Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn; mendagang memikul, meng­usung; dagangan barang-barang yg dipikul; pedagang benda (spt kandar) yg digunakan utk memikul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dagang II


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dagang IIMn; mendagang memikul, meng­usung; dagangan barang-barang yg dipikul; pedagang benda (spt kandar) yg digunakan utk memikul.Kamus Dewan Edisi Keempat
rawah IIark sj persekutuan dagang yg setengah ahlinya memberi modal dan yg lainnya memberi tenaga sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
tawar IIbp = menawar; bidan ~ bidan yg diundang (ditempah) terlebih dahulu, lwn bidan terjun; adat dagang, tahan ~ barang dagangan sudah semestinya boleh dikurangkan harganya; bertawar-tawaran tawar-menawar; menawar 1. menyebut harga (sewa dll) yg berani dibayar, minta membeli (menyewa sesuatu): sehelai kain panjang perkalungan, sudah ditawarnya lapan rupiah; 2. meminta dikurangkan harga dll yg ditetapkan oleh penjual: Pak Dolah tidak ~ lagi, dia menge­luarkan duit dr dlm dompetnya dan mem­bayar; 3. menyebutkan berapa “kurangnya” drpd harga yg diletakkan oleh penjual dll: boleh ~ sedikit; tawar-menawar saling meminta dikurangkan harganya (sewanya, tuntutan, dll): dgn tiada bertangguh dan tiada ~ lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; kuasa ~ mereka lebih kuat lagi drpd seluruh kekuatan negara masing-masing; menawari ark mengunjuk seseorang supaya dibeli (disewa, dipakai, dll): seorang pemuda yg sedang duduk telah bangun dan ~ gadis itu tempat duduknya; menawarkan mengunjukkan (menge­mukakan dsb) sesuatu supaya dibeli (dipakai, diterima, dll), menyatakan kesediaan memberikan dsb sesuatu (spt pertolongan, khidmat, dll): se-orang anak Cina mendekati dan ~ barang-barang jajaannya; kemudian dia sendiri duduk dan dgn santun ~ rokok kpd tamu-tamunya; dlm hal ini Persatuan ~ khidmat pd peringkat permukaan;tawaran 1. harga yg dikemukakan oleh pem-beli (penyewa dll): ~ dipelawa bagi men­yewa gerai menjual minuman; 2. sesuatu yg ditawarkan: mendengar ~ gaji tinggi yg dibuat melalui surat khabar mereka pun datang melamar; dia menolak ~ orang tua itu utk dijodohkan dgn seorang pemuda; 3. sebut harga (upah) utk membuat sesuatu: ~ drpd pemborong utk membina bangunan itu akan diterima mulai 11 Januari;penawaran perihal menawar(kan): kedua-dua ~ dan penerimaan ini mestilah diucapkan dlm satu perjumpaan; sebarang bencana alam atau kegagalan tanaman akan menye-babkan ~ beras dunia semakin ber­kurangan; penawar orang yg menawar, pemohon, pelamar.Kamus Dewan Edisi Keempat
gali IIsj kapal yg digerakkan oleh dayung atau layar yg digunakan pd zaman dahulu atau pd zaman pertengahan sbg kapal perang atau kapal dagang.Kamus Dewan Edisi Keempat
saing IIbanding, imbang, tanding: gadis yg hemat selalu mendalihkan lamaran orang yg bukan ~nya dgn pelbagai helah; sesaing Mn sebanding, sepadan, setanding; bersaing, bersaingan atas-mengatasi, dahulu-mendahului, berlawanan berlumba-lumba: orang-orang Melayu telah bergerak hendak bangkit ~ dgn bangsa-bangsa yg maju; menyaingi menandingi, melawan (atas-mengatasi dll): spt anak dagang yg serba miskin cuba-cuba ~ orang terkenal; saingan tandingan, lawan: Rusia dan China Komunis tidak lagi mendapat ~ dr Amerika Syarikat dlm memberi bantuan ekonomi kpd Yaman; persaingan perihal bersaing, perlawanan (utk atas-mengatasi), pertandingan: getah asli sekarang ini sedang menghadapi ~ yg kuat drpd getah tiruan; pesaing orang (pihak dll) yg bersaing(an): dlm era tersebut syarikat perfileman Amerika telah menguasai hampir keseluruhan pasaran dunia dan berjaya menangkis ~ lain.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas