curiga II | 1. syak wasangka, waswas, sangsi: mereka berasa ~ terhadap sesiapa yg membawa fikiran dan pendapat-pendapat baru; 2. berjaga-jaga atau berhati-hati (kerana syak atau sangsi akan sesuatu); mencurigai menaruh (perasaan) curiga terhadap, kurang percaya kpd, mengesyaki: kita harus ~ orang-orang yg spt ini; guru tersebut ditukarkan ke hulu-hulu kerana dicurigai bergerak cergas dlm parti politik; curiga-mencurigai mencurigai antara satu sama lain, saling mencurigai: timbullah tuduh-menuduh, ~ antara orang Melayu dgn bukan Melayu; mencurigakan membangkitkan curiga (kurang percaya, sangsi): adakah gerak-geri yg ~? kecurigaan 1. perihal curiga; 2. syak wasangka: yg menyebabkan ~ Rahim ialah pemuda itu, walaupun tidak bekerja, mempunyai wang yg banyak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syak | rasa kurang percaya (kurang yakin), curiga, sangsi, waswas, dsb; menaruh ~ tidak mempercayai, mencurigai; tidak ~ lagi yakin benar, tentu; ~ hati kurang percaya, curiga; ~ sangka = ~ wasangka rasa tidak percaya, sangsi; ~ walang susah hati, khuatir; ~ fasik, yakin soleh, batu jadi juadah prb jangan banyak sangka, bekerja dgn yakin kerana dgn keyakinan sahaja maksud akan tercapai; mengesyaki 1. menaruh syak pd, berasa sangsi pd, mencurigai: ia mula ~ Marina; Hilmi ~ sesuatu yg buruk sedang berlaku; 2. menyangka, menduga: Kamal disyaki lari mengikut Komunis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
curiga | 1 berperasaan kurang percaya (spt menyangka orang akan berbuat jahat); syak; waswas: Apabila pemuda itu menanyakan sesuatu yg bukan-bukan kpdnya, ia pun mula ~. 2 berhati-hati; berjaga-jaga (kerana syak atau sangsi akan sesuatu): Kita mestilah sentiasa ~ kerana banyak penipu yg mengaku sbg wakil sesuatu badan kebajikan. mencurigai kurang percaya kpd; mengesyaki: Kami masih ~nya. mencurigakan menimbulkan rasa kurang percaya: Gerak-gerinya itu sangat ~. kecurigaan hal atau keadaan curiga; syak wasangka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
curiga | 1. berperasaan kurang percaya (spt menyangka orang akan berbuat jahat dll); syak; waswas: <i>Apabila pemuda itu menanyakan sesuatu yg bukan-bukan kpdnya, ia pun mula ~.i> 2. berhati-hati; berjaga-jaga (kerana syak atau sangsi akan sesuatu): <i>Kita mestilah sentiasa ~ kerana banyak penipu yg mengaku sbg wakil sesuatu badan kebajikan.i> mencurigai kurang percaya kpd; mengesyaki: <i>Kami masih ~nya.i> mencurigakan menimbulkan rasa kurang percaya: <i>Gerak-gerinya itu sangat ~.i> kecurigaan hal atau keadaan curiga; syak wasangka. | Kamus Pelajar |
cemburu | 1 tidak senang melihat kelebihan orang lain; iri hati. 2 kurang percaya (kerana takut hilang atau diambil oleh orang lain); curiga: Ia ~ melihat suaminya bercakap-cakap dgn perempuan lain. bercemburu berasa cemburu. mencemburui 1 berasa iri hati kpd (terhadap). 2 menaruh syak atau curiga terhadap; mencurigai; mengesyaki. mencemburukan menimbulkan rasa cemburu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
curiga-mencurigai | mencurigai antara satu sama lain, saling mencurigai: timbullah tuduh-menuduh, ~ antara orang Melayu dgn bukan Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
curiga I | sl keris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paranoid | 1 curiga, takut dan tidak percaya pd orang lain. 2 orang yg menderita penyakit paranoid 1. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
zan | Ar curiga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencurigakan | membangkitkan curiga (kurang percaya, sangsi): adakah gerak-geri yg ~? | Kamus Dewan Edisi Keempat |