canai fikiran | sesuatu yg menambah pengetahuan atau memajukan fikiran (spt buku, pendapat, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papan canai | papan utk mencanai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
canai | ; batu ~ batu yg digunakan utk mengasah sesuatu. mencanai 1 mengasah sesuatu dgn batu canai. 2 melicinkan atau meratakan sesuatu permukaan. 3 meratakan atau menipiskan adunan kuih dgn tangan atau penggelek. pencanai 1 orang yg kerjanya mencanai (mengasah dll). 2 alat utk mencanai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
canai | batu ~ batu yg digunakan utk mengasah sesuatu. mencanai 1. mengasah sesuatu dgn batu canai. 2. melicinkan atau meratakan sesuatu permukaan. 3. meratakan atau menipiskan adunan kuih dgn tangan atau penggelek. pencanai 1. orang yg kerjanya mencanai (mengasah dll). 2. alat utk mencanai. | Kamus Pelajar |
canai | ; batu ~ batu yg digunakan utk mengasah sesuatu, batu asah; ~ fikiran sesuatu yg menambah pengetahuan atau memajukan fikiran (spt buku, pendapat, dll); mencanai 1. mengasah sesuatu dgn batu canai; 2. melicinkan, meratakan, mengilatkan; 3. menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis: ~ pastri; 4. membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan: undang-undang baru ini telah dibuat utk membolehkan kerajaan ~ surat khabar supaya bersesuaian dgn demokrasi terpimpin; spt dicanai rupanya prb cantik atau elok rupanya; tercanai sudah dicanai (dibentuk, disesuaikan): perkara ini ~ menjadi suatu penjelmaan yg tersendiri; canaian 1. perihal mencanai; 2. sesuatu yg telah dicanai; 3. ki latihan; pencanai 1. orang yg kerjanya mencanai (mengasah), pengasah; 2. alat utk mencanai (menggelek adunan kuih): papan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batu canai | batu yg digunakan utk mengasah sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
roti canai | = ~ perata roti leper yg bentuknya bulat atau empat segi yg adunan tepungnya ditebar, dilipat lalu dimasak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
roda canai | roda utk mencanai (mengasah) sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukang canai | tukang mengasah pisau dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pandai canai | tukang mencanai pisau; | Kamus Dewan Edisi Keempat |