ceracak | ; berceracak mencuar ke atas tajam-tajam (spt ranjau); bercerancang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ceracak | ; berceracakan, menceracak mencuar ke atas (tajam-tajam), bercerancangan: riak-riak air lembut melanggar tiang-tiang jejambat yg ~ di sekitar kapal itu; tunggul-tunggul yg hitam tampak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ceracak | berceracak mencuar ke atas tajam-tajam (spt ranjau); bercerancang. | Kamus Pelajar |
akar ceracak | akar yg mencuar ke atas dan digunakan utk bernafas (terdapat pd tumbuh-tumbuhan yg hidup terapung di atas air atau yg tumbuh di kawasan yg selalu digenangi air). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akar | bahagian tumbuh-tumbuhan (biasanya terdapat dlm tanah) yg menghisap makanan dan air. ~ ceracak akar yg mencuar ke atas dan digunakan utk bernafas (terdapat pd tumbuh-tumbuhan yg hidup terapung di atas air atau yg tumbuh di kawasan yg selalu digenangi air). ~ gigi bahagian gigi yg di dlm gusi. ~ jangkang akar yg keluar menganjur berkeping-keping dr pangkal pokok (spt yg terdapat pd pokok beringin); banir. ~ panjat akar yg terbentuk drpd batang tumbuh-tumbuhan memanjat. ~ serabut akar yg tumbuh spt serabut pd pangkal atau pd batang pokok jenis monokotiledon dan juga pd tekung pokok menjalar. ~ sokong akar yg tumbuh dr batang dan juga dr dahan beberapa jenis pokok (spt pokok mengkuang) dan menjadi sokong yg kuat kpd pokok itu. ~ tumpang akar yg tumbuh pd mana-mana bahagian pokok selain pd akar ulung. ~ tunjang akar yg tumbuh pd pangkal pokok terus ke dlm tanah. ~ udara akar yg tumbuh bergantungan dr sesuatu pokok utk menyerap air dr udara. ~ ulung akar yg mula-mula tumbuh dr biji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akar | bahagian tumbuh-tumbuhan (biasanya terdapat dlm tanah) yg menghisap makanan dan air. ~ ceracak akar yg mencuar ke atas dan digunakan utk bernafas (terdapat pd tumbuh-tumbuhan yg hidup terapung di atas air atau yg tumbuh di kawasan yg selalu digenangi air). ~ gigi bahagian gigi yg di dlm gusi. ~ jangkang akar yg keluar menganjur berkeping-keping dr pangkal pokok (spt yg terdapat pd pokok beringin dll); banir. ~ serabut akar yg tumbuh spt serabut pd pangkal atau pd batang pokok jenis monokotiledon dan juga pd tekung pokok menjalar. ~ sokong akar yg tumbuh dr batang dan juga dr dahan beberapa jenis pokok (spt pokok mengkuang dll) dan menjadi sokong yg kuat kpd pokok itu. ~ tumpang akar yg tumbuh pd mana-mana bahagian pokok selain pd akar ulung. ~ tunjang akar yg tumbuh pd pangkal pokok terus ke dlm tanah. ~ udara akar yg tumbuh bergantungan dr sesuatu pokok utk menyerap air dr udara. ~ ulung akar yg mula-mula tumbuh dr biji. | Kamus Pelajar |
cerucuk | 1. batang (kayu, besi, konkrit, dll) yg ditanam utk menguatkan asas (tapak) sesuatu bangunan atau struktur lain; 2. tembok pengempang ombak; 3. pancang-pancang yg dipacak di tepi laut; 4. pangkalan di pelabuhan, jeti; 5. ceracak, cerancang; mencerucuk menanam cerucuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghakis | 1. mengikis (dan menghanyutkan) permukaan tanah atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb: angin saja tidak boleh ~ batu, tetapi angin yg mengandungi pasir halus dapat mengikis bahagian batu yg lembut; selepas tanah pantai dihakis oleh air, maka jelas kelihatan akar-akar lintang yg menegakkan akar-akar ceracak keluar; 2. menyebabkan (kuasa, moral, keyakinan dsb) semakin terjejas, berkurang, merosot, hilang dsb: pelbagai amalan tidak sihat akan berlaku dan seterusnya ~ keyakinan pelabur; kenaikan kos ini akan hanya ~ kecekapan pengeluaran pertanian tempatan; 3. ki menjadi kurang (bkn nilai, harapan, keyakinan dsb), merosot, menurun: apabila tindakan mengenakan kadar faedah dilambatkan, keyakinan terus ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hakis | ; menghakis 1. mengikis (dan menghanyutkan) permukaan tanah atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb: angin saja tidak boleh ~ batu, tetapi angin yg mengandungi pasir halus dapat mengikis bahagian batu yg lembut; selepas tanah pantai dihakis oleh air, maka jelas kelihatan akar-akar lintang yg menegakkan akar-akar ceracak keluar; 2. menyebabkan (kuasa, moral, keyakinan dsb) semakin terjejas, berkurang, merosot, hilang dsb: pelbagai amalan tidak sihat akan berlaku dan seterusnya ~ keyakinan pelabur; kenaikan kos ini akan hanya ~ kecekapan pengeluaran pertanian tempatan; 3. ki menjadi kurang (bkn nilai, harapan, keyakinan dsb), merosot, menurun: apabila tindakan mengenakan kadar faedah dilambatkan, keyakinan terus ~; menghakiskan 1. mengikis (dan menghanyutkan) permukaan tanah atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb: pohon itu musnah disebabkan oleh ombak yg sudah banyak ~ tanah di sekitarnya; 2. menyebabkan (keuntungan, kuasa, moral, keyakinan dsb) semakin terjejas, berkurang, merosot, hilang dsb: pengambilan untung selepas urus niaga berhenti rehat pd tengah hari telah ~ keuntungan terdahulu di BSKL; terhakis 1. dikikis dan dihanyutkan oleh air, angin, ombak dsb (bkn permukaan tanah, batu dsb): perdu itu tumbang dan akhirnya ~ segala tanah; kejadian itu menyebabkan pantai ~ akibat dipukul ombak besar; 2. menjadi semakin berkurang (merosot, lenyap dsb): pendapatan kerajaan negeri semakin ~ sedangkan perbelanjaan mengurus semakin meningkat; kedamaian kampung itu sudah mula ~ atas nama pembangunan; hakisan perihal menjadi terhakis; penghakisan proses (perbuatan, tindakan dsb) menghakis atau menghakiskan: kadar ~ tanah bergantung pd beberapa faktor persekitaran fizikal; keruntuhan akhlak dan ~ rasa hormat dan kasih sayang kpd orang tua semakin ketara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |