kedudukan cetakan(print position) | 1. Kedudukan pada kertas cetakan yang berada di bawah kepala pencetak. Kedudukan ini akan dicetak oleh pencetak apabila perintah cetak dikeluarkan. 2. Mana-mana tempat dalam kertas cetakan yang boleh dicetak. | Kamus Komputer |
suap borang(form feed) | Sistem penyaluran kertas cetakan pada semua pencetak komputer yang membolehkan kertas cetakan digerakkan ke baris pertama halaman borang kertas cetakan yang mengekor. Ini membolehkan halaman yang terdahulu dipisahkan daripada helaian utama. Suap borang ini boleh digerakkan sama ada dengan menekan butang khas pada pencetak atau apabila pencetak menerima kod aksara suap borang daripada komputer. | Kamus Komputer |
peletus(burster) | Peranti yang digunakan untuk menceraikan kertas cetakan lipat kipas komputer, memisahkan kertas karbon daripada lapisan kertas cetakan, dan meleraikan sisi kertas cetakan bergegancu. | Kamus Komputer |
pencetak bebola(ball printer) | Pencetak hentaman yang mempunyai rupa huruf pada permukaan unsur cetakan yang berbentuk bebola. Bebola cetakan ini boleh ditukar ganti untuk menukar rupa huruf cetakan yang berlainan. | Kamus Komputer |
cetakan | apa-apa yg dicetak (buku dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cetakan | 1. (buku, majalah, dll) yg dicetak (diterbitkan), terbitan, sesuatu yg dicetak, hasil mencetak (kain dll): ~ yg pertama buku itu ialah dgn huruf jawi; 2. acuan (kuih dll); 3. ki sesuatu yg sudah dibentuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cetakan | acuan (utk membuat kuih dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cetakan(printout) | Lihat salinan keras. Hasil pemprosesan komputer yang dicetak pada kertas. | Kamus Komputer |
cetakan | apa-apa yg dicetak (spt buku dsb). | Kamus Pelajar |
cetakan dinamik(dynamic printout) | Cetakan data yang dilakukan sewaktu atur cara sedang berjalan. | Kamus Komputer |