celik | 1 terbuka (ttg mata): Ia tidak dpt tidur, matanya ~ sepanjang malam. 2 dpt melihat; tidak buta. 3 terbit atau keluar (ttg matahari). 4 ki sedar: Sejak peristiwa itu, barulah ia ~ ttg nasib bangsanya. ~ budaya dpt memahami dan menghayati budaya (sesuatu bangsa dsb). ~ huruf dpt membaca dan menulis. mencelikkan 1 membuka (mata); menjadikan celik. 2 ki menyedarkan: Kejayaan beliau itu telah ~ orang-orang kampungnya ttg betapa pentingnya anak-anak diberi pelajaran tinggi. kecelikan keadaan menyedari, mengetahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dsb: Rancangan ini dpt meningkatkan ~ seni di kalangan masyarakat umum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nyalang | 1. terbuka (mata), celik; 2. dapat melihat, tidak buta; menyalangkan membukakan (mencelikkan) mata, membelalakkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celik | 1. terbuka (ttg mata): <i>Ia tidak dpt tidur, matanya ~ sepanjang malam.i> 2. dpt melihat; tidak buta. 3. terbit atau keluar (ttg matahari). 4. <i>kii> sedar: <i>Sejak peristiwa itu, barulah ia ~ ttg nasib bangsanya.i> mencelikkan 1. membuka (mata); menjadikan celik. 2. <i>kii> menyedarkan: <i>Kejayaan beliau itu telah ~ orang-orang kampungnya ttg betapa pentingnya anak-anak diberi pelajaran tinggi.i> | Kamus Pelajar |
melek | (melék) 1. bp tidak tidur, jaga; 2. bp terbuka matanya, dapat melihat, celik; ~ huruf bp tahu membaca dan menulis, celik huruf; belum ~ bp belum tahu, belum mengerti, belum insaf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelip I | ; berkelip, berkelip-kelip 1 sekejap terbuka sekejap tertutup (ttg lampu dsb); pejam celik (ttg mata dll): Tidak ~ matanya memandang muka Abdullah. 2 sekejap kelihatan bercahaya dan sekejap suram (bkn lampu dll); berkedip-kedip: Bintang kelihatan ~ di langit. berkelipan berkilauan; bergemerlapan: Bintang-bintang ~ di angkasa. mengelipkan menjadikan berkelip: ~ mata memejamkan mata seketika dan membukanya kembali; mengedipkan mata. terkelip, terkelip-kelip pejam celik (ttg mata); sekejap bercahaya sekejap suram (ttg lampu dsb); terkedip-kedip. kelipan gerakan pejam celik atau terbuka tertutup, kedipan: ~ mata; ~ bintang. sekelip; ~ mata sekejap mata; sesaat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencelikkan | 1 membuka (mata); menjadikan celik. 2 ki menyedarkan: Kejayaan beliau itu telah ~ orang-orang kampungnya ttg betapa pentingnya anak-anak diberi pelajaran tinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelip I | berkelip, berkelip-kelip 1. sekejap terbuka sekejap tertutup (ttg lampu dsb); pejam celik (ttg mata dll): <i>Tidak ~ matanya memandang muka Abdullah.i> 2. sekejap kelihatan bercahaya dan sekejap suram (bkn lampu dll); berkedip-kedip:<i>Bintang kelihatan ~ di langit.i> berkelipan berkilauan; bergemerlapan:<i>Bintang-bintang ~ di angkasa.i> mengelipkan menjadikan berkelip: <i>~ matai> memejamkan mata seketika dan membukanya kembali; mengedipkan mata. terkelip, terkelip-kelip pejam celik (ttg mata); sekejap bercahaya sekejap suram (ttg lampu dsb); terkedip-kedip. kelipan gerakan pejam celik atau terbuka tertutup, kedipan:<i> ~ mata; ~ bintang.i> sekelip;<i>~ matai> sekejap mata; sesaat. | Kamus Pelajar |
celik I | 1. (bkn mata) terbuka: semalaman itu matanya ~ sahaja, sedikitpun tidak mahu lelap; 2. = ~ mata sedar (insaf) atau timbul kesedaran (keinsafan): baru ~ mata orang Melaka; 3. boleh melihat, tidak buta; 4. ki (bkn matahari) terbit atau keluar: dr ~ matahari hinggalah ke malam; 5. kenal akan yg benar (betul): akal yg ~; hati yg ~; ~ budaya dapat memahami dan menghayati hakikat budaya: peningkatan pengetahuan menimbulkan kesedaran ke arah ~ budaya di kalangan masyarakat Amerika; ~ komputer pandai atau tahu menggunakan komputer; mencelikkan 1. = ~ mata membuka mata; 2. ki menyedarkan, menginsafkan: sudah tiba masanya orang-orang kampung itu dicelikkan; tercelik sl dapat dilihat, kelihatan, tampak: sekali digosoknya, tiga empat panau ~; kecelikan perihal atau keadaaan dapat menyedari, mengetahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dsb: rancangan ini mampu mempertingkatkan tahap ~ seni di kalangan masyarakat umum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buta | 1 tidak dpt melihat kerana rosak matanya: Abangnya mengajar di sekolah orang-orang ~. 2 ki tidak tahu atau tidak ingat. ~ ayam a. pandangan menjadi kabur pd waktu senja. b. waktu senja. ~ belalang (celik) tidak dpt melihat tetapi matanya celik. ~ bular buta kerana biji matanya berselaput. ~ hati a. tidak berperasaan belas kasihan. b. tidak dpt menerima pengajaran orang. ~ huruf (kayu) tidak tahu menulis atau membaca. ~ kesip (pecah) buta kerana pecah biji matanya atau kerana tiada biji mata. ~ larangan tidak dpt melihat dgn jelas. ~ malam tidak dpt melihat pd waktu malam. ~ warna tidak dpt membezakan warna. membuta 1 melakukan diri seolah-olah buta; berpura-pura buta. 2 = ~ tuli tidak mempedulikan apa-apa pun; berbuat sekehendak hati saja. 3 bk tidur. membutakan menyebabkan menjadi buta. | Kamus Pelajar |
but III | buta 1 tidak dpt melihat kerana rosak matanya. 2 ki tidak tahu atau tidak ingat. ~ angka tidak tahu mengira atau tidak pandai mengira. ~ ayam a. pandangan menjadi kabur pd waktu senja. b. waktu senja. ~ belalang (celik) tidak dpt melihat tetapi matanya celik. ~ bular buta kerana biji matanya berselaput. ~ hati a. tidak berperasaan belas kasihan. b. tidak dpt menerima pengajaran orang. ~ huruf (kayu) tidak tahu menulis atau membaca. ~ kesip (pecah) buta kerana pecah biji matanya atau kerana tiada biji mata. ~ larangan tidak dpt melihat dgn jelas. ~ malam tidak dpt melihat pd waktu malam. ~ warna tidak dpt membezakan warna. membuta 1 melakukan diri seolah-olah buta; berpura-pura buta. 2 = ~ tuli tidak mempedulikan apa-apa pun; berbuat sekehendak hati saja. 3 bk tidur. membutakan menyebabkan menjadi buta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |