Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : sj kulat yg pendek batangnya dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping (sesetengahnya boleh dimakan, sesetengahnya beracun), jamur; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ bola, ~ busut, ~ racun; bagai ~ kememeh prb mudah sahaja menangis; bagai ~ disesah (dibasuh) prb pucat lesi rupanya; bagai ~ tumbuh prb terlalu banyak pd sesuatu masa; di mana ~ tumbuh, di situ tembilang terentak prb di mana perkara itu timbul, di situlah harus diselesaikan; bercendawan ditumbuhi cendawan, berkulat, berlapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan tidak berdaun dan tidak berakar serta cepat membiak (setengah-setengahnya dpt dimakan): ~ batang; ~ busut; ~ jerami cendawan yg dpt ditanam (sepanjang tahun) dan dpt dimakan. bercendawan ditumbuhi cendawan: Tunggul getah itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cendawan

Puisi
 

Kembang cendawan di tengah padang,
     Tempat Cik Siti memacu kuda;
Pada bulan baik bintang,
     Sungguhpun kecil selalu ada.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Di mana tembilang terentak,
     di situ cendawan tumbuh.

Bermaksud :

Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cendawan jeramicendawan yg dpt ditanam (sepanjang tahun) dan dpt dimakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ketayap cendawanbahagian atas cendawan (yg me­ngembang lebar);Kamus Dewan Edisi Keempat
ketayap Ikopiah (songkok) putih: Imam Dolah membuka ~nya sambil menggaru kepala; ~ cendawan bahagian atas cendawan (yg me­ngembang lebar); berketayap memakai ketayap: lelaki penjual buah yg ~ putih itu tersenyum hambar.Kamus Dewan Edisi Keempat
cendawanbeberapa jenis tumbuh-tumbuhan tidak berdaun dan tidak berakar serta cepat membiak (setengah-setengahnya dpt dimakan): ~ batang; ~ busut; ~ jerami cendawan yg dpt ditanam (sepanjang tahun) dan dpt dimakan. bercendawan ditumbuhi cendawan: Tunggul getah itu ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cendawanbeberapa jenis tumbuh-tumbuhan tidak berdaun dan tidak berakar serta cepat membiak (setengah-setengahnya dpt dimakan): ~ batang; ~ busut; ~ jerami cendawan yg dpt ditanam (sepanjang tahun) dan dpt dimakan. bercendawan ditumbuhi cendawan: Tunggul getah itu ~.Kamus Pelajar
cendawan rangusj kulat (yg boleh di­makan), cendawan tekukur, kulat sisir, Schizophyllum spp.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekepuk cendawanselaput halus di keliling batang cendawan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rangu; cendawan ~ sj kulat (yg boleh di­makan), cendawan tekukur, kulat sisir, Schizophyllum spp.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekepuk I; ~ cendawan selaput halus di keliling batang cendawan.Kamus Dewan Edisi Keempat
lapuk1 buruk (terlalu lama) dan ditumbuhi cendawan; reput. 2 ki tidak berguna lagi kerana terlalu lama (bkn adat dll); usang: kepercayaan yg ~. berlapuk ditumbuhi cendawan dan buruk; bercendawan (kerana sudah tua atau buruk): Kasut kulitnya ~ kerana tidak pernah digosok.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456

Kembali ke atas