menjugel | melambung-lambungkan beberapa objek spt bola, kayu dan botol berulang-ulang dgn cepat dan menyambutnya dgn cekap: Mereka memang cekap ~ botol-botol itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkewibawaan | mempunyai wibawa (kewibawaan): penggunaan kata ini akan diterima orang akhirnya jika kamus tersebut ~; utk menjadi media massa yg ~, maka gaya, isi, dan pendekatannya harus ditumpukan pd manusia dan permasalahannya yg sebenar; pemimpin juga harus cekap berfikir, cekap berpidato, mempunyai karisma tertentu, ~ tinggi, serta sentiasa bercakap positif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berwibawa | = berkewibawaan mempunyai wibawa (kewibawaan): penggunaan kata ini akan diterima orang akhirnya jika kamus tersebut ~; utk menjadi media massa yg ~, maka gaya, isi, dan pendekatannya harus ditumpukan pd manusia dan permasalahannya yg sebenar; pemimpin juga harus cekap berfikir, cekap berpidato, mempunyai karisma tertentu, ~ tinggi, serta sentiasa bercakap positif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jugel | perbuatan melambung-lambungkan beberapa objek spt bola, kayu dan botol berulang-ulang dgn cepat dan menyambutnya dgn cekap: Pelbagai pertunjukan diadakan, termasuklah berjalan di atas kaca dan ~. menjugel melambung-lambungkan beberapa objek spt bola, kayu dan botol berulang-ulang dgn cepat dan menyambutnya dgn cekap: Mereka memang cekap ~ botol-botol itu. penjugel orang yg menjugel. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pantas I | 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; sepantas-pantas biar betapa pun pantasnya: ~ seseorang itu berlari, akhirnya dia akan kecundang juga oleh jaguh itu; memantaskan mencepatkan, melekaskan: langkahnya pun dipantaskan; kepantasan 1. kecepatan, kelajuan: kuda atau zirafah badannya ramping dan lurus, sesuai benar dgn ~ larinya; 2. kecekapan, ketangkasan: pd malamnya terdapat gelanggang manusia menunjukkan ~ pencak silatnya; pemantasan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantaskan, pencepatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terampil | cekap dlm melaksanakan sesuatu, dlm menyelesaikan masalah dsb; mampu dan cekap: Sejak pulang dr kursus itu, dia begitu ~ dlm menjalankan tugasnya. menerampilkan menjadikan terampil: Kita hendaklah berusaha utk ~ diri setiap masa. keterampilan keadaan atau sifat terampil; kecekapan; kemampuan (yg tinggi): Kursus utk meningkatan ~ dan kecekapan kakitangan juga diadakan. berketerampilan mempunyai keterampilan; bersifat terampil: Mereka menganjurkan program utk melahirkan usahawan yg dinamik dan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memanipulasikan | 1. mengerjakan atau membuat sesuatu (dgn menggunakan tangan) dgn cekap, mengendalikan atau menggunakan sesuatu dgn cekap atau bijaksana: yg begitu dighairahkan ialah meniup dan ~ kaca semasa lembik; masyarakat umum menge-nali al-Jabar sbg ilmu yg membicarakan cara ~ simbol dgn hukum dan petua tertentu; 2. mengendalikan (menggunakan) sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dapat mencapai sesuatu tujuan: ahli-ahli politik mesti kembali menghormati agama dan mengelakkan nafsu kuasa politik dgn ~ agama; 3. melakukan sesuatu yg curang, menggunakan sesuatu utk berbuat curang atau tidak baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cakap II | 1. Id sanggup, boleh, mampu, dapat (membuat sesuatu), dapat dan pandai melakukan sesuatu, cekap; 2. elok, cantik, rupawan; 3. Mn tangkas, lekas, pantas, cekap; bercakap sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; mempercakap, mempercakapkan Id menjadikan cakap (mahir, dapat, mampu) utk melakukan sesuatu, mempercekap; kecakapan 1. kesanggupan, kemampuan, kecekapan; 2. Id kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. Mn kepantasan membuat (mengerjakan) sesuatu, ketangkasan, kepantasan, kecekapan; ®cekap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjugel | melambung-lambungkan beberapa objek spt bola dsb berulang-ulang dan menyambutnya dgn cekap dan pantas: dia memang cekap ~ ketiga-tiga biji bola itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jugel | ; menjugel melambung-lambungkan beberapa objek spt bola dsb berulang-ulang dan menyambutnya dgn cekap dan pantas: dia memang cekap ~ ketiga-tiga biji bola itu; penjugel orang yg menjugel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |