Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suka mencuri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : suka mencuri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangan (kata nama)
1. Bersinonim dengan anggota badan: lengan
Berantonim dengan kaki

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kuasa, pengaruh, perintah, pegangan,

Kata Terbitan : menangani, menangani, menangankan, penangan,

Peribahasa

Tangan bagai lipas kudung.

Bermaksud :

Gerak tangan yang cepat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cepat tangansuka mencuri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cepat tangansuka mencuri;Kamus Dewan Edisi Keempat
gesa; gesa-gesa = bergesa-gesa = tergesa-­gesa bergopoh-gapah, terburu-buru, cepatcepat: dia berangkat tergesa-gesa sehingga tertinggal begnya; menggesa, menggesa-gesa 1. menyuruh membuat cepat-cepat: buatlah pekerjaan itu dgn tenang, jangan digesa-gesa; 2. menyuruh dgn sungguh-sungguh, mendesak: negara itu telah ~ kerajaan Inggeris supaya jangan campur tangan dlm hal-hal dalam negerinya; menggesa-gesakan menyegerakan, mempercepat; gesaan kata-kata, usaha, dsb utk menggesa, desakan: ~nya tidak diendahkan; ketergesa-gesaan keadaan tergesa-gesa: mereka terpaksa membuat tempat berlindung dlm ~; penggesaan perbuatan menggesa: antara caranya ialah melalui diplomasi, ~, dan pembujukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggesa1. menyuruh membuat cepat-cepat: buatlah pekerjaan itu dgn tenang, jangan digesa-gesa; 2. menyuruh dgn sungguh-sungguh, mendesak: negara itu telah ~ kerajaan Inggeris supaya jangan campur tangan dlm hal-hal dalam negerinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menggesa-gesa1. menyuruh membuat cepat-cepat: buatlah pekerjaan itu dgn tenang, jangan digesa-gesa; 2. me­nyuruh dgn sungguh-sungguh, mendesak: negara itu telah ~ kerajaan Inggeris supaya jangan campur tangan dlm hal-hal dalam negerinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
katih IKl, Ph, Tr 1. kaki: tangan-tangan yg nampak spt ~-~ belalang kecong; tak tih sebulan lagi, panjang ~ cepat berlari; 2. ki tinggi (bkn orang), panjang.Kamus Dewan Edisi Keempat
cepat1. laju, deras, kencang, pantas (bkn ge­rakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah; ~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; secepat; ~ kilat sangat cepat (spt kilat); ~ mungkin seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin; cepat-cepat dgn pantas sekali, dgn sangat cepat: Mak Limah ~ mengesat air matanya dgn hujung lengan baju kurungnya yg lusuh; mereka ~ mengenakan pakaian masing-masing kerana sudah lewat utk pergi ke sekolah; secepat-cepatnya secepat mungkin, selekas mungkin, selekas-lekasnya; bercepat-cepat, bersecepat, bersicepat 1. berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat; 2. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa: tak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang; mencepat menjadi cepat; mencepatkan 1. melakukan (mengerjakan dll) dgn cepat, menderaskan, mengencangkan: aku pun ~ langkahku; 2. menyegerakan, melekaskan, menyebabkan berlaku lebih dahulu, memajukan waktu: rumah yg ~ mereka kaya; mempercepat menjadikan lebih cepat; cepatan kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu, pecutan; kecepatan 1. cepatnya sesuatu perjalanan (gerakan dll), kelajuan: ~ putaran jentera itu dikendurkan; ia menjalankan keretanya dgn ~ 50 km sejam; 2. Jk terlalu cepat; pencepatan perihal mencepatkan; pencepat alat utk mencepatkan atau mem­percepat gerakan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kayuh I; berkayuh, mengayuh 1. menggerakkan (menjalankan) perahu dsb dgn pengayuh: ia ~ dan mengumpil dan memakai kolek sahaja; pagi-pagi lagi Si Tenggang telah ~ perahunya pergi ke sebuah pulau; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): cepat-cepat ia ~ basikalnya; ~ sambil bertimba (ke hilir) prb dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak; (malu bertanya sesat jalan), malu ~ perahu hanyut prb kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan mem­buat kesilapan; berkayuh-kayuhan berkayuh-kayuh ke sana ke mari (utk bermain-main sahaja); mengayuhkan 1. menjalankan perahu (dgn menggunakan pengayuh), menjalankan pe­rahu (menuju, menghala ke): anak-anak perahu ~ perahunya mengikut perintah Musa; Wan Omar memerintahkan supaya perahu itu cepat dikayuhkan ke tepi pantai; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): Ramlan ~ becanya membawa dua orang anak; terkayuhkan dapat dikayuh, berdaya me­ngayuh; tidak ~ lagi biduk hilir prb tidak berdaya lagi, lemah benar; kayuhan gerakan (hasil atau perbuatan) mengayuh: jika boleh, dia ingin mengayuh sepantas ~ Rosman Alwi; kekayuhan perahu yg dikayuh; bidar ~ sj sampan; pengayuh 1. = kayuh alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; 2. = kayuh alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; 3. orang yg mengayuh: dr jauh datang sebuah beca dgn ~nya yg lesu; apa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air prb a) jika kedua-dua sama hajat­nya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yg mendapat; b) janganlah gentar melawan orang yg setara dgn kita kerana nasib kita di tangan Allah; engkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang prb orang yg bijaksana dapat segera menge­tahui maksudnya atau dalam dangkal penge­tahuannya drpd cakap atau gerak-geri seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat
pantas I1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) ber­cakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; sepantas-pantas biar betapa pun pantasnya: ~ seseorang itu berlari, akhirnya dia akan kecundang juga oleh jaguh itu; memantaskan mencepatkan, melekaskan: langkahnya pun dipantaskan; kepantasan 1. kecepatan, kelajuan: kuda atau zirafah badannya ramping dan lurus, sesuai benar dgn ~ larinya; 2. kecekapan, ketangkasan: pd malamnya terdapat gelanggang manusia menunjukkan ~ pencak silatnya; pemantasan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantaskan, pencepatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
cepat1 dpt mencapai jarak yg jauh dlm waktu yg singkat (ttg gerakan); pantas; laju: Kerana hendak lekas sampai, kami terpaksa berjalan ~. 2 lebih lekas atau terdahulu drpd yg sepatutnya (ttg jam dsb): Jam saya ~ 5 minit. 3 lekas; segera: Kita mesti pergi ~, jika tidak, kita akan ketinggalan bas. ~ kaki pantas berjalan. ~ kiri kidal. ~ lidah (mulut) mudah menuturkan sesuatu tanpa berfikir dahulu. ~ tangan suka mencuri. bercepat-cepat berlumba-lumba atau berebut-rebut hendak cepat; terburu-buru: Semua murid ~ masuk ke bilik darjah. mencepat menjadi cepat. mencepatkan 1 menjadikan cepat; menderaskan; melajukan: Orang itu ~ keretanya. 2 membuat supaya berlaku atau dilakukan dgn cepat; melekaskan: Semua pekerja memohon supaya pihak majikan ~ pembayaran gaji mereka bulan ini. mempercepat menjadikan lebih cepat; memperderas; memperlaju: Beliau ~ langkahnya kerana langit kelihatan mendung. cepatan ist kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu. kecepatan cepatnya (sesuatu gerakan); keadaan cepat; kelajuan: Kereta itu berjalan dgn ~ 96 km sejam. pencepat­an perbuatan atau hal mencepatkan; penderasan. pencepat alat utk mencepatkan sesuatu (gerakan dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456

Kembali ke atas