perisian cetak rompak | perisian yg diterbitkan dan dihasilkan secara haram. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cetak rompak | perbuatan menerbitkan hasil ciptaan spt filem, karya penulisan dll tanpa kebenaran (dan tanpa membayar royalti kpd pencipta atau penulis berkenaan): Masalah ~ bukan sahaja menjadi masalah penyanyi malah masalah para pengeluar album. mencetak rompak menghasilkan semula atau menerbitkan bahan rakaman atau bahan bercetak (spt pita video, perisian komputer dan buku) karya orang lain tanpa kebenaran atau secara haram, terutamanya utk tujuan memperoleh keuntungan: Beberapa kegiatan ~ telah dpt dikesan dan dibanteras oleh pihak berkuasa. pencetak rompak orang atau sindiket yg menjalankan kegiatan cetak rompak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cetak rompak | perbuatan menerbitkan hasil ciptaan atau karya penulis, pemuzik, penyanyi dsb, tanpa kebenaran, tanpa membayar royaliti kpd mereka dsb: masalah ~ bukan sahaja menjadi masalah penyanyi malah masalah para pengeluar kaset; mencetak rompak menghasilkan semula, menerbitkan atau menggunakan bahan bercetak atau bahan rakaman (spt pita video, perisian komputer, kaset dsb) karya orang lain tanpa kebenaran atau secara haram, terutamanya utk tujuan memperoleh keuntungan: polis berjaya menumpaskan sindiket ~ VCD; beberapa kegiatan ~ perisian komputer telah dapat dikesan oleh pihak berkuasa; pencetak rompak orang atau sindiket yg menjalankan kegiatan cetak rompak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencetak rompak | orang atau sindiket yg menjalankan kegiatan cetak rompak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencetak rompak | orang atau sindiket yg menjalankan kegiatan cetak rompak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
isi | 1 apa-apa yg termuat dlm sesuatu; kandungan: Peti ini tidak ada ~nya. 2 bahagian yg terpenting drpd sesuatu; pati: Syarahannya panjang tetapi ~nya sedikit. 3 daging buah (pd buah mempelam, durian dll). ~ dada (hati) apa-apa yg terasa atau terfikir; perasaan. ~ kahwin pemberian yg wajib drpd pengantin lelaki kpd pengantin perempuan; mas kahwin. ~ kampung penduduk sebuah kampung. ~ perut a. bahagian badan yg di dlm perut (usus dll). b. segala yg terfikir (tersimpan) dlm hati. berisi 1 ada isinya; tidak kosong; tidak hampa: padi yg tidak ~. 2 banyak dagingnya; gemuk atau gempal: Badannya ~. mengisi memberi berisi; membuat sesuatu supaya berisi: ~ guni dgn beras. ~ kemerdekaan melaksanakan hak-hak yg telah diperoleh melalui kemerdekaan. ~ waktu melakukan sesuatu utk memenuhi masa yg terluang. mengisikan memasukkan sesuatu sbg isinya: Mereka sedang ~ barang-barang itu ke dlm kereta. perisian data, program dsb yg perlu utk pengendalian komputer. ~ cetak rompak perisian yg diterbitkan dan dihasilkan secara haram. pengisian hal (perbuatan dsb) mengisi atau mengisikan. pengisi 1 sesuatu yg diisikan; perkakas dll utk mengisi. 2 orang yg mengisi. angka ~ faktor: 2 dan 4 ialah angka ~ bagi 8. ~ dakwat tempat utk menaruh dakwat dlm pena. ~ perut apa-apa yg dimakan atau yg diminum. ~ waktu apa-apa yg dilakukan utk memenuhi waktu lapang. seisi seluruh isi: ~ kampung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencetak rompak | menghasilkan semula, menerbitkan atau menggunakan bahan bercetak atau bahan rakaman (spt pita video, perisian komputer, kaset dsb) karya orang lain tanpa kebenaran atau secara haram, terutamanya utk tujuan memperoleh keuntungan: polis berjaya menumpaskan sindiket ~ VCD; beberapa kegiatan ~ perisian komputer telah dapat dikesan oleh pihak berkuasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |