cencaru | nama sj ikan laut, Megalaspis cordyla. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cencaru | sj ikan laut, celek, keras ekor, kerongan, tegap, Megalaspis cordyla; ~ makan petang prb pekerjaan yg lambat tetapi hasilnya baik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cencaru | nama sj ikan laut,Megalaspis cordyla. | Kamus Pelajar |
mempersiang | membersihkan ikan (daging dll) sebelum dimasak: aku telah disuruh oleh mereka ~ dua ekor ikan cencaru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyiang | 1. = menyiangi mencabut rumput (semak dll) supaya bersih: Hari Raya Pak Mat lumayan dgn duit, tanah perkuburan dia yg menyianginya; musim yg ketiga belum memberi apa-apa hasil lagi, padi masih disiangi; 2. = mempersiang membersihkan ikan (daging dll) sebelum dimasak: aku telah disuruh oleh mereka ~ dua ekor ikan cencaru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siang II | terang (halaman, kawasan, dll), bersih; menyiang 1. = menyiangi mencabut rumput (semak dll) supaya bersih: Hari Raya Pak Mat lumayan dgn duit, tanah perkuburan dia yg menyianginya; musim yg ketiga belum memberi apa-apa hasil lagi, padi masih disiangi; 2. = mempersiang membersihkan ikan (daging dll) sebelum dimasak: aku telah disuruh oleh mereka ~ dua ekor ikan cencaru; menyiangkan menyiang (ikan, ayam dsb) utk: selain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pd pagi itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |