buah | 1. bahagian tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik (biasanya berbiji): pokok ini sudah ada ~nya; 2. biji yg agak besar dan keras: ~ kemiri; ~ keras; 3. benda yg menyerupai buah tertentu; ~ berembang a) bulatan pd puncak tiang bendera dll; b) bekas kapur yg menyerupai buah berembang; ~ bidara a) manik yg menyerupai buah bidara; b) gula-gula yg menyerupai buah bidara; ~ melaka a) buah pokok melaka; b) sj kuih, onde-onde; 4. bahagian (badan manusia dll) yg menyerupai buah; ~ betis jantung betis, daging pd betis; ~ lengan otot besar pd lengan atas; 5. bermacam-macam benda bulat; ~ baju butang; ~ guli kelereng; 6. penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu): se~ rumah; beberapa ~ kerusi; 7. ki hasil sesuatu perbuatan (usaha dll), akibat: segala usahanya tidak memberi ~; 8. ki bahan, pokok, pangkal; ~ cakap a) pokok percakapan; b) hasil percakapan; 9. pergerakan atau teknik dlm seni silat utk mematahkan serangan lawan: ~ Saidina Ali dan ~ sendeng sudah dipelajarinya; ~ agregat (Bio) buah yg terbentuk drpd bunga tunggal (spt strawberi) atau drpd beberapa bunga (spt nanas); ~ benar = ~ sebenar (Bio) buah yg terbentuk drpd ovari sahaja (mis buah betik); ~ bengang (Bio) buah yg kelopaknya pecah (apabila masak); ~ bibir sebut-sebutan orang; ~ butir pokok pembicaraan (perbincangan dll); ~ catur anak catur (benda kecil-kecil yg digunakan dlm permainan catur); ~ dacing batu penimbang; ~ dada susu, tetek; ~ fikiran pendapat; ~ hati orang yg dikasihi, jantung hati; ~ hidup buah yg masih segar; ~ kalam karangan, tulisan; ~ kalengan Id buah dlm tin; ~ kering a) buah yg dikeringkan; b) (Bio) buah yg perikarpanya tidak berisi (berdaging) semasa matang; ~ kesenian hasil kesenian; ~ ketot buah bantut; ~ kumpuan buah majmuk; ~ lidah buah yg kelopaknya pecah dr pangkal ke hujung; ~ majmuk buah yg terjadi drpd rangkaian bunga; ~ mata a) biji mata; b) orang yg dikasihi; ~ melaka (kuih) onde-onde; ~ mimpi sesuatu yg dimimpikan; ~ mulut percakapan (perbualan) orang, buah bibir; ~ palsu (Bio) buah yg terbentuk drpd bahagian lain bunga, bukannya drpd ovari (mis buah gajus); ~ pantat kedua-dua belah bahagian punggung; ~ pelir biji dlm kantung kemaluan lelaki; ~ pembicaraan a) pokok pembicaraan; b) hasil pembicaraan; c) sebut-sebutan orang; ~ pena buah kalam; ~ perut Mn orang-orang yg menjadi anggota sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ pinggang (sepasang) organ perkumuhan yg terletak di bahagian pinggang vertebrat dan berfungsi menuras darah, mengumuhkan hasil akhir metabolisme dlm bentuk air kencing dan mengawal osmosis; ~ remia Kd sj buah spt kundang tetapi lebih kecil bentuknya; ~ sepudung beberapa buah yg terbit drpd satu bunga; ~ serahim buah yg terjadi drpd satu bunga; ~ sesentul buah yg spt buah epal, mempunyai biji pd terasnya; ~ sulung buah yg pertama (permulaan); ~ susu sj tumbuhan (pokok memanjat), markisah, Passiflora laurifolia; ~ tahun sesuatu yg jarang terdapat; ~ tangan a) hasil pekerjaan; b) barang yg dibawa dr perjalanan, oleh-oleh; ~ tanjung sj kuih; ~ tasbih a) butir-butir pd tasbih; b) sj tumbuhan (herba), Canna orientalis; ~ undi ark buah dadu; ~ zakar buah pelir; ~ masak tergantung tinggi, akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin prb tidak berdaya utk mencapai yg dicita-citakan (diharapkan); ~ yg manis berulat di dalamnya prb mulut manis biasanya mengandung maksud yg jahat; bagai ~ keras di dlm sekul prb bercakap dgn tergopoh-gopoh; di mana ~ masak, di situ burung banyak tampil prb kalau kita sedang baik untung, banyak sahabat berkerumun; laksana ~ masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri prb barang yg telah tua itu dgn sedikit tenaga rosaklah ia; sebab ~ dikenal pohonnya prb drpd pertuturan dan perangai seseorang, dapat diketahui asalnya; sebuah satu buah; menyebuahkan menjadikan satu; buah-buahan 1. buah tiruan; 2. bermacam-macam buah, berbagai-bagai jenis buah; berbuah 1. mempunyai buah, menghasilkan buah: rambutan saya sudah ~; 2. ki memberi hasil (akibat dll): kahwin yg tidak bersehaluan itu tidak ~ elok; 3. berbintil-bintil halus (pd rambut kerana tidak dikeringkan dgn baik);berbuah-buah ki menjadi-jadi: ratap yg ~; berbuahkan mendapat (mempunyai) sbg buah: padi itu ~ emas;membuahi 1. Id menghamilkan, mempersenyawakan gen jantan dgn gen betina; 2. = membuah-buahi mencampuri, menambah-nambah: dia menangis sekuat-kuat hatinya sambil dibuah-buahi pula dgn ratap;membuahkan menghasilkan, menerbitkan (hasil dll): memang bumi ~ padi dan tanah menghasilkan emas; persefahaman itu ~ cinta buat Alif Idham; Melur cuba ~ senyuman;pembuahan perihal membuahi (penghamilan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
permainan | 1 apa-apa yg digunakan utk bermain; mainan. 2 perbuatan atau hal bermain; cara bermain: ~ catur patut digalakkan di kalangan anak-anak kita. ~nya sungguh baik. 3 sesuatu yg dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
belang | 1. jalur-jalur yg lain warnanya drpd warna dasar: kucing ~; kuda ~; pak ~ harimau; 2. ki noda, cacat, perangai (yg buruk); menunjukkan ~nya a) memperlihatkan sifatnya (yg sebenar); b) memperlihatkan kekuasaannya; harimau menunjukkan ~nya prb orang yg memperlihatkan kekuasaannya; orang mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan ~nya prb orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama buruk;berbelang mempunyai belang: tapak catur ~ putih hitam;berbelang-belang mempunyai belang yg banyak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buah | 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik dan biasanya berbiji: Pohon rambutan ini lebat sungguh ~nya. 2 benda yg bulat-bulat dan hampir menyerupai buah 1: ~ baju butang baju. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tidak tentu bentuk atau jenisnya: Di kiri kanan sungai itu, terdapat beberapa ~ rumah orang Melayu. ~ agregat ist buah yg terhasil drpd sekuntum bunga yg mempunyai beberapa karpel, yg setiap satunya membentuk ovari berasingan, mis buah strawberi, atau buah yg terbentuk drpd beberapa bunga, spt nanas. ~ catur benda yg diukir spt kuda, gajah dsb utk melambangkan sesuatu dan digunakan dlm permainan catur. ~ dada tetek wanita. ~ fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. ~ hati orang yg dikasihi. ~ keras nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya, Aleurites moluccana. ~ mulut apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. ~ pena hasil karangan seseorang; karya. ~ pinggang organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. ~ susu nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. ~ tangan a. hasil pekerjaan seseorang. b. barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah. berbuah ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. membuahi mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. membuahkan mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. buah-buahan pelbagai jenis buah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buah | 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik dan biasanya berbiji: Pohon rambutan ini lebat sungguh ~nya. 2. benda yg bulat-bulat dan hampir menyerupai buah I: ~ baju butang baju. 3. penjodoh bilangan utk benda-benda yg tidak tentu bentuk atau jenisnya: Di kiri kanan sungai itu terdapat beberapa ~ rumah orang Melayu. ~ catur benda yg diukir spt kuda, gajah dsb utk melambangkan sesuatu dan digunakan dlm permainan catur. ~ dada tetek wanita. ~ fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. ~ hati orang yg dikasihi. ~ keras nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya, Aleurites moluccana. ~ mulut apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. ~ pena hasil karangan seseorang; karya. ~ pinggang organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. ~ susu nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. ~ tangan a. hasil pekerjaan seseorang. b. barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah. berbuah ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. membuahi mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. membuahkan mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. buah-buahan pelbagai jenis buah. | Kamus Pelajar |
main | ; bermain berbuat sesuatu utk bersenang-senang atau utk bersuka-suka; melakukan sesuatu utk menyenangkan hati atau utk berehat-rehat: Pergilah keluar ~, apabila kamu telah lama belajar. ~ bola; ~ catur. bermain-main 1 bersenang-senang atau bersuka-suka dgn melakukan sesuatu: Ketika ibu memasak di dapur, kami ~ di halaman. 2 tidak bersungguh-sungguh; hanya utk berkelakar saja: Mereka itu ~ saja, bukan berkelahi sungguh-sungguh. memainkan 1 menggunakan sesuatu utk bermain-main atau utk bersuka-suka: ~ pedang. 2 membunyikan sesuatu alat bunyi-bunyian; membuat lagu dgn alat bunyi-bunyian: ~ gambus; Beliau telah ~ lagu Joget Pahang dgn pianonya. 3 menunjukkan lakonan atau wayang. mempermainkan 1 memperlakukan utk bersenang-senang (mencari untung dll): Jangan suka ~ harta benda orang. 2 membuat sesuatu kpd seseorang supaya ia ditertawakan orang lain; memperolok-olokkan: Kamu suka benar ~ dia. mainan, main-mainan benda yg digunakan utk bermain; apa-apa yg dimainkan atau yg dipermainkan: Adli leka bermain dgn ~nya. permainan 1 apa-apa yg digunakan utk bermain; mainan. 2 perbuatan atau hal bermain; cara bermain: ~ catur patut digalakkan di kalangan anak-anak kita. ~nya sungguh baik. ~ dalam permainan yg dimainkan di dlm bangunan (spt catur, dam); ~ luar permainan yg dimainkan di luar bangunan (spt bola sepak, hoki). 3 sesuatu yg dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. pemain orang bermain atau yg memainkan sesuatu; orang yg suka bermain: ~ biola; ~ bola sepak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berhabis-habisan | 1. hingga habis (terkorban dsb) semuanya, dgn sepenuh kemampuan (tenaga, kesungguhan, dll), mati-matian: mereka bersumpah akan berjuang ~ mempertahankan negara; nampaknya mereka bertaruh ~ di atas papan catur; 2. terlalu sangat, dgn tidak bersekat (berbatas): dimaki ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
habis-habisan | , berhabis-habisan 1. hingga habis (terkorban dsb) semuanya, dgn sepenuh kemampuan (tenaga, kesungguhan, dll), mati-matian: mereka bersumpah akan berjuang ~ mempertahankan negara; nampaknya mereka bertaruh ~ di atas papan catur; 2. terlalu sangat, dgn tidak bersekat (berbatas): dimaki ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
corak I | 1. ragi atau bunga-bunga pd kain (barang anyaman, tenunan, dll): besar-besar ~ kain batiknya; ~ damdam corak yg berpetak-petak empat segi (corak tapak catur); 2. warna (bunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain itu berwarna hijau dan ~nya merah; 3. ki rupa (bentuk, sifat, dll): hasil usahanya telah menukarkan ~ pertanian di negeri itu; bercorak 1. berbunga-bunga (barang tenunan, anyaman, dll), beragi: kain ~; 2. berwarna-warna (berbunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain merah yg ~ putih; 3. ki berupa (bersifat, berbentuk, berfaham, dll): menimbulkan perselisihan yg ~ perkauman; filem Indonesia ~ ketimuran; mencoraki menjadi corak pd (bagi), menjadi ciri asas pd (bagi), mewarnai: pergantungan ~ hubungan antara negara membangun dgn negara perindustrian Barat; mencorakkan 1. memberi bercorak: kanak-kanak bagai kain putih boleh dicorakkan dan diwarna-warnikan; 2. ki membentuk (sifat, rupa, ciri-ciri, dll sesuatu) memberikan sifat-sifat yg tertentu kpd: perasaan itu biasanya dicorakkan oleh keadaan; pencorakan perihal (perbuatan dsb) mencorakkan; pencorak orang (faktor, unsur dsb) yg menentukan corak (rupa, sifat, keadaan dsb) sesuatu: kita merupakan ~ masyarakat yg telah diamanahkan utk membela nasib dan masa depan anak-anak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nama | 1 panggilan atau sebutan bagi orang, barang, tempat dll: ~ kakak saya Salmah. Apa ~ benda yg kaupegang itu? 2 maruah; kemasyhuran: ~nya telah rosak telah hilang maruahnya. ~ baik kehormatan; maruah. ~ batang tubuh nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll). ~ cembung (timangan) nama yg digunakan bagi diri seseorang utk menyatakan kekariban (sayang atau manja). ~ log masuk ist nama unik yg diberikan bagi setiap akaun komputer utk mengenali seseorang pengguna komputer semasa memulakan penggunaan sistem atau rangkaian komputer. ~ pena nama yg bukan nama sebenarnya yg digunakan oleh penulis (penyajak dsb) pd karyanya. ~ samaran nama utk menyembunyikan nama sebenar. bernama 1 mempunyai atau memakai nama: Akulah yg ~ Taming Sari. 2 mendapat nama; terkenal; masyhur: Baginda telah memanggil seluruh tabib yg ~ utk mengubati puterinya. menamai memberikan nama kpd; membubuh nama pd; menggelar seseorang: Dia ~ anaknya Adli. menamakan 1 memberikan sesuatu gelaran sbg nama; menjadikan sesuatu sbg nama: Dia ~ Adli kpd anaknya. Orang Melayu telah ~ tir bagi buah catur yg berbentuk spt kota. 2 mencalonkan seseorang (utk bertanding dlm pilihan raya dll); mencadangkan atau memberikan nama seseorang sbg wakil (calon dsb): Mereka ~ beberapa orang calon dlm pemilihan itu. ternama dikenali ramai; termasyhur; terkenal: Picasso ialah pelukis yg ~. kenamaan 1 dihormati dan disegani (kerana kepintaran, kepandaian dsb): ahli bahasa yg ~. 2 berpangkat tinggi; besar (bkn orang, pegawai dll): Mereka itu anak orang-orang besar dan ~. penamaan perbuatan (hal dsb) menamai atau menamakan. penama 1 orang yg membubuh nama atau yg mencalonkan; pencadang. 2 orang yg dinamakan sbg waris (pemegang kuasa dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |