damping | dekat; hampir; karib: Dua orang sahabat itu amat ~. berdamping 1 berada dekat (dgn); berdekat; berapat-rapat: Dia ~ dgn adiknya semasa menonton televisyen. 2 bergaul; bercampur: Jangan sekali-kali ~ dgn orang jahat. berdampingan 1 berada dekat dgn; berdekatan; berhampiran: Mereka berjalan ~. 2 bersama-sama; bergandingan: Bangsa-bangsa asing hidup ~ dgn bangsa Melayu di Malaysia ini. mendampingi mengikut serta atau menyertai dekat-dekat; menemani: Dia selalu ~ gadis itu. mendampingkan membuat (meletakkan dll) supaya berdekatan; merapatkan: Kanak-kanak itu ~ boneka kpdnya. perdampingan keadaan berdamping: ~ dua sahabat itu semakin hari semakin rapat. pendamping orang yg sering mendampingi seseorang, biasanya yg dpt memberikan nasihat, panduan, manaikkan semangat dsb. ~ bahasa orang yg turut serta dlm sesuatu perbincangan utk memberikan nasihat, panduan dsb dr segi kebahasaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
damping III | bp (amalan) menjual barang (biasanya dgn banyaknya) dgn harga yg jauh lebih murah di negeri orang drpd di negeri sendiri, lambakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
damping II | Mn berpencak beramai-ramai membuat sebuah lingkungan disertai nyanyian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
damping I | 1. dekat: jauh di mata, ~ di hati; 2. rapat, karib, dekat (bkn hubungan persahabatan, persaudaraan, dsb): persahabatannya itu semakin lama semakin rapat dan ~; kerabat yg ~; berdamping, berdampingan 1. berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, berapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu; mendampingi 1. berada rapat dgn atau di sisi (seseorang), menemani, mengawani: apabila keluar rumah gadis itu didampingi adiknya; di majlis itu dia sentiasa ~ gadis yg dicintainya itu; 2. datang atau pergi utk berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), menghampiri hingga berada di sisi; 3. berada di kalangan (rakyat dll), tidak menyisihkan (mengasingkan) diri drpd, bergaul dgn: wakil rakyat perlu ~ rakyat; 4. mendekatkan atau menghampirkan diri dgn: mereka tidak ~ al-Quran sbg kitab petunjuk; mendampingkan 1. meletakkan (mendudukkan dsb) berdekatan, merapatkan: kedua-dua pengantin itu didampingkan di atas pelamin; 2. mengeratkan hubungan: negeri di utara masih ~ diri dgn monarki Chow; kedampingan ark kerapatan, kekariban (perhubungan dsb), keeratan; perdampingan perihal berdamping: oleh sebab ~nya yg ikhlas ini, mandur besar sayang kepadanya. pendampingan perihal mendampingi atau mendampingkan: kelainan ~ berlaku apabila pemilihan dan penggantian itu tidak normal; pendamping orang yg sering mendampingi seseorang (biasanya dapat memberikan nasihat, semangat, panduan dsb): kedudukan wanita sbg ~ suami; ~ bahasa orang yg turut serta dlm sesuatu perbincangan dsb utk memberikan nasihat, panduan dsb dr segi linguistik atau kebahasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
damping | dekat; hampir; karib: <i>Dua orang sahabat itu amat ~.i> berdamping 1. berada dekat (dgn); berdekat; berapat-rapat: <i>Dia ~ dgn adiknya semasa menonton televisyen.i> 2. bergaul; bercampur: <i>Jangan sekali-kali ~ dgn orang jahat.i> berdampingan 1. berada dekat dgn; berdekatan; berhampiran: <i>Mereka berjalan ~.i> 2. bersama-sama; bergandingan: <i>Bangsa-bangsa asing hidup ~ dgn bangsa Melayu di Malaysia ini.i> mendampingi mengikut serta atau menyertai dekat-dekat; menemani: <i>Dia selalu ~ gadis itu.i> mendampingkan membuat (meletakkan dll) supaya berdekatan; merapatkan: <i>Kanak-kanak itu ~ boneka kpdnya.i> perdampingan keadaan berdamping: <i>~ dua sahabat itu semakin hari semakin rapat.i> | Kamus Pelajar |
dumping | ® damping III. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dempang II | damping, rapat, dekat: maka bahtera itu pun ~ ke pulau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertempel | 1 berdamping rapat dgn; mempunyai hubungan yg karib dgn. 2 telah (sudah) dilekatkan: Gambar-gambar calon pilihan raya kelihatan ~ di dinding bangunan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sanding I | dekat, damping, hampir; bersanding 1. duduk bersebelah-sebelahan (berjajar, berdamping, spt pengantin di atas pelamin, dll): mereka sedang ~ di atas pelamin; 2. ki ark setanding, setaraf; menyandingi 1. mendampingi; 2. menan-dingi; menyandingkan, mempersandingkan mendudukkan bersanding (pengantin dll), meletak-kan bersebelah-sebelahan: nanti akan datang waktunya kamu akan dipersandingkan pula; sandingan 1. jodoh, pasangan; 2. imbangan, tandingan; persandingan perihal bersanding: ~ kedua-dua pengantin itu akan dilangsungkan esok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempel | /témpél/; bertempel 1 berdamping rapat dgn; mempunyai hubungan yg karib dgn. 2 telah (sudah) dilekatkan: Gambar-gambar calon pilihan raya kelihatan ~ di dinding bangunan itu. menempel melekat: Jika tidak dibubuh gam, manakan dpt kertas itu ~. menempeli menempel pd; melekati: Sepanjang-panjang tembok itu ditempeli poster. menempelkan melekatkan sesuatu pd: Mereka ~ poster-poster itu pd dinding bangunan. tempelan 1 sesuatu (spt poster, label) yg ditempelkan. 2 tempat menempelkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |