papan kekunci selaput(membrane keyboard) | Papan kekunci yang dibentuk daripada litar yang diperbuat daripada dakwat pengalir elektrik dan disalut oleh selaput plastik nipis. Papan kekunci ini banyak digunakan pada mesin kira dan komputer saku. | Kamus Komputer |
gentian optik(fibre optics) | Bahantara penghantaran data yang terdiri daripada gentian halus bahan daripada kaca atau plastik yang mampu membawa data yang banyak dengan pantas. | Kamus Komputer |
storan bersekutu(associative storage) | Peranti storan yang kedudukan storannya ditentukan daripada kandungannya, bukan daripada alamat atau namanya. | Kamus Komputer |
kitar suruhan(instruction cycle) | Jujukan bagi melaksanakan suruhan yang terdiri daripada pengambilan suruhan daripada storan, pentafsiran suruhan, dan pelaksanaannya. | Kamus Komputer |
bahasa cerdas(intelligent language) | 1. Bahasa pengaturcaraan yang mempunyai kemampuan untuk belajar daripada keadaan penggunaan atau daripada pengguna. 2. Bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dicipta dengan banyak ciri yang baik supaya dapat digunakan dengan bijak oleh pengatur cara. | Kamus Komputer |
pemboleh ubah Boolean(Boolean variable) | Pemboleh ubah yang hanya boleh mempunyai nilai logik daripada salah satu daripada dua keadaan logik. | Kamus Komputer |
vokoder saluran(channel vocoder) | Peranti pengekod suara yang menggunakan tapis saluran suara yang dibentuk daripada anggaran yang diambil daripada jalur dalam isyarat suara. | Kamus Komputer |
perenggan(paragraph) | 1. Blok teks dalam badan dokumen yang terdiri daripada beberapa ayat. 2. Blok ingatan dalam sistem pengalamatan halaman yang dianggap sebagai unit yang lebih tinggi daripada kata tetapi lebih rendah daripada halaman. | Kamus Komputer |
daripada | 1 kata sendi nama utk menerangkan asal (sumber, bahan dll) sesuatu benda: Kain ini dibuat ~ benang sutera. 2 kata sendi nama utk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih: Bunga ini lebih wangi ~ bunga itu. Bezakan haiwan jenis mamalia ~ haiwan jenis reptilia. 3 kata sendi nama yg menyatakan maksud mencegah (melindungi, memisahkan dll): Dia menjauhkan diri ~ bahaya. Dia mencuba melarikan diri ~ rusuhan itu. 4 kata sendi nama yg menunjukkan orang yg memberi (mengirim): Yati menerima sepucuk surat ~ ayahnya. 5 kata sendi nama yg menunjukkan perubahan: Peratus kelulusan meningkat ~ 70% menjadi 85%. 6 kata sendi nama yg menghubungkan sebahagian dgn keseluruhan: Dua orang ~ anaknya belajar di luar negeri. Faedahnya ialah separuh ~ keuntungan yg diperoleh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
daripada | 1. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang yg memberi (mengirim dsb): dia menerima sepucuk surat ~ ayahnya; hadiah ~ seorang sahabat yg karib; 2. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh dsb: petikan ~ karya Usman Awang; air ~ telaga itu berkuman; diterjemahkan ~ bahasa Arab; 3. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) bahan dsb yg digunakan utk menghasilkan sesuatu: jambangan bunga itu diperbuat ~ tembikar; barang-barang ~ getah; 4. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang (negara, unsur, barang, dll) yg terlibat dlm sesuatu pengasingan (pemisahan, perbezaan, perbandingan, dll): Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia ~ Sumatera; reka bentuk yg dikemukakan terkemudian ini lebih menarik ~ yg disediakan dahulu; 5. sendi kata yg digunakan sewaktu menyatakan sesuatu perubahan (perkembangan dsb): harga daging telah naik ~ RM8.00 sekilo menjadi RM9.50 sekilo; bilangan pelajar yg lulus merosot ~ 68% tahun lalu menjadi 66% tahun ini; 6. sendi kata yg digunakan sebelum menyatakan atau menyebutkan unsur (akibat dll) yg hendak dielakkan (dicegah, dihindar, dsb): mempertahankan diri ~ serangan musuh; menjauhkan diri ~ bahaya; langkah-langkah utk mengelakkan hal-hal demikian ~ berlaku lagi; 7. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) punca atau asas dsb sesuatu tindakan (kesimpulan dll): ~ apa yg saya dengar, pemandu lori itu yg patut dipersalahkan; masjid itu dibina ~ desakan penduduk di kawasan itu; 8. sendi kata yg memperkaitkan atau memperhubungkan sesuatu atau sesuatu bahagian dgn sesuatu keseluruhan atau jumlah dsb: satu ~ sebab-sebab; hanya tiga orang ~ sejumlah 40 orang pelajar telah gagal dlm peperiksaan itu; sepertiga ~ keuntungan yg diperoleh dijadikan modal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |