perlente | (perlénté) 1. suka memakai pakaian cantik-cantik, gagah, kacak, lawa: dia memang seorang ~; 2. bijak berkata-kata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memasang badan | menghias diri dgn memakai pakaian yg cantik-cantik dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melawakan | menjadikan lawa (dgn memakai atau berhias): Hasnah bermekap dan memakai pakaian yg cantik-cantik utk ~ dirinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempertontonkan | memperlihatkan (sandiwara dll), memperagakan, mempertunjukkan, mempamerkan (lukisan dll): dipertontonkan sebuah drama di televisyen kita; melihat-lihat barang yg cantik-cantik yg dipertontonkan di kedai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cantik I | sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) cantik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tonton | ;menonton menengok (pertunjukan, wayang gambar, dll): ~ perlawanan bola; jangan ~ saja jangan melihat saja; mempertontonkan memperlihatkan (sandi-wara dll), memperagakan, mempertunjukkan, mempamerkan (lukisan dll): dipertontonkan sebuah drama di televisyen kita; melihat-lihat barang yg cantik-cantik yg dipertontonkan di kedai; tontonan pertunjukan (wayang gambar dll), sesuatu yg (patut) ditonton: filem-filem Melayu yg menjadi ~ kita; penontonan perbuatan menonton; penonton 1. orang yg menonton (pertunjukan dll): para ~ bertepuk tangan; 2. ki orang yg hanya menengok saja (tidak ikut serta): biarlah kita jadi ~ saja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lawa I | cantik (orang, perhiasan, dll), bergaya, indah, menarik hati, segak: bentuk mukanya lebih ~ drpd kedua-dua kawannya; melawa memakai atau berhias (supaya kelihatan lawa), melagak, meraga: tiap-tiap hari selepas bekerja, dia ~; melawakan menjadikan lawa (dgn memakai atau berhias): Hasnah bermekap dan memakai pakaian yg cantik-cantik utk ~ dirinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
comel (comél) I | 1. cantik dan menarik (bkn kanak-kanak); 2. cantik dan menarik serta kecil orangnya (bkn gadis atau wanita), kecil molek; 3. kecil dan cantik (bkn benda, binatang, dsb) kecil dan cantik; mencomelkan menjadikan comel; kecomelan perihal comel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cantik | dpt menimbulkan kesenangan atau kegembiraan kpd perasaan apabila dipandang; menarik atau manis (ttg rupa dsb); indah: Orangnya ~ serta berbudi bahasa pula. mencantikkan menjadikan cantik; mengindahkan. mempercantik menjadikan lebih cantik; memperindah. kecantikan hal atau keadaan cantik; keelokan; keindahan: ~ istana itu telah menjadi perhatian para pelancong. pencantikan perbuatan atau hal mencantikkan. pencantik sesuatu yg mencantikkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cantik | dpt menimbulkan kesenangan atau kegembiraan kpd perasaan apabila dipandang; menarik atau manis (ttg rupa dsb); indah: Orangnya ~ serta berbudi bahasa pula. mencantikkan menjadikan cantik; mengindahkan. mempercantik menjadikan lebih cantik; memperindah. kecantikan hal atau keadaan cantik; keelokan; keindahan: ~ istana itu telah menjadi perhatian para pelancong. | Kamus Pelajar |