Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[car.ta] | چرتا

Definisi : 1. peta yg disediakan utk membantu pelayaran atau penerbangan; 2. helaian yg memberikan maklumat (mis mengenai iklim, kedudukan dan perkembangan perniagaan, struktur organisasi, prestasi kerja, dll) dlm bentuk graf, jadual, atau gambar rajah; ~ alir = ~ aliran (Komp) gambar rajah atau perwakilan grafik yg digunakan utk menun­jukkan logik dan urutan sesuatu atur cara komputer, atau utk memaparkan langkah­-langkah pemprosesan yg dilakukan; ~ pai sj gambar rajah atau perwakilan grafik utk memaparkan pembahagian atau pecahan data, maklumat, dll dlm bentuk bulatan yg dibahagi­bahagikan; ~ palang sj gambar rajah atau perwakilan grafik yg menggunakan jalur yg sama lebar secara menegak atau mendatar utk mewakili maklumat atau data; mencartakan 1. merakamkan sesuatu mak­lumat dlm bentuk carta: ~ perubahan suhu setiap dua hari; 2. ki merangka atau menyu­sun sesuatu gagasan secara teratur: penubuhan Umno di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946 menjadi gagasan besar bagi ~ masa depan agama, bangsa dan tanah air; pencartaan perihal (proses atau perbuatan) mencartakan: ~ pergerakan harga barang keperluan asas; pencarta (Eko) orang yg menggunakan carta tertentu utk menganalisis dan meramalkan pergerakan harga saham atau pasaran saham pd masa hadapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[car.ta] | چرتا

Definisi : paparan yg mengandungi keterang­an (ttg harga, suhu, senarai sesuatu dll) dlm bentuk graf, gambar rajah dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata carta


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pai I1. makanan berupa pastri yg berintikan daging atau buah-buahan; ~ kotej (ERT) makanan drpd daging kisar yg dibakar dan diletakkan kentang lecek di atasnya; 2. = carta ~ carta bulat yg terbahagi kpd beberapa bahagian yg masing-masing mewakili peratusan ter­tentu sesuatu satuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
carta paicarta bulat yg terbahagi kpd beberapa bahagian yg masing-masing mewakili peratusan ter­tentu sesuatu satuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
carta kawasan(area chart)Carta janaan komputer yang memaparkan kawasan yang terbentuk daripada tindihan dua carta garis.Kamus Komputer
penyambung keluar(out connector)1. Palam yang digunakan untuk menyalurkan output liang komputer pada peranti output. 2. Lambang carta alir yang digunakan untuk menyatakan tempat carta alir diputuskan untuk pergi ke tempat sambungan carta alir yang lain. Penyambung ini digunakan kerana kertas lukisan carta alir telah penuh dan tidak dapat menampung semua bahagian, atau carta alir telah dipecahkan kepada beberapa modul.Kamus Komputer
simbol penyambung(connector symbol)Simbol carta alir untuk menyatakan sambungan pada carta yang telah diputuskan atau carta utama.Kamus Komputer
templat carta alir(flowchart template)Kepingan plastik atau logam yang mempunyai acuan lambang carta alir terpotong padanya. Templat ini digunakan sebagai alat bantu untuk membolehkan pengguna melukis carta alir dengan lebih kemas.Kamus Komputer
pencarta alir(flowcharter)1. Atur cara yang berfungsi menjanakan carta alir secara automatik daripada kod mirip yang diberikan. 2. Orang yang bertanggungjawab menghasilkan carta alir. Biasanya nama pencarta alir disertakan dalam carta alir untuk membolehkan pihak bermasalah membuat rujukan.Kamus Komputer
cartapaparan yg mengandungi keterang­an (ttg harga, suhu, senarai sesuatu dll) dlm bentuk graf, gambar rajah dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
carta palangsj gambar rajah atau perwakilan grafik yg menggunakan jalur yg sama lebar secara menegak atau mendatar utk mewakili maklumat atau data;Kamus Dewan Edisi Keempat
carta paisj gambar rajah atau perwakilan grafik utk memaparkan pembahagian atau pecahan data, maklumat, dll dlm bentuk bulatan yg dibahagi­bahagikan;Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas