cela-mencela | saling mencela, caci-mencaci; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cela | 1. kekurangan, cacat, cedera: tidak ada cacat ~nya sedikitpun; 2. aib, noda (bkn perbuatan dll); 3. kecaman, kritik: puji dan ~ tidak bercerai; bercela mempunyai cela (cacat dll); mencela mengecam, mengkritik (dgn memburuk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat: mengapa kau ~ dia? cela-mencela saling mencela, caci-mencaci; tercela tercacat, dapat (patut) dicela: kelakuannya tidak ~; celaan kecaman, kritikan (yg memburuk-burukkan sahaja), cacian; kecelaan 1. cela, cacat, kecacatan; 2. keaiban: mendatangkan ~ kpd keluarga; berkecelaan bercacat, dapat (patut) dicela; pencelaan perihal (perbuatan dsb) mencela; pencela orang yg mencela, pengkritik (yg suka memburuk-burukkan sahaja), pencaci. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengumpat | 1. mencela-cela (memburuk-burukkan) orang lain di belakangnya, mengatai (orang) di belakang: mereka bergunjing dan ~ iaitu menyiarkan kesalahan dan aib manu-sia kpd orang lain di belakang; 2. mencela, mengejek, mengeji: berdosa mencela dan ~ orang; 3. memarahi (mengutuk, menyumpah) orang kerana berlaku tidak patut kpd kita, menghamun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fadihat | Ar aib, cela, nista; memfadihatkan mengaibkan, mencela, menistakan: jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dgn kata yg jahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
caci | cela, cerca, nista; ~ maki kata yg keji dan kotor; bercaci-cacian saling mencaci, saling mencela, saling mencerca, saling menghina; mencaci 1. mengatakan keburukan orang, mencela, menghina: dia tidak mahu belajar lagi kerana gurunya selalu ~ dia di depan murid-murid lain; 2. = ~ maki memaki-maki dgn kata-kata yg keji dan kotor; caci-mencaci (perbuatan) saling mencaci (antara satu sama lain): utk menenangkan keadaan, elakkan sebarang perbuatan ~ dan cabar-mencabar; tercaci dicaci, terkeji: sifat-sifat yg ~; cacian celaan, cercaan, nistaan; pencaci orang yg mencaci. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cela | 1 kekurangan atau kerosakan yg terdapat pd sesuatu; cacat; cedera: Tingkah laku gadis itu tiada cacat ~nya. 2 dpt menyebabkan atau mendatangkan malu (ttg perbuatan, kelakuan dsb); aib. 3 = celaan ejekan yg keras; kata-kata yg kesat; kecaman. mencela menyatakan kekurangan atau cela sesuatu; mengecam; mengkritik: Menteri tsb telah ~ perbuatan pemuda-pemuda yg tidak bertanggungjawab itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aib | 1. rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dsb oleh seseorang anggota keluarga dsb, cela, nama buruk, penghinaan; memberi ~ memberi malu, mencela (nama baik keluarga dsb); menaruh ~ berasa malu; 2. cacat, salah: tiap-tiap benda yg murah tidak dapat tidak ada ~nya; mengaibkan 1. memberi aib, mencela, mencerca: ia selalu ~ jirannya; perbuatan yg ~; 2. menghina, menodai (nama baik), memberi malu: kadi memberitahu perempuan-perempuan jalang itu bahawa mereka telah ~ agama Islam; keaiban cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu: hal itu merupakan suatu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencela | menyatakan kekurangan atau cela sesuatu; mengecam; mengkritik: Menteri tsb telah ~ perbuatan pemuda-pemuda yg tidak bertanggungjawab itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencela | menyatakan kekurangan atau cela sesuatu; mengecam; mengkritik: Menteri tsb telah ~ perbuatan pemuda-pemuda yg tidak bertanggungjawab itu. | Kamus Pelajar |
cela | 1. kekurangan atau kerosakan yg terdapat pd sesuatu; cacat; cedera: Tingkah laku gadis itu tiada cacat ~nya. 2. dpt menyebabkan atau mendatangkan malu (ttg perbuatan, kelakuan dsb); aib. 3. = celaan ejekan yg keras; kata-kata yg kesat; kecaman. mencela menyatakan kekurangan atau cela sesuatu; mengecam; mengkritik: Menteri tsb telah ~ perbuatan pemuda-pemuda yg tidak bertanggungjawab itu. | Kamus Pelajar |