seterusnya | 1 selepas itu; sesudah itu; selanjutnya: ~, Datuk Mufti menerangkan segala rukun haji. 2 sejak itu; bermula dr sekarang. 3 = dan ~ dan yg lain-lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
walau | 1 dan sekiranya; dan jika: ~ ke hutan pun, aku sanggup pergi. 2 = walaupun biarpun; meskipun: ~ hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
skizofrenia | /skizofrénia/ ist penyakit mental yg dicirikan oleh fikiran yg bercelaru, tindakan dan perasaan yg tidak wajar, suka memencilkan diri dan berkhayal, dan mengalami emosi yg tidak stabil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wau | mainan yg dibuat drpd kertas dan buluh dan dpt diterbangkan ke udara dgn menggunakan tali; layang-layang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
skalar | ist kuantiti yg dpt berubah (spt masa dan suhu) dan mempunyai magnitud tetapi tidak mempunyai arah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
zink | logam berwarna biru keputih-putihan dan banyak digunakan utk atap dll; timah sari; ayan: Rumahnya beratap ~. ~ fosfida ist serbuk spt pasir berwarna kelabu dan beracun, digunakan sbg racun tikus, dlm ubat-ubatan dsb. ~ hidroksida ist hablur tidak berwarna yg larut di dlm air dan digunakan sbg perantara kimia dll. ~ karbonat ist hablur putih yg tidak larut di dlm air dan digunakan di dlm tembikar, ubat dll. ~ klorida ist hablur putih yg larut dlm air dan alkohol dan digunakan sbg mangkin, dlm penyaduran elektrik dll. ~ kromat pewarna cat yg berbentuk pigmen berwarna kuning, yg beracun dan digunakan utk mengurangkan kesan hakisan dan kakisan pd keluli (utk menghalang karat). ~ oksida ist serbuk putih kekelabu-kelabuan yg tidak larut di dlm air dan digunakan dlm alat solek, sbg bahan pewarna dlm cat dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
zink klorida | ist hablur putih yg larut dlm air dan alkohol dan digunakan sbg mangkin, dlm penyaduran elektrik dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tumbuh-tumbuhan | 2 = segala yg hidup dan berbatang (berakar, berÂdahan, berdaun dsb); pokok: ~ dan binatang memerlukan makanan dan air. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
titanium | ist unsur logam yg berwarna perak kelabu, dan digunakan utk membuat aloi, peralatan kimia dan sbg agen pengoksidaan dan elektrod. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tiroksina | ist hormon yg dihasilkan oleh kelenjar tiroid, mengandungi iodin, dan berfungsi mengawal kadar penggunaan oksigen dan kadar metabolisme tubuh, dan dgn itu dpt mengawal tumbesaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |