disharmoni | 1. canggung, janggal, tidak secocok; 2. kecanggungan, kejanggalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecanggungan | 1. perihal canggung (kekok, kaku, janggal), kekekokan, kekakuan, kejanggalan; 2. perihal canggung (segan-segan atau malu-malu): ~nya jelas pd gerak-gerinya; 3. perihal canggung (kurang elok atau sempurna pd pandangan atau pendengaran): ~ bahasanya memperlihatkan kecetekan pengetahuannya tentang tatabahasa bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
canggung I | 1. kurang biasa atau kurang senang menggunakan (melakukan) sesuatu, kekok, kaku, janggal: dr kecil lagi dia diajar menari, sebab itulah apabila dia menari, tidak ~ nampaknya; 2. berasa kurang senang (tidak bebas), segan-segan atau malu-malu (kerana tidak biasa bercampur atau tidak tahu adat resam orang): anak raja itu terasa serba kekok dan ~, tidak tahu apa yg hendak dibuatnya; 3. kurang elok atau sempurna (pd pandangan atau pendengaran), tidak kena pd tempatnya, agak janggal: bahasa karangannya begitu ~ hingga tidak dapat disiarkan; kenalanku ada yg cantik dan tidak akan ~ jadi isterimu; 4. serba kekurangan (bkn kehidupan, pengetahuan, dll): bagaimana aku dapat hidup senang, kalau serba ~ spt ini; 5. = tercanggung Mn a) berasa sepi (kerana tidak berteman dll); b) kurang senang (kecewa dll): hendaklah diusahakan supaya pembeli jangan ~; ~ bagai antan dicungkilkan duri prb perbuatan yg bukan-bukan, tidak kena pd tempatnya; kecanggungan 1. perihal canggung (kekok, kaku, janggal), kekekokan, kekakuan, kejanggalan; 2. perihal canggung (segan-segan atau malu-malu): ~nya jelas pd gerak-gerinya; 3. perihal canggung (kurang elok atau sempurna pd pandangan atau pendengaran): ~ bahasanya memperlihatkan kecetekan pengetahuannya tentang tatabahasa bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
canggung I | 1 agak kekok atau kurang mahir melakukan sesuatu kerana belum biasa melakukannya; janggal: Sesuatu pekerjaan itu jika selalu dibuat tidaklah akan ~ lagi tampaknya. 2 agak segan atau malu-malu kerana tidak biasa dgn sesuatu keadaan atau suasana: Aku berasa ~ sekali apabila bercampur gaul dgn mereka. 3 tidak kena pd tempatnya; kurang baik (buatannya, susunannya dsb); janggal: Susunan kata dlm ayat-ayatnya ~ sekali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
canggung I | 1. agak kekok atau kurang mahir melakukan sesuatu kerana belum biasa melakukannya; janggal: <i>Sesuatu pekerjaan itu jika selalu dibuat tidaklah akan ~ lagi tampaknya.i> 2. berasa agak segan atau malu-malu kerana tidak biasa dgn sesuatu keadaan atau suasana: <i>Aku berasa ~ sekali apabila bercampur gaul dgn mereka.i> 3. tidak kena pd tempatnya; kurang baik (buatannya, susunannya dsb); janggal: <i>Susunan kata dlm ayat-ayatnya ~ sekali.i> | Kamus Pelajar |
kekok | (kékok) 1. kaku ketika berbuat sesuatu (kerana belum biasa), tidak lembut atau tidak kemas gerak-gerinya, canggung: kulihat ~ sahaja ia berjalan bergandingan dgn isterinya; 2. sukar menggunakannya (bkn alat dll); 3. Mn = ~ akal ki tidak jujur, busuk hati; kekekokan perihal (keadaan) kekok: jelas ada ~ dlm hubungan suami isteri itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaku | 1 tidak dpt dilenturkan; kejang: Kerana sejuk, kedua-dua belah tangannya menjadi ~. 2 ki tidak lancar (bkn cerita, gaya, gerak-geri dll); canggung; tidak hidup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kaku | 1. tidak dpt dilenturkan; kejang: <i>Kerana sejuk, kedua-dua belah tangannya menjadi ~.i> 2. <i>kii> tidak lancar (bkn cerita, gaya, gerak-geri dll); canggung; tidak hidup. | Kamus Pelajar |
kaku | 1. tidak boleh dilentur, kejang, kejur: mayat itu sudah ~; kerana sejuk, tangannya menjadi ~; mulutnya ~ ki mulutnya tidak boleh dibuka atau berkata-kata; ~ lidah ki tidak dapat bercakap (berkata-kata) dgn lancar; 2. ki tidak kemas, janggal, canggung (bkn gerak-geri dsb), tidak lancar (jalan bahasa dll), tidak hidup (lukisan dll): plot cerpen ini dibuat-buat, wataknya ~ dan persoalan di dalamnya mendatar dan ringan sahaja; gaya dan gerak-gerinya ~; bahasanya ~; lukisan itu ~; kekakuan perihal atau keadaan kaku, kekejuran, kecanggungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
miang | 1. bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan; 2. = ~ gatal gatal yg merenyam (pd kulit); 3. = ~ gatal ki suka mengurat sehingga kadangkala membawa pd bersetubuh, biang, gasang; ~ jelatang a) miang kerana kena jelatang; b) ki suka memfitnah, penghasut; se ~ kalam kecil (sedikit) sekali; habis ~ kerana bergeser prb hilanglah ketakutan atau canggung kalau sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan; rebung tak ~, bemban pula ~ prb orang yg tidak campur tangan dlm sesuatu pekerjaan mendapat kesukaran sedangkan yg patut bersusah berdiam diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |