capah | ; mencapah ist 1 berserak (ttg sinar cahaya apabila melalui kanta pencapah). 2 membesar atau melebar (ttg sudut). pencapah; kanta ~ kanta yg menyebabkan sinar cahaya berserak apabila melaluinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
capah IV | sj tumbuhan (pokok), cempening, kasap, pecah periuk babi, tapak kerbau, Clerodendron villosum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
capah III | meja bundar kecil yg boleh berputar, digunakan utk menempa atau melagang, meja tempa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
capah II | bekas bulat spt dulang (dibuat drpd kayu); capar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
capah I | Mn cakah; mencapah 1. berpecah drpd suatu tumpuan lalu berserak ke berbagai-bagai arah yg berlainan (bkn sinar cahaya, pemikiran dll); 2. menjadi semakin lebar atau besar bukaannya apabila semakin ke hujung atau ke hadapan (bkn bukaan kaki, jari kaki, jari tangan dll): jari-jari tangan dan kakiku ~ ke hadapan; pencapahan perihal atau proses mencapah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
capah | mencapah ist 1. berserak (ttg sinar cahaya apabila melalui kanta pencapah). 2. membesar atau melebar (ttg sudut). pencapah; kanta ~ kanta yg menyebabkan sinar cahaya berserak apabila melaluinya. | Kamus Pelajar |
tanduk capah | tanduk lurus yg tumbuh mengangkang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cempening | sj tumbuhan (pokok), capah, kasap, tapak kerbau, pecah periuk babi, Clerodendron villosum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
capar | sj pasu (dibuat drpd kayu); ®capah II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanduk I | 1. dua benda keras yg tumbuh di kepala binatang (spt kerbau, lembu, dll), sj cula: ~ lembu; ~ rusa; 2. drpd bahan tanduk (alat perkakas dll): sikat ~; 3. sesuatu yg berbentuk (berupa) tanduk: pisang ~; ~ badur = ~ koyok tanduk yg melengkung ke bawah; ~ cakah = ~ empang tanduk yg lurus mendatar; ~ capah tanduk lurus yg tumbuh mengangkang; ~ julang = ~ tegak tanduk yg lurus tegak tumbuhnya; ~ kangkum tanduk yg melengkung; ~ ragum tanduk yg pendek dan hujungnya hampir bertemu; ~ tendang tanduk yg satu tumbuh ke atas dan satu lagi melengkung ke bawah; ~ di kepala tak dapat digelengkan prb seseorang itu tidak dapat melepaskan diri drpd kewajiban sendiri; bagai ~ bersendi gading prb jodoh yg tidak sepadan; bagai ~ diberkas prb amat sukar menyatukan (orang yg berlainan fikiran dll); bagai kerbau runcing ~ = runcing ~ prb orang yg terkenal jahatnya sehingga jikalau orang lain yg membuat kejahatan orang menyangka dia juga; menghendaki (menghendakkan) ~ kuda = minta ~ kpd kuda prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; sedepa ~ yg datang, sejengkal ~ yg menanti, payah juga yg datang prb Mn perihal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri); tak (dapat) ~ telinga dipulas prb sanggup melakukan apa sahaja asal dapat membalas dendam; bertanduk mempunyai tanduk, ada tanduknya; (menantikan) kucing ~ prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin;menanduk 1. menyondol dgn tanduk (kerbau, lembu, dll); 2. menyondol sesuatu dgn kepalanya, memukul dgn kepala: pemain itu sedang ~ bola. | Kamus Dewan Edisi Keempat |