cap-mengecap | segala usaha cetakan, cetak-mencetak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengecapan | 1. ark perihal (perbuatan, kerja, dll) mengecap(kan); 2. percetakan; 3. perusahaan cap-mengecap, pencetakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tera | 1 tanda yg dicapkan dgn timah dll pd surat-surat penting; cap. 2 = cap ~ cap kerajaan atau cap raja; cap mohor. menera membubuh tera; mengecap. menerakan 1 menjadikan sesuatu sbg tera; mengecapkan sesuatu tanda. 2 meniru gambar, peta dll drpd yg asal; menekap. tertera sudah diterakan atau dicapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tera I | 1. tanda atau cap yg dicapkan (dgn lak, timah, dll) pd surat-surat penting dll; 2. rakaman yg dibuat dgn cap; 3. = cap ~ cap kerajaan, cap kempa, cap mohor, meterai; 4. tanda yg menentukan ukuran atau sukatan pd sesuatu alat (dacing dll), tanda uji; 5. alat utk mengecap (mencetak dll); menera 1. membubuh tera, mengecap; 2. membubuh tanda uji (pd alat takaran, timbangan, dll); 3. mengecap (buku), mencetak: buku ini ditera utk pertama kali pd tahun 1610; menerakan 1. mengecapkan, mencetakkan; 2. meneladani gambar dll (dgn meniru gambar yg asal dll), menekap: benda itu hendaklah diterakan sebesar saiznya yg sebenar; tertera 1. sudah ditera (dicap), tercap, tercatat, tercetak: spt yg ~ dlm rajah 22; 2. tersebut: asal ~ dlm hadis yg sahih, mereka terimalah; teraan 1. sesuatu yg ditera, cap-capan, cetakan; 2. cap; perteraan percetakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cap I | 1. alat utk menurunkan bekas atau kesan tanda (tandatangan, nama, dll) dgn menekankannya di atas kertas (surat dll), tera: ~ ini dibuat drpd getah; 2. cetak, cetakan; huruf ~ huruf cetak (bukan huruf tulisan); kain ~ kain yg dicetak (tidak dibatik); tukang ~ tukang mencetak buku; 3. bekas atau kesan (tanda, gambar, tandatangan, dll) yg dibuat dgn cap: tiap-tiap surat perjanjian itu mesti ada ~ pegawai daerah, barulah boleh diterima; 4. tanda yg berupa gambar dll (utk barang dagangan dll): Datuk Ujang menghulurkan sebatang cerut ~ ayam; 5. ki ciri, sifat (keadaan, watak, dll); dgn demikian kelihatan ~nya keadaannya yg sebenarnya; ~ batu cetakan yg dibuat dgn batu, litograf; ~ dagang(an) tanda (gambar, nama, dll) yg digunakan dlm perdagangan (pd barangbarang dll); ~ jari bekas tekanan jari (utk ganti tandatangan atau utk mengenali orang yg memiliki jari itu); ~ kempa sl tera (cap) diraja kerajaan Melayu; ~ mohor a) cap kerajaan (tera kerajaan): Sultan Johor telah mengurniakan ~ mohor kpd Raja Melewar; b) cap pd mata wang; mengecap 1. membubuh atau menaruh cap, menjadikan bercap; 2. mencetak (buku, surat khabar, kain, dll): surat khabar Utusan Melayu telah ~ berita itu dgn huruf-huruf kasar di muka hadapannya; 3. memberi bertanda: bilangan gigi gear itu ada dicap pd gear tersebut; 4. ki menganggap sbg, menuduh atau menamai: Amerika sendiri mungkin dicap ingin menguasai Vietnam Selatan; kita boleh ~ dia sbg “sasterawan nakal”; cap-mengecap segala usaha cetakan, cetak-mencetak; mengecapkan menerakan, mencetakkan; pengecapan 1. ark perihal (perbuatan, kerja, dll) mengecap(kan); 2. percetakan; 3. perusahaan cap-mengecap, pencetakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memukul | 1. mengenakan sesuatu yg keras atau berat dgn kuat, memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk, dll: kepalanya dipukul dgn besi paip; ~ beduk (gendang, genderang, tabuh, tambur, dll) membunyikan beduk dll dgn pemalu; 2. ki melanggar, menempuh, mengalahkan, menyerang, dll: apabila ia datang ~ Tanah Jawa maka mereka pun hendaklah menyerta bersama-sama dr darat; perahunya terbalik dipukul ombak Laut Kalzum; bersinar-sinar bercahaya dipukul cahaya bulan bersinar-sinar bercahaya ditempuh cahaya bulan; 3. ki mengambil (mendapat) untung banyak-banyak, mengecoh, menipu: ini bukan menolong tetapi ~ namanya; 4. ki memakan atau membunuh (dlm permainan catur): tidak dapat ~ kuda; 5. ki = memukulkan ark Id memperbanyakkan, mendarabkan, mengalikan: belajar membahagi dan ~; dua dipukulkan dgn tiga; ~ besi menempa besi; ~ cap mengecap; ~ gambar mengambil gambar, memotret; ~ gamelan (canang, gong, sarun, dll) memainkan gamelan dll; ~ kawat Id berkirim telegram; ~ ‘knock-out’ meninju sehingga langsung kalah; ~ meja mengetuk meja; ~ mundur menyerang (musuh) hingga mundur; ~ musuh menyerang (mengalahkan) musuh; ~ rata(kan) menjadikan rata-rata, menyamaratakan; ~ roboh meninju sampai roboh; ~ telefon bp bertelefon; ~ telur (dll) mengacau telur (supaya hancur dan naik); dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu prb Mn serba salah dlm sesuatu pekerjaan yg sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak dikerjakan pun berbahaya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cincin cap | cincin yg memakai cap (utk mengecap); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segel | /ségél/ cap sbg tanda utk sesuatu badan perniagaan dll; cap pengenalan. menyegel membubuh cap sbg tanda pd sesuatu; mengecap dgn tanda tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memukul cap | mengecap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meterai | cap tanda utk badan perniagaan; cap mohor utk raja-raja; cap yg diterakan pd surat-surat penting. memeterai membubuh meterai; mengecap. termeterai tercap; tercetak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |