cukai | 1. bayaran (bea, sumbangan) yg dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan (perbadanan, syarikat, barang-barang, dll) utk perbelanjaan negara dll: ~ belian; ~ eksport; 2. = cuke Id bahagian drpd hasil tanah persendirian yg dikutip oleh tuan tanah; ~ belian cukai tak langsung yg dikenakan terhadap harga borong barang tertentu yg bukan barang perlu, biasanya dibayar oleh pengguna kpd peruncit yg akan membayar cukai kpd kerajaan; ~ eksport cukai yg dikenakan ke atas barang yg dieksport; ~ hiburan cukai yg dikenakan terhadap sesuatu bentuk hiburan (spt kelab malam, pawagam, dsb); ~ jalan cukai yg dikenakan terhadap kenderaan darat bermotor; ~ jualan cukai yg dikenakan terhadap barangan yg dijual yg bebannya terletak secara langsung pd pembeli; ~ korporat cukai syarikat; ~ laba harta tanah cukai terhadap laba drpd penjualan harta tanah; ~ langsung cukai yg dikenakan terus kpd pembayar cukai yg akan menjelaskannya kpd kerajaan (mis cukai pendapatan dan cukai laba harta tanah); ~ pelindung cukai atas barang-barang import utk melindungi barangbarang tempatan (utk mengelakkan persaingan yg boleh mengancam pengeluaran barang-barang tempatan); ~ pendapatan cukai yg dikenakan terhadap pendapatan; ~ perkhidmatan cukai yg dikenakan pd barang spt makanan dan minuman, atau perkhidmatan yg disediakan oleh perniagaan tertentu spt hotel, kelab malam, pusat kesihatan, dll; ~ pintu cukai yg dikenakan terhadap pemilik rumah; ~ progresif cukai yg kadar puratanya semakin tinggi apabila pendapatan seseorang semakin tinggi; ~ regresif cukai yg kadar puratanya semakin rendah apabila pendapatan seseorang semakin tinggi; ~ syarikat cukai yg dikenakan terhadap (keuntungan) syarikat; ~ tak langsung cukai yg dibayar oleh pembayar cukai melalui pembelian barang atau perkhidmatan (mis cukai jualan, cukai eksais, cukai import, cukai eksport, dll); ~ tanah cukai yg dikenakan atas pemilikan tanah; ~ tersembunyi cukai tak langsung yg dibayar oleh pengguna dgn menaikkan harga barang yg dijual tanpa pengetahuan pengguna; ~ warisan cukai yg dikenakan terhadap orang yg menerima harta pusaka; bercukai dikenakan cukai: barang ~; mencukai mengenakan cukai terhadap, mengutip cukai drpd: negara boleh mendapat wang dgn ~ orang ramai; percukaian yg berkaitan dgn cukai: spt biasa, struktur ~ paling menarik perhatian di kalangan rakyat jelata; pencukaian 1. perbuatan (prinsip dsb) mencukai, pengenaan cukai terhadap: ~ secara langsung mempengaruhi kehidupan manusia; 2. yg berkaitan dgn cukai-mencukai: karya asli dlm bidang ~ di Malaysia yg pertama ditulis dlm bahasa Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perponding | IB 1. = pajak ~ cukai tanah dan cukai pintu (cukai rumah); 2. = tanah ~ tanah yg dimiliki turun-temurun (bagi orang Indonesia). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kastam | 1 cukai yg dikenakan oleh kerajaan pd barang-barang yg diimport atau dieksport. 2 jabatan kerajaan yg memungut cukai barang-barang yg diimport atau dieksport. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kastam | 1. cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau dieksport; 2. jabatan kerajaan yg memungut cukai (atas barang-barang yg diimport atau dieksport): bapanya bekerja sbg pegawai rendah pejabat ~; pegawai ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tarif | 1. cukai yg dikenakan oleh kerajaan ke atas barang-barang, terutamanya yg diimport; 2. senarai harga tetap spt sewa bilik, makanan, perkhidmatan, dsb yg dikenakan oleh sesebuah hotel; 3. skala bayaran bagi membekalkan sesuatu perhidmatan awam spt elektrik dan gas: ~ elektrik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencukaian | 1. perbuatan (prinsip dsb) mencukai, pengenaan cukai terhadap: ~ secara langsung mempengaruhi kehidupan manusia; 2. yg berkaitan dgn cukai-mencukai: karya asli dlm bidang ~ di Malaysia yg pertama ditulis dlm bahasa Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kastam | 1. cukai yg dikenakan oleh kerajaan pd barang-barang yg diimport atau dieksport. 2. jabatan kerajaan yg memungut cukai barang-barang yg diimport atau dieksport. | Kamus Pelajar |
pelepasan | 1 perbuatan atau hal melepaskan; perihal dikecualikan drpd sesuatu (cukai dll): ~ cukai pendapatan. 2 dubur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bea | (béa) 1. wang yg dibayar oleh pemilik kapal dll; ~ pelabuhan wang yg dibayar oleh pemilik kapal utk kegunaan pelabuhan; 2. Id cukai yg dikenakan ke atas barang yg dieksport; ~ meterai Id cukai yg merupakan setem; ~ warisan cukai ke atas harta benda yg diwarisi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerajat I | 1. sl cukai, bea; 2. NS perbelanjaan kerana kematian seseorang; berkerajat memerlukan (menggunakan) perbelanjaan kerana kematian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |