hempas | campak, banting; ~ tulang berisi perut prb rajin bekerja dapat rezeki; ~ tulang tak berbalas jasa prb bekerja keras tanpa beroleh faedah; berhempas; ~-pulas bekerja keras (mati-matian), membanting tulang: mereka ~-pulas mencari sesuap nasi; berhempas-hempas campak-mencampak, banting-membanting: mereka bertangkaplah di dlm istana itu, ~, tunggang-langgang; menghempas 1. membanting, menjatuhkan (diri): ia ~ ke katilnya; 2. memukul (bkn ombak dll): ombak ~ pantai dgn keras dan tidak henti-hentinya; 3. menutup pintu, tingkap, dsb dgn melepaskannya dgn kuat: Hamid ~ pintu bilik utk menunjukkan kemarahannya; ~ tulang urat = ~ tulang empat kerat menggunakan tenaga (kekuatan) sendiri membanting tulang utk mengerjakan sesuatu; menghempaskan membantingkan, membuangkan, mencampakkan, menjatuhkan: dia ~ daun terup ke atas tikar; Ratna ~ badannya ke atas katil; terhempas terbanting, tercampak; hempasan 1. tempat ombak menghempas pantai (tempat yg dangkal); 2. perihal menghempas (bkn ombak), pukulan: ~ ombak yg sesekali itu menghanyutkan sampah yg terdapat di tepi pantai itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campak II | = sakit (demam) ~ penyakit berjangkit yg menyebabkan penghidapnya demam dan kulitnya ditumbuhi bintil-bintil merah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
campak I | ; mencampak membuang dgn agak kuat (bkn sesuatu yg dipegang); melempar. mencampakkan melemparkan sesuatu yg dipegang; menghumbankan: Apabila mendengar jawapan pemuda itu, beliau marah lalu ~ buku yg dipegangnya ke lantai. tercampak jatuh dgn agak kuat; terpelanting: Ketika melalui jalan yg berlekuk-lekuk dan berliku-liku, dia nyaris-nyaris ~ keluar dr lori tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
campak II | sj penyakit berjangkit yg menyebabkan penghidapnya demam dan bintil-bintil merah tumbuh pd kulit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campak bunga | sj permainan kanak-kanak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campak buang | a) membuang barang sesuka hati; b) tidak menghargai sesuatu barang; c) lembing yg dibuat drpd kayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campak batu | ki meninggalkan sesuatu tempat buat selama-lamanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campak I | buang, lempar; ~ batu ki meninggalkan sesuatu tempat buat selama-lamanya; ~ buang a) membuang barang sesuka hati; b) tidak menghargai sesuatu barang; c) lembing yg dibuat drpd kayu; ~ bunga sj permainan kanak-kanak; umpamanya orang ~ bunga, dibalas ~ tahi prb perbuatan yg baik dibalas dgn yg jahat; mencampak membuang, melempar; ~ wang menaburkan wang utk orang miskin; mencampakkan melemparkan, membuangkan: semuanya kelihatan ~ panah masing-masing ke tanah; ia tidak sedar lagi lalu ~ dirinya dr atas pohon itu; tercampak 1. terlempar, terpelanting: ia pun ~ di atas tanah; 2. sampai ke tempat yg jauh (terasing), terbuang: mereka sekarang ~ ke sebuah pulau yg kecil dan terpencil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campak II | <i> = sakit (demam) ~i> penyakit berjangkit yg menyebabkan penghidapnya demam dan kulitnya ditumbuhi bintil-bintil merah. | Kamus Pelajar |
campak I | mencampak membuang dgn agak kuat (bkn sesuatu yg dipegang); melempar. mencampakkan melemparkan sesuatu yg dipegang; menghumbankan: <i>Apabila mendengar jawapan pemuda itu, beliau marah lalu ~ buku yg dipegangnya ke lantai.i> tercampak jatuh dgn agak kuat; terpelanting: <i>Ketika melalui jalan yg berlekuk-lekuk dan berliku-liku, dia nyaris-nyaris ~ keluar dr lori tsb.i> | Kamus Pelajar |