dapur-dapur | 1. bahagian yg di luar drpd sesuatu benda; ~ bedil sl tempat menaruh ubat bedil pd senapang kuno; 2. bahagian badan (yg tertentu); ~ bahu bahagian di bawah bahu; ~ susu bahagian di bawah susu (buah dada). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sabak | 1 dapur tempat memasak makanan ketika diadakan kenduri. 2 dapur tempat memasak nira. menyabak memasak nira. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sabak II | 1. dapur tempat memasak nasi ketika diadakan kenduri: datanglah orang-orang negeri itu membuat ~, membuat balai, ber-bagai-bagailah permainannya; 2. dapur tempat memasak nira; menyabak memasak nira (utk membuat gula). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dapur | 1. bahagian rumah tempat memasak; 2. alat utk memasak (nasi, gulai, dll), tempat membakar (roti, kapur, dll); belanja ~ perbelanjaan utk keperluan makanan sehari-hari; orang ~ bp isteri atau orang perempuan yg menguruskan penyediaan makanan sehari-hari; orang se~ seisi rumah (kaum keluarga); ~ arang dapur yg menggunakan arang sbg bahan pembakar; ~ basah dapur tempat melakukan kerja masak-memasak yg biasanya banyak menggunakan air; ~ elektrik = ~ karan dapur yg menggunakan kuasa elektrik; ~ gas dapur yg menggunakan gas sbg bahan bakar; ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan pembakar; ~ kering dapur yg hanya digunakan utk menyediakan makanan ringan atau menghidangkan makanan (biasanya berkeadaan kering); ~ minyak tanah dapur yg menggunakan minyak tanah sbg bahan pembakar; ~ umum dapur tempat menyediakan makanan utk orang ramai (dlm keadaan darurat dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dapur | 1 bahagian rumah tempat memasak: ~nya kecil, tetapi bersih. 2 alat tempat memasak (nasi dll): Emaknya menggunakan ~ gas sekarang. 3 tempat membakar sesuatu (spt kapur, roti). ~ basah dapur tempat melakukan kerja. ~ elektrik dapur yg menggunakan tenaga elektrik. ~ gas dapur yg menggunakan gas utk memasak. ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan utk dibakar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dapur | 1. bahagian rumah tempat memasak: ~nya kecil, tetapi bersih. 2. alat tempat memasak (nasi dll): Emaknya menggunakan ~ gas sekarang. 3. tempat membakar sesuatu (spt kapur, roti dll). ~ elektrik dapur yg menggunakan tenaga elektrik. ~ gas dapur yg menggunakan gas utk memasak. ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan utk dibakar. | Kamus Pelajar |
pagu | Mn 1. para dapur; arang ~ arang para, jelaga; 2. loteng, loteng tempat menyimpan barang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sabak | 1 dapur tempat memasak makanan ketika diadakan kenduri. | Kamus Pelajar |
tanak | ; bertanak memasak nasi: Ibunya sedang ~ di dapur. menanak 1 memasak dlm periuk, kawah dll (khasnya nasi). 2 memasak sesuatu dgn hanya merebus saja: ~ kentang merebus kentang. ~ minyak memasak santan kelapa utk dijadikan minyak. penanak orang yg menanak; tukang masak. sepenanak; ~ nasi waktu yg lamanya sama dgn lama orang menanak nasi (± 20 minit). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
para-para | 1 anyaman drpd buluh dll yg dipasang di atas dapur utk tempat menyimpan barang-barang dapur. 2 rak tempat menaruh barang-barang dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |