ceraian | bahagian atau fasal kecil dlm undang-undang (surat perjanjian dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ceraian | 1. bahagian atau fasal kecil (dlm undang-undang, penyata, surat perjanjian, dll); 2. bahagian drpd tulisan (cetakan dll) yg nampak tercerai drpd bahagian lain, perenggan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ceraian | bahagian atau fasal kecil dlm undang-undang (surat perjanjian dll). | Kamus Pelajar |
bercerai-ceraian | berpecah-pecah, berpisah-pisah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membatas | menjadi (spt) batas (ceraian, sekatan, dll): sebuah jalan ~ antara kedua-dua bidang sawah itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kadi | hakim dlm perkara yg berkaitan dgn agama Islam (spt mengurus soal pernikahan dan perceraian orang Islam, membicarakan orang yg dituduh melanggar hukum Islam, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hadanah | Ar hak memelihara (menjaga, mendidik) dan mengatur segala urusan anak yg belum mumaiyiz selepas berlakunya perceraian suami isteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seksyen | (séksyen) 1. bahagian kecil drpd badan yg lebih besar (jabatan, kawasan, dll); 2. bahagian drpd karangan (undang-undang dll), fasal, ceraian; 3. bahagian drpd platun (tentera); 4. bahagian tertentu dlm sesuatu kawasan (bandar dsb): beliau tinggal di S~ 3, Bandar Baru Bangi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerai | 1. pisah, sarak; 2. tidak sbg suami isteri lagi, sudah putus perhubungan sbg suami isteri, talak: ia tidak dapat berbuat apa-apa selain meminta ~ dan menyuruh suaminya mengahwini gadis itu; ~ susu sudah berhenti menetek; ~ taklik cerai antara suami isteri dgn janji (spt gugurnya talak dgn sendiri kalau di darat enam bulan, ke laut setahun, berita tidak kedengaran); ~ tembilang cerai antara suami isteri kerana salah seorang meninggal; bercerai 1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah: malam ini kita berkampung, malam esok kita ~; 2. terputus hubungan atau pertalian sbg suami isteri: mereka yg menjalani perkahwinan yg dipaksa-paksa spt itu, ~ juga akhirnya; ~ susu berhenti menetek; ~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhubungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll); bercerai-cerai, bercerai-ceraian berpecah-pecah, berpisah-pisah; menceraikan 1. = memperceraikan a) menjadikan tidak bercantum (bersatu, berhubungan) lagi: jiwa paman akan beta ceraikan dgn badan paman; baiklah kepalaku perceraikan dgn badanku; b) meleraikan (orang bergaduh, bertumbuk, dll); 2. memutuskan perhubungan sbg suami isteri, menggugurkan (menjatuhkan) talak: Dollah kena acum, sebab itulah dia ~ isterinya; 3. memberhentikan (anak drpd menetek), menyapih, menyarak; mencerai-ceraikan menjadikan atau menyebabkan bercerai-cerai, memisah-misahkan: gunakan dua garpu utk ~ daging yg telah direbus; tercerai terpisah, tidak terkumpul, terasing: bahan-bahan utk penyelidikan itu ~-cerai di sana sini; ceraian 1. bahagian atau fasal kecil (dlm undang-undang, penyata, surat perjanjian, dll); 2. bahagian drpd tulisan (cetakan dll) yg nampak tercerai drpd bahagian lain, perenggan; perceraian 1. perpisahan, perpecahan; 2.perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraian perihal (perbuatan) menceraikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
retak | 1. garis yg nampak pd benda keras (pinggan dll) yg menunjukkan ia akan pecah atau belah: ~ pd pinggan itu makin menjadi besar; 2. mempunyai garis yg menunjukkan akan pecah atau belah: pinggan-pinggan yg sudah ~ itulah yg digunakan setiap hari; 3. ki ada kekurangannya (tidak sempurna), cacat cela: kerja-kerja yg dibuatnya itu terlalu banyak ~nya; 4. ki ada perbalahan (perselisihan dll) yg boleh menimbulkan perpecahan (perceraian dll), sudah tidak semuafakat lagi: dia tidak mahu kasih sayang mereka menjadi ~ kerana perbuatannya itu; 5. = ~ tangan a) rajah tangan, suratan tangan; b) nasib badan: manusia ini dilahirkan dgn cara yg sama tapi ~ tangannya berlainan; ~-~ mentimun Mn retak halus-halus hanya di luar sahaja (barang pecah belah); ~-retai banyak retaknya; ~ seribu a) banyak retaknya; b) sj corak kain batik moden Malaysia; ~ batu prb tidak didamaikan lagi (perselisihan dll); ~-~ bulu ayam prb mudah didamaikan (perselisihan dll); ~ menanti (mencari, tanda akan) pecah (belah) prb a) perkara kecil yg akan menjadi besar; b) hanya tinggal menantikan timbulnya malapetaka yg lebih besar (pergaduhan, kematian, dll); ~ pertujuh Mn prb perasaan hati yg hancur (kerana tersangat merindu); bukan di ~ panas prb Mn bukan sia-sia atau dusta (sesuatu telahan); meretak menjadi retak, mulai retak; meretakkan menjadikan retak, menyebabkan retak: cahaya matahari ~ genting-genting atap; isu Cyprus telah lama ~ hubungan antara Greek dgn Turki; retakan garis yg menunjukkan akan pecah, retak; keretakan perihal retak: ~ pd dinding bangunan itu semakin hari semakin melebar; telah berlaku ~ dlm rumah tangga itu; peretakan perihal (proses, perbuatan dsb) meretak atau meretakkan: lekukan gerak bumi berlaku disebabkan oleh proses pelendutan, pelenturan dan ~ kerak bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |