Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceraian 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ceraian1. bahagian atau fasal kecil (dlm undang-undang, penyata, surat perjanjian, dll); 2. bahagian drpd tulisan (cetakan dll) yg nampak tercerai drpd bahagian lain, perenggan;Kamus Dewan Edisi Keempat
cerai1. pisah, sarak; 2. tidak sbg suami isteri lagi, sudah putus perhubungan sbg suami isteri, talak: ia tidak dapat berbuat apa-apa selain meminta ~ dan menyuruh suaminya mengahwini gadis itu; ~ susu sudah berhenti menetek; ~ taklik cerai antara suami isteri dgn janji (spt gugurnya talak dgn sendiri kalau di darat enam bulan, ke laut setahun, berita tidak kedengaran); ~ tembilang cerai antara suami isteri kerana salah seorang meninggal; bercerai 1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah: malam ini kita berkampung, malam esok kita ~; 2. terputus hubungan atau pertalian sbg suami isteri: mereka yg menjalani perkahwinan yg dipaksa-paksa spt itu, ~ juga akhirnya; ~ susu berhenti menetek; ~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhu­bungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll); bercerai-cerai, bercerai-ceraian berpecah-­pecah, berpisah-pisah; menceraikan 1. = memperceraikan a) men­jadikan tidak bercantum (bersatu, berhubung­an) lagi: jiwa paman akan beta ceraikan dgn badan paman; baiklah kepalaku perceraikan dgn badanku; b) meleraikan (orang berga­duh, bertumbuk, dll); 2. memutuskan perhu­bungan sbg suami isteri, menggugurkan (men­jatuhkan) talak: Dollah kena acum, sebab itulah dia ~ isterinya; 3. memberhentikan (anak drpd menetek), menyapih, menyarak; mencerai-ceraikan menjadikan atau menye­babkan bercerai-cerai, memisah-misahkan: gunakan dua garpu utk ~ daging yg telah direbus; tercerai terpisah, tidak terkumpul, terasing: bahan-bahan utk penyelidikan itu ~-cerai di sana sini; ceraian 1. bahagian atau fasal kecil (dlm undang-undang, penyata, surat perjanjian, dll); 2. bahagian drpd tulisan (cetakan dll) yg nampak tercerai drpd bahagian lain, perenggan; perceraian 1. perpisahan, perpecahan; 2.perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraian perihal (perbuatan) menceraikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
seksyen(séksyen) 1. bahagian kecil drpd badan yg lebih besar (jabatan, kawasan, dll); 2. bahagian drpd karangan (undang-undang dll), fasal, ceraian; 3. bahagian drpd platun (tentera); 4. bahagian tertentu dlm sesuatu kawasan (bandar dsb): beliau tinggal di S~ 3, Bandar Baru Bangi.Kamus Dewan Edisi Keempat
retak1. garis yg nampak pd benda keras (pinggan dll) yg menunjukkan ia akan pecah atau belah: ~ pd pinggan itu makin menjadi besar; 2. mempunyai garis yg menunjukkan akan pecah atau belah: pinggan-pinggan yg sudah ~ itulah yg digunakan setiap hari; 3. ki ada kekurangannya (tidak sempurna), cacat cela: kerja-kerja yg dibuatnya itu terlalu banyak ~nya; 4. ki ada perbalahan (per­selisihan dll) yg boleh menimbulkan per­pecahan (per­ceraian dll), sudah tidak se­muafakat lagi: dia tidak mahu kasih sayang mereka menjadi ~ kerana perbuatannya itu; 5. = ~ tangan a) rajah tangan, suratan tangan; b) nasib badan: manusia ini dilahirkan dgn cara yg sama tapi ~ tangannya berlainan; ~-~ mentimun Mn retak halus-halus hanya di luar sahaja (barang pecah belah); ~-retai banyak retaknya; ~ seribu a) banyak retak­nya; b) sj corak kain batik moden Malaysia; ~ batu prb tidak didamaikan lagi (perselisihan dll); ~-~ bulu ayam prb mudah didamaikan (perselisihan dll); ~ menanti (mencari, tanda akan) pecah (belah) prb a) perkara kecil yg akan menjadi besar; b) hanya tinggal me­nantikan timbulnya malapetaka yg lebih besar (pergaduhan, kematian, dll); ~ pertujuh Mn prb perasaan hati yg hancur (kerana tersangat merindu); bukan di ~ panas prb Mn bukan sia-sia atau dusta (sesuatu telahan); meretak menjadi retak, mulai retak; meretakkan menjadikan retak, menyebab­kan retak: cahaya matahari ~ genting-genting atap; isu Cyprus telah lama ~ hubungan antara Greek dgn Turki; retakan garis yg menunjukkan akan pecah, retak; keretakan perihal retak: ~ pd dinding bangunan itu semakin hari semakin melebar; telah berlaku ~ dlm rumah tangga itu; peretakan perihal (proses, perbuatan dsb) meretak atau meretakkan: lekukan gerak bumi berlaku disebabkan oleh proses pe­lendutan, pelenturan dan ~ kerak bumi.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerai1 tidak bersatu; tidak melekat. 2 sudah putus hubungan sbg suami isteri; tidak sbg suami isteri lagi; talak: minta ~ minta supaya suami menjatuhkan talak kpdnya (ttg isteri). ~ taklik cerai yg berlaku antara suami dgn isteri kerana janji atau syarat. ~ tembilang cerai kerana salah seorang pasangan suami isteri itu meninggal. bercerai tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2 putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. ~ susu berhenti menyusu; tidak lagi menyusu (ttg anak yg menyusu pd ibu). menceraikan 1 membuat supaya tidak berhubungan (bercampur, bersatu) lagi; memisahkan: Dia telah ~ lampiran A drpd karangan itu. 2 meleraikan orang berkelahi dsb. 3 memutuskan hubung­an sbg suami isteri; menjatuhkan talak: Oleh sebab perkara yg kecil saja, ia telah ~ isterinya. ceraian bahagian atau fasal kecil dlm undang-undang (surat perjanjian dll). perceraian 1 hal tidak berhubungan lagi; perpisahan; perpecahan. 2 hal bercerai (antara suami isteri). penceraian perbuatan atau hal menceraikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
batas1. garis pinggir sesuatu bidang (daerah dll): sampai di sinilah ~ kebun saya; 2. permatang (sawah, tempat menanam): satu jenis orkid tidak boleh ditanam di atas ~; 3. had atau paras sesuatu yg paling tinggi, matlamat atau ketentuan (yg tidak boleh dilampaui): pekerjaan yg diberikan melewati ~ kemampuannya; 4. hingga, sampai: dr pinggir leher hingga ~ perut; ~ ban Kd tanah yg ditambak (tempat berjalan); berjalan sampai ke ~, belayar sampai ke pulau prb sesuatu usaha hendaklah kpd yg dimaksudkan;berbatas 1. mempunyai batas, mempunyai permatang: tanah yg belum ~ itu tidak dapat ditanami padi; ~ dgn berbataskan; 2. berhad, tersekat: kekuasaan yg tiada ~;berbatasan mempunyai batas (sempadan) yg sama: sawah saya ~ dgn sawahnya;berbataskan mempunyai sesuatu sbg batas: negeri itu di sebelah utara ~ laut;membatas menjadi (spt) batas (ceraian, sekatan, dll): sebuah jalan ~ antara kedua-dua bidang sawah itu;membatasi 1. membuat batas, memberi batas: sungai itu ~ taman; 2. mengantarai, memisahkan, menceraikan: tirai itu ~ tempat laki-laki dan perempuan; 3. mengehadkan, menyekat, merintangi: soal menambah atau ~ keturunan harus dipertimbangkan masakmasak; 4. menghuraikan, (dgn tepat) memberi definisi: ~ makna kata maujud;terbatas terhad, tersekat, tidak luas: pengorbanan yg saya maksudkan bukan hanya ~ kpd harta benda sahaja;keterbatasan perihal (keadaan dsb) terbatas: dlm ~ waktu, saya hanya dapat mengemukakan apa yg menarik perhatian saya; ~ ruang utk pelakon bergerak; ~ pengetahuan; ~ kefahaman orang awam;batasan 1. batas, sempadan; 2. sesuatu atau keadaan yg menyekat: dlm ~-~ yg ada, pengarang telah cuba memilih esei-esei yg membincangkan isu-isu ekonomi yg dianggap penting; 3. huraian makna sesuatu, definisi;perbatasan sempadan (sesuatu kawasan), daerah, sempadan: pasukan itu bergerak di daerah Gunung Sempah dekat ~ Pahang-Selangor;pembatasan perihal (tindakan dsb) membatasi: ~ kelahiran anak telah mulai dijalankan di India;pembatas orang atau sesuatu (spt alat dll) yg membatasi: mereka tetap dlm kesukaan dan kegembiraan yg tidak mengenal ~ waktu.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerai1. tidak bersatu; tidak melekat. 2. sudah putus hubungan sbg suami isteri; tidak sbg suami isteri lagi; talak: minta ~ minta supaya suami menjatuhkan talak kpdnya (ttg isteri). ~ taklik perceraian yg berlaku antara suami dgn isteri kerana janji atau syarat. ~ tembilang cerai kerana salah seorang pasangan suami isteri itu meninggal. bercerai 1. tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2. putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. ~ susu berhenti menyusu; tidak lagi menyusu (ttg anak yg menyusu pd ibu). menceraikan 1. membuat supaya tidak berhubungan (bercampur, bersatu) lagi; memisahkan: Dia telah ~ lampiran A drpd karangan itu. 2. meleraikan orang berkelahi dsb. 3. memutuskan hubungan sbg suami isteri; menjatuhkan talak: Oleh sebab perkara yg kecil saja; ia telah ~ isterinya. ceraian bahagian atau fasal kecil dlm undang-undang (surat perjanjian dll). perceraian 1. hal tidak berhubungan lagi; perpisahan; perpecahan. 2. hal bercerai (antara suami isteri). penceraian perbuatan atau hal menceraikan. cerai-berai; bercerai-berai 1. berpisah-pisah tidak keruan; berpecah-belah; porak-peranda. 2. tidak lagi sbg suami isteri. mencerai-beraikanmenjadikan bercerai-cerai (porak-peranda dsb); memecahbelahkan.Kamus Pelajar

Kembali ke atas