Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat dilihat

Puisi
 

Sayang Simanggang dipukul ribut,
     Dipukul dia tebing seberang;
Dulu dilihat dapat direbut,
     Sekarang abang kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Putih kapas boleh dilihat,
     putih hati berkeadaan.

Bermaksud :

Kejujuran seseorang hanya dapat dilihat pada tingkah laku atau perangainya saja.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
wujud1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg dapat dilihat; berwujud 1. memang ada (boleh dipandang, dipegang, dll), berupa benda yg nyata; 2. konkrit, maujud, nyata; mewujudkan 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata; terwujud sudah diwujudkan (dilaksanakan): ada suatu waktu ketika alam belum lagi ~; kewujudan perihal wujud (sesuatu), adanya (sesuatu); perwujudan 1. bentuk atau rupa (yg benar­benar dapat dilihat dll); 2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll); pewujudan perbuatan atau proses mewujudkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
halimun1. (Sunda) kabus; 2. = halimunan tidak dapat dilihat; orang halimunan orang bunian; doa (ilmu) halimunan jampi yg men­jadi­kan seseorang tidak dapat dilihat orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
tampak I1. tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan: di sana sini ~ pula pohon kelapa; 2. memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul, timbul (bulan, matahari): lama benar ia tidak ~; pd bulan ~ Id pd satu hari bulan; 3. nyata kelihatan, ketara: ~ kasih sayang­nya; ~ duri tak akan mengait = ~ ranggas tak akan meleting prb mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut; tampaknya kelihatannya, pd zahirnya, rupa­nya: meletusnya perang dgn Jepun ~ tidak dapat dielakkan lagi; tampak-tampak 1. = ~ apung tidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan seben­tar tidak; tidak ~ tidak kelihatan-kelihatan (muncul-muncul); 2. sebentar-sebentar ter­bayang (dlm ingatan, fikiran, dll); menampak (dapat) melihat, nampak: kalau ia berjalan-jalan dlm kota dan ~ rumah yg besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia tegak tercengang; menampakkan menjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan: kemudian pe­rasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat;tertampak terlihat, kelihatan, ternampak; ketampakan keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dlm keadaan cahaya atau cuaca tertentu: istilah ini ditakrifkan sbg kekaburan yg ~nya kurang drpd satu kilometer.Kamus Dewan Edisi Keempat
kenampakandapat dilihat, kelihatan, ke­tahuan: kemarahan ibu telah ~; ® tampak I.Kamus Dewan Edisi Keempat
melanusdapat dilihat (benda yg dibungkus atau dibalut).Kamus Dewan Edisi Keempat
menampakkanmenjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan: kemudian pe­rasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat;Kamus Dewan Edisi Keempat
pegarisl dapat dilihat, muncul, menjelma.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelihatanboleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
terceliksl dapat dilihat, kelihatan, tampak: sekali digosoknya, tiga empat panau ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
tampak apungtidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan seben­tar tidak; 2. sebentar-sebentar ter­bayang (dlm ingatan, fikiran, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas