Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuai 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
leweh(léwéh) Kl 1. cuai, lalai; 2. bongkak, sombong; meleweh berlaku (berlagak) leweh.Kamus Dewan Edisi Keempat
cuai1 tidak hati-hati membuat se­suatu; kurang peduli terhadap sesuatu; lalai: Jangan ~ belajar. 2 tidak penting; tidak berharga. mencuaikan 1 tidak mengendahkan (pekerjaan, tugas dll); melalaikan; mengabaikan. 2 menganggap tidak penting. kecuaian sifat atau keadaan cuai; kelalaian: Kemalangan itu terjadi kerana ~ pemandu lori tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cuai1. tidak hati-hati dlm membuat sesuatu, lalai, abai: orang yg menjaganya ~, sebab itu budak-budak itu jahat belaka; 2. tidak penting, tidak mustahak, tidak berharga; mencuaikan 1. mengabaikan, melalaikan, tidak mengendahkan (tugas, pekerjaan, dll): rumah tangga yg dicuaikan kerana berkhidmat kpd tanah air; 2. menganggap tidak penting (tidak berharga, rendah, dll); kecuaian perihal cuai, kelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu; pencuaian perihal mencuaikan, pelalaian: ~ perintah itu boleh menimbulkan masalah.Kamus Dewan Edisi Keempat
abaicuai, lalai; tidak ~ dr tidak cuai (lalai) dr; mengabaikan 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tang­gungjawab; 2. memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau meng­endah­kan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disedia­kan, dll), membiarkan atau melepaskan, men­sia-siakan: sayang sekali peluang keemasan itu kau­abaikan; terabai tidak diberi perhatian (bkn seseorang atau sesuatu), tidak dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau disia-siakan; keterabaian keadaan terabai: ~ sesuatu kelompok; keabaian perihal abai; pengabaian perihal atau perbuatan meng­abaikan (keluarga, tugas dan tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan, dll); pengabai (orang yg sifatnya) suka mengabai­kan atau sering tidak memberikan perhatian kpd sesuatu (spt tugas, tanggungjawab, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
cuai1. tidak hati-hati membuat sesuatu; kurang peduli terhadap sesuatu; lalai: Jangan ~ belajar. 2. tidak penting; tidak berharga. mencuaikan 1. tidak mengendahkan (pekerjaan, tugas dll); melalaikan; mengabaikan. 2. menganggap tidak penting. kecuaian sifat atau keadaan cuai; kelalaian: Kemalangan itu terjadi kerana ~ pemandu lori tsb.Kamus Pelajar
kelipar IIKl 1. alpa, cuai, lalai (hingga menye­babkan kehilangan atau kecurian sesuatu); 2. berjumpa, bertemu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelengahan1. perihal lengah (lalai, cuai, dll), kelalaian: ~ kita telah menyebabkan kita sekalian menjadi mundur; 2. keadaan tidak berbuat apa-apa (menganggur);Kamus Dewan Edisi Keempat
lengah/léngah/ 1 tidak cepat; lambat. 2 kurang peduli; lalai; cuai. berlengah-lengah 1 membuat sesuatu dgn perlahan-lahan; berlambat-lambat; berlama-lama: Dgn tidak ~ lagi, dia pun terjun ke dlm sungai utk menyelamatkan budak itu. 2 berbuat sesuatu utk melalaikan; berleka-leka: Dia ~ bermain catur. melengah-lengah melakukan sesuatu utk menghibur-hibur hati dsb. ~ hati menghibur hati. ~ waktu mengisi waktu terluang dgn mengerjakan sesuatu. melengahkan melakukan sesuatu supaya lambat; melalaikan; melambatkan. kelengahan hal atau keadaan lengah: ~nya telah menyebabkan dia didenda oleh guru. pelengah orang yg selalu lambat atau lalai dlm pekerjaannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lengah(léngah) 1. kurang peduli (ingat-ingat), cuai, lalai, leka: rancangan itu akan dijalan­kan dgn tidak ~-~ lagi; 2. tidak segera, lambat, malas: lekas-lekas kembali, jangan ~ di laut; berlengah-lengah, berlengah 1. berlalai­-lalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas­-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ ber­main catur; melengah 1. tidak segera (melakukan sesuatu), tidak hati-hati, lalai, leka: pernah sekali saya dimarahi kerana ~ melayan tetamu; 2. = ~ waktu mengisi masa yg lapang dgn mengerja­kan sesuatu: di bawah meja itu ada banyak majalah utk ~ waktu; 3. melakukan sesuatu utk menghiburkan atau mempersenang diri (orang lain dsb): ~ anak; ~ hati; melengah-lengah 1. berbuat sesuatu utk mem­persenang-senang atau menghibur-hiburkan diri (orang dsb); 2. = ~ waktu melakukan sesuatu (membaca dll) utk mengisi waktu; melengahkan, melengah-lengahkan me­lakukan sesuatu supaya lalai, mengabaikan, melalaikan, melambat-lambatkan: dlm pd itu Rosita tiada melalaikan dan ~ sekolahnya; sengaja membuat helah utk ~ masa; terlengah tidak teringat akan sesuatu, ter­lalai (oleh sesuatu), terlena; lengahan perihal lengah: tindakan yg meng­gunakan strategi ~. kelengahan 1. perihal lengah (lalai, cuai, dll), kelalaian: ~ kita telah menyebabkan kita sekalian menjadi mundur; 2. keadaan tidak berbuat apa-apa (menganggur); pelengah 1. orang yg selalu berlengah (berlambat-lambat atau lalai); 2. sesuatu yg boleh melengahkan (bermain, membaca, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
menidurkan1. membuat supaya tidur, mem­-baringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang menga­rah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas