ~ api korek api, mancis; bergores, bergores-gores bergaris(-garis), bercalar(-calar), berparut(-parut); menggores menggaris, mencalar, menggarit; ~ hati melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan; menggoreskan menggariskan, menggaritkan: ~ pisau pd meja; tergores tergaris, tercorek; ~ dlm hati terlintas dlm hati, terfikirkan: tidak ~ dlm hatiku derhaka kepadanya; goresan yg sudah digores (digaris), tanda atau bekas digores; penggoresan perihal menggores, pencalaran, penggaritan; penggores alat (spt pisau dll) utk menggores. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencalar | membuat calar pd sesuatu; menjadikan sesuatu bercalar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercalar | ada calar (pd kulit dll); bergaris. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencalarkan | membuat calar (pd sesuatu), menggoreskan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |