curah | ; mencurah 1 mengalir dgn banyaknya serta deras: Hujan yg ~ turun sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air. 2 ki datang atau terdapat dgn banyaknya: Apabila Israel mengalami kekalahan di tangan Arab, bantuan dr Amerika Syarikat ~ tiba. mencurahi 1 mencurah di atau pd dgn banyaknya; menyirami; menumpahi: Hujan lebat ~ sawah dan ladang. 2 ki mengurniai atau memberi seseorang banyak-banyak: Moga-moga Tuhan akan ~ kamu dgn rahmat. mencurahkan 1 menuang sesuatu banyak-banyak; menumpahkan: Emak ~ air ke longkang. 2 ki mengeluarkan banyak-banyak (ttg rahsia dll); memberikan banyak-banyak: Beliau telah banyak ~ tenaga dan wang ringgit utk menubuhkan syarikat itu. tercurah tertumpu; tertumpah: Segala kasih sayangnya ~ kpd anak tunggalnya. curahan apa-apa yg dicurahkan atau yg tercurah. pencurahan perbuatan (hal dsb) mencurahi atau mencurahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
curah | ; mencurah mencurah 1. mengalir dgn banyaknya serta deras: Hujan yg ~ turun sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air. 2. ki datang atau terdapat dgn banyaknya: Apabila Israel mengalami kekalahan di tangan Arab, bantuan dr Amerika Syarikat ~ tiba. mencurahi 1. mencurah di atau pd dgn banyaknya; menyirami; menumpahi: Hujan lebat ~ sawah dan ladang. 2. ki mengurniai atau memberi seseorang banyak-banyak: Moga-moga Tuhan akan ~ kamu dgn rahmat. mencurahkan 1. menuang sesuatu banyak-banyak; menumpahkan: Emak ~ air ke longkang. 2. ki mengeluarkan banyak-banyak (ttg rahsia dll); memberikan banyak-banyak: Beliau telah banyak ~ tenaga dan wang ringgit utk menubuhkan syarikat itu. tercurah tertumpu; tertumpah: Segala kasih sayangnya ~ kpd anak tunggalnya. curahan apa-apa yg dicurahkan atau yg tercurah. pencurahan perbuatan (hal dsb) mencurahi atau mencurahkan. | Kamus Pelajar |
curah | ; mencurah 1. mengalir dgn deras dan banyak, mencucur: hujan turun ~ dr langit; 2. ki datang dgn banyaknya: tentera Jepun kelihatan ~ masuk ke daerah Brunei; apabila harga getah naik, wang ~; mencurah-curah 1. mengalir dgn deras, banyak dan dlm tempoh yg agak lama: hujan masih turun ~ dan kilat sabung-menyabung; 2. ki datang dgn banyaknya dan tidak putus-putus: mudah-mudahan ia beroleh rezeki yg ~; mencurahi 1. mencucuri, menyirami (menyimbahi, menumpahi) dgn banyaknya: hujan lebat ~ seluruh negeri; 2. ki memberi banyak-banyak, mengurniai banyak-banyak, menganugerahi banyak-banyak: Tuhan akan ~ kamu kurnia dan rahmat; mencurahkan 1. mencucurkan, menuang (menyimburkan, melimpahkan, menumpahkan) dgn banyaknya; mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; 2. ki mengeluarkan banyak-banyak (rahsia, pendapat, perasaan, dll): ia ~ segala perasaan dukanya kpd kakaknya; 3. ki memberikan banyak-banyak, menyumbangkan: apakah tidak ada kewajiban bagiku utk ikut serta ~ tenaga? 4. menumpukan, memusatkan (fikiran): biasanya ia sabar dan tidak pernah ~ fikirannya kpd perempuan; tercurah dicurahkan, ditumpukan, tertumpah: bunyi piring berlaga itu diselang-selangi pula oleh bunyi deruan air ~; curahan 1. yg dicurahkan; 2. aliran (air) yg jatuh atau turun dgn deras, aliran mencurah: bilas bersih-bersih tetapi cepat-cepat di bawah ~ air yg banyak; 3. ki sesuatu yg diberikan (disumbangkan) dgn banyak dan berterusan: setiap usaha memerlukan ~ tenaga utk mencapai matlamatnya; pencurahan perihal atau perbuatan mencurahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tandas curah | sj tandas yg perlu | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencurah-curah | 1. mengalir dgn deras, banyak dan dlm tempoh yg agak lama: hujan masih turun ~ dan kilat sabung-menyabung; 2. ki datang dgn banyaknya dan tidak putus-putus: mudah-mudahan ia beroleh rezeki yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lerat | (lérat) Kl curah, buang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
derauan | 1. bunyi yg berderau (menderau): di luar hujan turun mencurah-curah ~nya berselang-selang dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. cetusan (ketawa) yg berpanjangan, deraian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menitik | menitis, berderai: hujan mulai menitik, mula-mula setitik-setitik kemudian mencurah-curah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertitik | menitis, berderai: hujan mulai menitik, mula-mula setitik-setitik kemudian mencurah-curah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berselang-selang | 1. saling berganti, berganti-ganti, lepas satu yg lain pula: di luar, hujan mencurah-curah, deruannya ~ dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. tidak terus-menerus, ada jarak atau antaranya, berlat: maka adalah pekerjaanku itu ~ hari, pd sehari pergi menyalinkan kpd bahasa Melayu dan sehari pergi mengarangkan dia dlm tempat cap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |