Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
di1 kata sendi nama atau kata depan yg menunjukkan tempat dll: Buku itu ada ~ atas meja, bukan ~ bawah kerusi. Dia tidak ada ~ rumah ketika kami tiba. 2 dalam; pada: Terfikir satu idea ~ kepalanya. Wajah ibunya terbayang ~ matanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
di I1. kata sendi atau kata depan yg menunjukkan tempat dll: Buku itu ada ~ atas meja, bukan ~ bawah kerusi. Dia tidak ada ~ rumah ketika kami tiba. 2. dalam; pada: Terfikir satu idea ~ kepalanya. Wajah ibunya terbayang ~ matanya.Kamus Pelajar
cetek (céték)1. tidak dalam (bkn sungai dll), tohor, cangkat, dangkal: binatang ini hidup di air yg ~ dekat pantai; 2. tidak dalam atau tidak tinggi (bkn ilmu pengetahuan), dangkal: pengetahuannya tentang perkara itu amat ~; dalam menyelam ~ bertimba prb hasil yg sedikit itu digunakan dgn berpada-pada; mencetekkan menjadikan cetek, menohorkan, mendangkalkan, mencangkatkan: ~ sungai; kecetekan 1. perihal (keadaan) cetek (bkn sungai, telaga, dsb), ketohoran, kedangkalan, kecangkatan; 2. perihal cetek (pengetahuan), kedangkalan: ~ pengetahuannya jelas pd hujah-hujahnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
bintang pasif(passive star)Topologi rangkaian perhubungan data yang mempunyai tatasambung yang terdiri daripada nod luar yang bersambung pada nod pusat dalam bentuk bintang, dengan nod utama bertugas hanya sebagai penyambung rangkaian nod dan tidak bertugas untuk memproses mesej dalam rangkaian .Oleh sebab nod pusat itu pasif, kemungkinan nod pusat gagal adalah kecil dan rangkaian boleh terus berfungsi dalam keadaan biasa.Kamus Komputer
sistem luar talian(off-line system)1. Sistem yang dikelolakan secara tempatan dan tidak tersambung pada sistem lain. 2. Sistem yang menggunakan peranti penderiaan jauh yang tidak tersambung pada sebarang komputer. Oleh itu, bantuan manusia diperlukan untuk memasukkan data ke dalam komputerKamus Komputer
pada I1. kata sendi nama yg bererti di: ~ bulan Januari; dlm ~ itu sementara (sambil) itu; 2. kata sendi nama yg bererti terhadap: Bang Uda marah tak ~ Ida? 3. dalam, menurut, mengikut: ~ fikirannya; ~ hatinya; ~ sangkanya; 4. buat, bagi: ~nya dunia ini bukan tempat mencari kesusahan; 5. sl akan, untuk: bab ~ menyatakan; 6. dari, daripada: ~ bercerai mahulah mati; ~ jadi Komunis biarlah dia mati.Kamus Dewan Edisi Keempat
digit semak(check digit)Digit yang digunakan untuk membantu penyemakan. Dalam sistem penghantaran data, digit ini dihantar bersama data. Jika terjadi herotan atau gangguan pada nilai yang dihantar, digit ini akan menunjukkan bahawa data yang dihantar itu tidak sahih.Kamus Komputer
sakit1. menderita sesuatu (spt demam, pening, dll) yg menyebabkan seluruh tubuh atau se-suatu bahagiannya tidak segar, (berada dlm keadaan) tidak sihat, uzur: tekaknya ~; adikku ~; 2. ki menderita kesusahan (kesengsaraan, kesedihan, dll), sedih: kalau engkau terlalu boros begini alamat ~lah hidup engkau nanti; ~ akal gila; ~ angau rindu akan kekasih (bkn orang dlm percintaan); ~ angin pasang-pasang sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan buah zakar laki-laki bengkak; ~ angin se-lenyap sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan kemaluan laki-laki tidak nampak; ~ angin taufan = ~ (maha)raja singa penyakit yg berpunca drpd perhubungan seks (perhu-bungan kelamin) secara liar, sifilis; ~ asabat sakit pd urat saraf; ~ baka beguk; ~ berat = ~ lasat = ~ payah sakit yg teruk; ~ fikiran = ~ ingatan = ~ otak gila; ~ gajah = ~ gajah-gajahan elefantiasis, untut; ~ hati berasa sangat tersinggung dan marah (kerana dihina dll); ~ jantung apa sahaja penyakit yg ada kaitan dgn jantung; ~ jiwa a) sakit mental; b) bp tidak tenteram fikiran kerana ada unsur-unsur yg menekan jiwa; ~ kepala pening kepala; ~ kuning sakit yg menyebabkan tubuh menjadi kuning; ~ mental tidak siuman fikiran-nya, sakit otak, gila; ~ menimpa sesal terlambat prb perbuatan yg terlanjur dan tidak dapat diubah lagi; ~ perut, baharu tahu di liang lantai prb sesudah men-dapat kesusahan baru teringat akan yg perlu; ~ sama mengaduh, luka sama menyiuk prb sama-sama bertanggungjawab; apa boleh buat, biar ~ dahulu senang kemudian prb biarlah bersusah-susah dahulu asalkan senang kemudiannya; lain ~, lain diubat, lain luka, lain dibebat prb jawab yg bersalahan dgn soalan (lain yg diminta, lain yg diberikan); tiada ~ makan ubat prb menyusahkan diri sendiri; bersakit, bersakit-sakit 1. berusaha benar-benar (utk memperoleh sesuatu), bersusah payah: tidak akan dapat mencapai sesuatu dgn tidak ~; 2. selalu sakit: sudah beberapa lama dia ~ sahaja; 3. menderita kesusahan (kesukaran, kesulitan, dll): bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian; menyakit mendatangkan sakit (sengsara, sedih dll): segala maki hamun tidak ~ pada-nya; menyakiti 1. menyebabkan berasa sakit (sengsara, sedih, pilu, dll): janganlah kamu suka mengganggu dan ~ orang lain; aku tidak sanggup ~ hatimu; 2. ark sakit ketika melahirkan anak: ketika itu bininya sedang ~; menyakitkan menjadikan sakit (susah, risau, sedih, tidak senang, dll), menyebabkan berasa sakit: hulu kikir yg bujur atau runcing boleh ~ tangan ketika menggunakannya; ~ hati menyebabkan (seseorang) berasa sangat tersinggung dan marah (kerana telah dihina dsb): Zarina ketawa seolah-olah me­ngejek-nya, ini ~ hatinya; ~ mata merupakan sesuatu yg sangat buruk, tidak menyenangkan sesiapa yg melihatnya; kesakitan 1. perihal sakit, menderita sakit (susah dll): raja itu pun terlentang selaku orang ~ sangat; 2. sengsara, kesusahan hidup; penyakitan, berpenyakitan selalu sakit-sakit, selalu menghidap penyakit, sentiasa dihinggapi penyakit: anak yg berpenyakitan dan tidak cerdas dan cerdik; penyakit 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg me­nyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); berpenyakit menghidap penyakit, selalu menghidap sesuatu penyakit; pesakitan Id 1. orang yg didakwa (dlm mahkamah): polis telah menyilakan ~ masuk menerima hukumannya; 2. orang tahanan; pesakit orang yg sakit, si sakit; ~ dalam pesakit yg dimasukkan ke dlm wad utk menjalani rawatan penyakitnya; ~ luar pesakit yg hanya menerima rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke dlm wad.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas