menstruasi | (ménstruasi) (Ubat) keluarnya darah drpd rahim wanita yg tidak hamil (tetapi masih subur utk beranak), biasanya sekali sebulan, datang haid (datang bulan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melihat bulan | datang haid; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
(mendapat) kain kotor | datang haid; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
yais | peringkat tidak datang haid lagi (bagi perempuan, biasanya berumur antara 45-50 tahun). | Kamus Pelajar |
(mendapat) kain kotor (cemar) | datang haid; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hadas besar | hadas kerana seseorang melakukan persetubuhan (datang haid, bersalin dsb) dan memerlukannya mandi wajib. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kehamilan palsu | keadaan wujudnya tanda-tanda kehamilan spt tidak datang haid dan perut yg membesar tetapi tidak ada janin akibat adanya tumor atau ketidakseimbangan hormon; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
datang haid | turun atau keluar darah haid (pd perempuan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuala wanita | sj cawat (yg lembut, boleh menyerap dan boleh dibuang) yg dipakai semasa datang haid atau nifas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kotor | 1. tidak bersih, tidak jernih, cemar: mencuci pakaian ~; longkang yg ~ airnya; (mendapat) kain ~ datang haid; ~ bolor sangat kotor; 2. ki lucah (bkn perkataan), keji, tidak baik (bkn perkataan, perbuatan), tidak senonoh: alangkah ~nya kata-kata yg dikeluarkannya; ~ mulut = mulut ~ mulut lucah (suka bercakap perkara-perkara yg tidak senonoh); ~ namanya cemar namanya; penyakit ~ penyakit perempuan, sifilis; perbuatan ~ perbuatan jahat (tidak baik); 3. Id kasar, tidak bersih, bruto: pendapatan (keuntungan dll) ~; ~ dicuci, berabu dicentik (dijentik) prb segala yg tidak baik hendaklah dilupakan; mengotori menyebabkan kotor pd: bekas kasut yg ~ lantai; mengotorkan 1. menyebabkan menjadi kotor (tidak bersih), membuat menjadi kotor: dia dimarahi kerana ~ rumah; 2. mencemarkan (nama baik), menodai, memburukkan: dunia sebenarnya suci tetapi manusia yg mengisi seluruhnyalah yg ~nya; engkau bukan mendatangkan nama baik tetapi ~ nama baik keluargamu; terkotori telah dikotori: tubuh tidak ~ oleh nafsu syahwat badani; kotoran barang apa yg kotor (spt najis, sampah, dll), benda kotor, sesuatu (spt tanda dsb) yg kotor yg melekat pd pakaian dll: air yg mengandungi habuk dan ~ hendaklah dimasak; apa-apa ~ yg ada pd luka itu hendaklah dibersihkan dahulu; kekotoran perihal kotor (tidak bersih), keburukan, kecemaran, kekejian: ~ udara boleh menyebabkan penyakit; buku tersebut mengandungi peristiwa-peristiwa yg menggambarkan ~ moral; pengotoran perihal mengotori atau mengotorkan; pengotor (orang yg) tidak menghiraukan kebersihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |