Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darat I 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
punggah; memunggah menurunkan barang dr kapal, lori dll; mengangkut barang: Di Tanjung Evans, sibuklah mereka ~ muatan kapal itu ke darat. punggahan 1 muatan yg dipunggah. 2 tempat memunggah muatan. pemunggahan perbuatan atau hal memunggah: Sekarang ini ~ barang-barang dr kapal dilakukan dgn menggunakan kren. pemunggah 1 orang yg (kerjanya) memunggah (barang). 2 alat (jentera) yg digunakan utk memunggah (barang).Kamus Pelajar Edisi Kedua
darat1 tanah sbg lawan laut, air atau udara: angkatan ~ tentera yg bertugas di darat saja. 2 kawasan tanah yg tinggi (lw baruh): Ia ke ~ utk mencari kayu. 3 kawasan tanah pedalaman (lw tanah pantai); hulu negeri. mendarat 1 turun dr kapal atau dr perahu; naik ke darat: Tentera musuh telah ~ di pantai timur. 2 turun ke tanah dr udara (bkn kapal terbang): Kapal terbang MAS telah ~ di Kota Kinabalu. 3 pergi ke kawasan pedalaman: Mereka ~ mencari rotan. 4 mengikut (melalui) jalan darat: Saya lebih suka belayar drpd ~. mendaratkan menurunkan atau menaikkan ke darat; membawa ke darat: Kapal Malaysia Baru telah ~ jemaah haji di Judah. daratan kawasan tanah yg luas (lw laut atau pulau): Lautan lebih luas drpd ~. pendaratan 1 perbuatan mendarat atau mendaratkan: ~ askar-askar musuh telah dpt dipatahkan. 2 tempat mendaratkan perahu dll. pendarat alat-alat (perkakas) utk mendarat atau mendaratkan: kapal ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pintas; jalan ~ jalan yg dekat. memintas 1 melalui atau mengikut jalan yg paling dekat: Supaya lekas sampai, baik kita ~ kebun getah ini. 2 mendahului orang lain dgn bergerak lebih cepat dr belakang; memotong: Dia telah ditahan polis kerana ~ lori di selekoh yg tajam. 3 menyekat atau mengepung perjalanan orang: Orang-orang Bugis telah ~ mereka dr darat. pintasan 1 jalan pintas. 2 titik atau tempat sesuatu garisan memintas salah satu paksi dlm graf. pemintas sesuatu yg memintas. sepintas; ~ lalu 1 sekali lalu atau sambil lalu saja; tidak memandang atau tidak mengamati dgn sungguh-sungguh. 2 tidak bersungguh-sungguh mengkaji atau mempelajari sesuatu; secara ringkas saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
buaya I1. sj reptilia besar berkulit tebal, berbadan panjang dan hidup di air: Crocodilus spp.; jenis-jenisnya: ~ katak = ~ tembaga, Crocodilus porosus; ~ jolong-jolong = ~ jenjulung, Tomistoma schlegeli; ~ serunai, Crocodilus siamensis; 2. = ~ darat ki lelaki yg suka menukar-nukar pasangan wanitanya dan meninggalkan mereka setelah dinodai; adakah ~ menolak bangkai prb orang yg jahat tidak akan meninggalkan kesempatan utk membuat kejahatan; air tenang, jangan disangka tiada ~ prb orang yg tidak banyak cakap itu, jangan dipermudah (jangan disangka tiada berani dll); bergalah ke hilir tertawa ~, bersuluh di bulan terang tertawa harimau prb perbuatan yg sia-sia itu ditertawakan orang; kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ~, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil-kecil prb kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang besar, jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; tak akan terlawan ~ menyelam air prb tidak mungkin kita melawan orang yg kaya (berkuasa, pandai, dll); tak usah diajar anak ~ berenang, ia sudah pandai juga (sedia) prb tidak usah diajar orang yg sudah tahu; membuaya 1. menyerupai buaya, merangkak, meluncur; 2. berkelakuan spt buaya darat; membuayai 1. menipu, mengakali; 2. menggertak;kebuayaan sifat atau perbuatan buaya darat, sifat suka mempermainkan perempuan: ia hendak mendedahkan ~ pemuda-pemuda kota di dlm novelnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
darat I1. tanah (sbg lwn laut atau air), tanah (sbg lwn udara); angkatan ~ = tentera ~ tentera yg bergerak (bertempur dsb) di darat; 2. kawasan tanah yg tertinggi (lwn baruh): jalan yg di sebelah ~ sana lebih baik drpd jalan ini; 3. kawasan tanah pedalaman, hulu negeri (lwn pantai): anak isterinya sudah ditum­pangkan di rumah orang Kedayan di ~ supaya bekerja bertanam padi; ~-darau kawasan-kawasan yg tertinggi atau yg terletak di pedalaman; di laut angkatan, di ~ ke­rapatan prb kekuatan di laut bergantung pd angkatan perang, kekuatan di darat ber­gantung pd persatuan; mendarat 1. turun dr kapal (perahu dsb) dan naik ke darat: tentera Jepun sudah ~ di Jawa; 2. turun ke tanah dr udara (bkn kapal terbang): kapal terbang itu tidak dapat ~ kerana kabus yg tebal; 3. pergi ke kawasan (daerah) pe­dalaman: setibanya di kuala sungai, mereka pun terus ~; 4. Mn pergi melalui (jalan) darat: lebih selamat kita ~ sahaja drpd belayar; mendarati naik ke darat (di sesuatu tempat): Bujang berjalan perlahan-perlahan mere­dah di dlm semak-semak menuju ke kawasan yg biasa didaratinya; Tanah Melayu sudah didarati Jepun; mendaratkan menaikkan atau menurunkan ke darat, membawa ke darat: Amerika akan ~ pasukan Eisenhower di Afrika Barat; juruterbang itu berjaya juga ~ kapal ter­bangnya walaupun cuaca amat buruk; daratan kawasan tanah yg luas (lwn laut dan pulau): mereka sekarang tercampak ke sebuah pulau yg kecil terpencil jauh dr ~; pendaratan 1. perihal mendarat atau men­daratkan: kita tidak akan sanggup menahan ~ musuh di pantai-pantai kepulauan kita yg begitu banyak; 2. tempat mendarat atau mendaratkan: orang itu terpacak di tepi pantai, tidak jauh dr ~ perahunya; pendarat alat (peralatan, perkakas) utk men­darat atau mendaratkan: kapal ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
darat1. tanah sbg lawan laut, air atau udara: <i>angkatan ~ tentera yg bertugas di darat saja.i> 2. kawasan tanah yg tinggi (lw baruh): <i>Ia ke ~ utk mencari kayu.i> 3. kawasan tanah pedalaman (lw tanah pantai); hulu negeri. mendarat 1. turun dr kapal atau dr perahu; naik ke darat: <i>Tentera musuh telah ~ di pantai timur.i> 2. turun ke tanah dr udara (bkn kapal terbang): <i>Kapal terbang MAS telah ~ di Kota Kinabalu.i> 3. pergi ke kawasan pedalaman: <i>Mereka ~ mencari rotan.i> 4. mengikut (melalui) jalan darat: <i>Saya lebih suka belayar drpd ~.i> mendaratkan menurunkan atau menaikkan ke darat; membawa ke darat: <i>Kapal Malaysia Baru telah ~ jemaah haji di Judah.i> daratan kawasan tanah yg luas (lw laut atau pulau): <i>Lautan lebih luas drpd ~.i> pendaratan 1. perbuatan mendarat atau mendaratkan: <i>~ askar-askar musuh telah dpt dipatahkan.i> 2. tempat mendaratkan perahu dll. pendarat alat-alat (perkakas) utk mendarat atau mendaratkan: <i>kapal ~.i>Kamus Pelajar
tapah1. sj ikan darat, Wallago ottu; 2. sj ikan darat, Wallago tweedier; ~ lemban sj ikan darat, Ompok bimaculatus.Kamus Dewan Edisi Keempat
rung I1. sj ikan darat, Labeo caeruleus; 2. sj ikan darat, Labiobarbus leptocheilus; 3. sj ikan darat, Osteochilus vittatus.Kamus Dewan Edisi Keempat
toman1. sj ikan darat, Ophicephalus micro­peltes; 2. sj aruan, haruan, ruan, Ophicephalus striatus; 3. = ~ barung = ~ bunga sj ikan darat, Ophicephalus micropeltes; 4. = ~ ekor kuang sj ikan darat, Ophilcephalus mela­noptera; spt ~ makan anak prb orang yg berbuat sumbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
lomah1. sj ikan darat, Thynnichthys thynnoides; 2. sj ikan darat, Labiobarbus ocellatus.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas