cik II | singkatan bagi encik (biasanya digunakan sebelum nama perempuan yg belum berkahwin atau sewaktu bercakap dgn perempuan atau lelaki yg tidak begitu dikenali): C~ Aminah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gu II | ; cik~ panggilan bagi guru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lilau II | Kd; melilau pergi ke merata-rata, merayau: Mak Cik Ayang ~ mencarinya di sekeliling rumah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puan II | 1 kep drpd perempuan: Toh ~ gelaran utk isteri orang yg bergelar Tun; Tok ~ gelaran utk isteri orang yg bergelar Datuk (terutama di Pahang). 2 = cik ~ panggilan utk orang-orang perempuan yg sudah bersuami; kep drpd encik perempuan (nyonya rumah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
puan II | 1 kep drpd perempuan: Toh ~ gelaran utk isteri orang yg bergelar Tun; Tok ~ gelaran utk isteri orang yg bergelar Datuk (terutama di Pahang) 2 = cik ~ panggilan utk orang-orang perempuan yg sudah bersuami; kep drpd encik perempuan (nyonya rumah). | Kamus Pelajar |
kasih II | ; kasihan 1. berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb seseorang: bukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula; 2. menimbulkan rasa hiba (pd diri orang lain yg melihatnya dsb): ~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi; 3. sr kata utk menyatakan atau membangkitkan perasaan hiba: “Tengoklah dia itu, ~!”; “Tolonglah pak cik, ~lah!”; belas ~ perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang; ~ gajah berusung prb kasihan yg tidak kena pd tempatnya; kasihankan kasihan akan: aku benar-benar ~ dia; mengasihani menaruh belas kasihan pd (seseorang dll): apa gunanya ~ orang yg tidak ~ dirinya sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puan II | 1. kep empuan (perempuan); datuk ~ panggilan kpd isteri datuk, datin; Toh (Tok) P~ a) panggilan kpd isteri Tun; b) Ph isteri kepada Tok Muda; sakit ~ a) cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn penyakit-penyakit yg khusus dihidapi orang perempuan terutama yg berkaitan dgn organ-organ seks dan salur kencing; b) penyakit (spt sifilis, gonorea, dsb) yg boleh berjangkit melalui perhubungan kelamin, penyakit kelamin; 2. = cik ~ panggilan kpd perempuan yg sudah bersuami, nyonya (lwn tuan); puan-puan sapaan kpd sekalian orang perempuan yg hadir dlm sesuatu majlis: …tuan-tuan dan ~ yg dihormati sekalian; berpuankan mempunyai wanita sbg majikan: dia bekerja dgn Datuk dan ~ Datin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ya II | 1. sr kata utk menyatakan benar (setuju), memang benar, betul: ~, saya ada dua orang anak; ~kah engkau ini yg bernama Tuanku Malim Deman?; ~ tak ~ (juga) bp memang benar (betul), benar (betul) juga; 2. sr kata utk menyatakan sanggup (melakukan sesuatu dll), baiklah: ~lah patik membawa Duli Yang Dipertuan lari; 3. kata utk menyahut panggilan orang, saya: ~ pak cik; mengeyakan mengatakan ya, membenarkan, menyungguhkan: lebih baik engkau yakan saja akan kata-katanya; ® ia II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |